Wednesday, February 15, 2012

Nama kita Izan kak...

Pagi ni, seseorang yang cakap tak tahan dengan KC tu datang jumpa saya.

"Akak rasa akak x nak melawan la.." dia mulakan perbualan. Saya ketawa-ketawa.
She gave her reasons which I found so interesting. It lead to another amazing chat yang takder kena mengena dengan KC pun. She's an amazing woman, could learn lots from her.

I don't think she knows my name.
"Kak, nama kita Izan kak, harap-harap kita jumpa lagi" I yelled to her, sebab dia terburu-buru nak masuk kerja.

"ok..ok.. nama akak ________, jumpa lagi ye" dia lambai..
Sekarang saya dah lupa pun nama dia.
Dan KC juga, sudah saya lupakan.

Hey this quote sum it up how i felt 2day..
for more klik here

Hari yang stress

Sebenarnya hari-hari dalam minggu ni saya stress.
Saya fikir orang lain dalam team kali ini pun stress jugak.
Teamwork sangat bagus, kecuali dua orang yang saya baru kenal, 6 orang yang lain, saya sudah biasa bekerjasama. Sepatutnya tiada masalah, sememangnya tiada masalah.
But then, at the end of the day, kepala tetap serabut, tidur pun tak berapa nak lena.

On something unrelated,
On Monday, I was deep in something tedious when an old good friend invited me for brekkie. I wasn't in the mood to eat when an hour later she called asking me to meet her at the canteen.

Yesterday, I was rummaging through files on my teammate table (to no avail) looking for a missing document when she invited me again, for brunch. I declined. Minutes later she came again.

Her: Sibuk lagi ke?
Me: Sikit-sikit je.
Her: Jomla makan
Me: Macam xder selera la. Awak sihat ke?
Her: Ok.. ermmmm saya pregnant

Tak tau la berapa minit mulut saya ternganga. Then I hugged her tightly.
Kalau gembira tu macam bunga, hati saya macam bunga matahari - besar, kembang dan girang.
Kalau gembira tu macam pokok, hati saya macam pokok Andalas, rendang dan teguh
kalau gembira tu macam gunung, hati saya macam Gunung Kilimanjaro (saya harap puncak gunung tu panas dan berangin, saya tak suka gunung sejuk dan berais)
kalau gembira tu macam makanan- hati saya macam sup sayur - jernih dan berwarna warni.
kalau gembira tu macam air - hati saya macam air soya. sebab saya suka air soya.

Air mata dia menitis, saya pun sama.
Ada perkara-perkara yang payah nak dijelaskan dengan suara, tapi kawan lama yang sentiasa dekat di hati.

Saya tinggalkan semua kerja yang tak siap dan pergi makan bersamanya.
Dia belanja.

Bila kerja tak siap saya stress.


p/s saya x berani nk paste gambar kawan saya tu, tapi dia x kata pun suruh rahsiakan..

Mana nak tau, tak payahlah kecik hati, teacher ni pun..

Itu memang ayat standard yang saya dengar sejak bertahun-tahun lama.

Semalam saya balik lambat, jadi tak sempat nak singgah untuk ambil latihan yang the kids buat.
Akan tetapi (ayat buku) alangkah hancurnya hati saya, hanya satu kelas saja yang siapkan tugasan yang saya tinggalkan.


"Korang sengaja eh..." saya cuit bahu seorang daripada mereka, sambil kasi sebeban buku, yang patutnya diorang ambil je la sendiri, meja saya tu bukannya ada kunci pun, Berat tau tak saya mengusungnye ke bawah.
"La... tak tau pun, napa Ce x cakap?" dia tanya sambil tersengih-sengih..
"dah pesan dah dari minggu lepas kan.. kecik hati tau" sebenarnya saya lebih risau karang kertas yang di xerox tu membazir je. Membazir perbuatan syaitan, ustaz saya pesan dulu..

"Mana nak tau, tak payahlah kecik hati, teacher ni pun..." dia jawab sambil ketawa-ketawa.
Saya pun. Apsal tetiap tahun skrip diorang sama je?

Saya cepat-cepat menuju ke kereta cap ayam.
Takut saya lewat lagi.

Tuesday, February 14, 2012

Buanglah dia dari senarai rakanmu, tetapi jangan sekali membalas dendam

Perghhh tajuk gila panjang.
Yang ditiru dari sebuah buku motivasi tulisan Dale Carnegie, dibaca pada tahun 2006, jadi tajuk pun dah lupa.

Patutnya macam tu la kan...
yang sudah tu sudahla.. bukak buku baru.

Jadi beberapa minggu lalu, bila seorang lelaki yang tidak saya kenali bergurau," kenapa korang hantar KC ke sini" saya tersedak sedikit. Sumpah saya tak kenal dia. Itulah pertama kali kami berjumpa. "kenapa?" saya bertanya. Dia bercerita panjang-panjang. Disudahi dengan " dah ___ tahun saya kerja, tak pernah jumpa orang macam KC".

Tentu saja KC bukanlah nama sebenarnya.

Saya sangat takut hendak melayan cerita gossip dengan orang yang tidak saya kenali. Jadi saya tersengih saja dan nasihat, "dengan dia cakap saja YA". Itu nasihat saya terima sewaktu saya menangis di hadapan kawan saya dulu.

Sehari dua ni saya selalu ke tempat kerja KC.
"Dia memang macam tu ke? tak tahan betul" rungut beberapa kenalan saya. Seperti biasa saya akan cakap, "cakap je la YA dengan dia".

Pagi semalam saya bersarapan dengan kenalan baru, (sampai sekarang saya tak tau nama dia).
Kami duduk semeja dengan 3 orang yang lain. Mereka sedang berbincang sesuatu yang menarik perhatian saya, tanpa sedar saya menoleh.

One of the smiled, 'where from?" dia tanya.
"Papua" I said sweetly..
"Haaaaaa cuba kau tanya dia, memang KC tu macam tu ke?" asked one of them?
Diaorang pun elaborate la.. ayat standard saya, "cakap je la YA, kalau tahan la.." saya tambah.

"Tak tahan dah ni" one of them jawab dengan ekspresi yang marah.
Saya ketawa. "Beritahulah dia kalau tak setuju atau tak suka, that's what I did". I told them.
"Lepas tu dia banned tak?" another asked, later I learned that dia memang berhasrat nak melawan.
"Lebih kurangla.." I answered truthfully.
We talked lots, and I heard lots too.

" tapi under dia we got many sponsors.." add in one of them.
"that's her specialty" I simply told them.
" heh.. aku la yang dapatkan sponsor tu, tapi dia cakap dia yang dapatkan hishh" said another.
"ye lah... memang sblm dia datang donor dah janji nak kasi pun, bukan dia yang cari" kawan dia yang seorang lagi chip in.
Saya pun ketawa lagi. Tanpa menyiasat satu terus percaya.
Sebab saya pun pernah terkena.

Satu hari seseorang kasi saya duit.
Me: duit apa ni?
Rakan 1: Duit yang akak mintak hari tu.
Me: Macam.... ada ke?
Rakan 1: Ni surat permohonannya.. (gave a letter)
Me: I wasn't sign it.
Rakan 1: Betul kak tapi selalunya kasi donation pada akak kan?
Me: Yeppp.. but apa ceritanya ni?
Rakan 1: tak taula.. orang suruh kasi I kasi la.
Me: Rasanya from what I heard, KC yang nak donate as a token of appreciation, so apa babit ngan korang pulak? Berapa kali korang nak donate? Ari tu kan dah kasi banyak?
Rakan 1: Ambil je lah kak, saya ni buat keje je Kak.
Me: Akak pun penah pegang jawatan awak dulu, sebab tu akak rasa tak patut kalau donate banyak macam ni..
Rakan 1: Dah orang suruh kita ikut je la kak.

Tu ok la...
Sebab dia paksa saya ambik.
satu pagi yang lain, saya kena sergah,

Rakan 2: Wehhh brp banyak korang nak mintak ni? Tak cukup lagi ke?
Me: Mintak apa?
Rakan 2: Hari tu korang mintak 1k, pastu RM500 ni mintak lagi, hilang akal ke hapa?
Me: RM500 tu duit apa?
Rakan 2: Duit untuk____.
Me: Tak tau pun..
Rakan 2: Yang sekarang ni dah nak RM____ pulak.
Me: Tak mengakula.. The thing is, from what I understand, KC cakap dia yang nak donate, duit dia beb, apsal lak korang yang kena keluar duit?
Rakan 2: Aku x pedulila... yang aku tahu kitaorang sengkek asyik nak sponsor korang je.. Macamla korang ni spesel sangat..

We are not special. Never felt special pun.
Yang sangat special tu KC. Dia hebat. Hebat giler!
Beberapa minit selepas perbualan suam-suam kuku di atas KC naik ke atas pentas, menyampaikan pelbagai sumbangan sempena pemergiannya ke tempat baru.

"Sumbangan seterusnya ialah Rm1000 kepada ______ daripada KC". Pengacara tu umumkan macam tu. KC tersenyum manis bersari gula madu. Sampai saat saya menulis ni dah hampir setahun berlalu, tak pernah lagi saya dengar dia nafikan sumbangan tu daripada dia.

Saya memberi pandangan "i told u so" kepada Rakan 1 dan Rakan 2.
Rakan 2 cakap, "aku tak peduli, korang memang suka mintak duit"
Rakan 1 cakap, " ha'a nampak permainannya".

Kalaulah saya ada kuasa eksekutif yang besar, habis semua pingat-pingat dan darjah kebesaran dalam Malaysia ni saya kasi pada KC.
Mungkin dengan cara itu dia akan berhenti mengejar personal glory.
Ironinya bersembur-sembur dia cakap pasal peri pentingnya kerja sepasukan.
Sangat-sangat ironi.

Whitney Elizabeth Houston - I Will Always Love You Too


Ramai je penyanyi wanita yang bersuara sedap.
Mariah Carey pun best juga, Avril Lavigne pun ok. Beyonce dan Adele pun hebat giler..

Cumanya, lepas tengok filem The Bodyguard, saya fikir alangkah hebatnya kalau saya jadi Whitney Houston. Dahla kurus (penting tuu..) dan cantik, talented pulak tu. .

The Bodyguard Poster
Bila dia nyanyi lagu I will always love you tu.. Uishhh..
Tu belum cerita lagu I have nothing lagi. Kalau sayalah jadi macam dia, mesti saya hidup bahagia sampai ke akhir hayat.

Rupanya tidak eh..

Rest in peace.

Friday, February 10, 2012

Ni rumah yang kitaorang tidur.





Tak berani nak tulis lebih2, nanti tuan rumah marah hahahhaha..
Gila best sebab ada gym... Bangun pagi kitaorang bertiga terus naik gym. gila ke tak gila..

Dapur pun cantik, sebab tu tuan rumah asyik masak je. Actually saya dah pesan kat Aisyah ngan Zudin, makan aje, jangan komplen sangat sebab Cik Len awak anak tunggal memang dia tak pandai sangat memasak, makan la sikit-sikit sebab nak jaga hati, nanti saya akan bawa makan di luar.

This was their comment when we bid gudbye.

Aisyah: Abang kata nasi goreng yang Cik Len masak tu sedap sangat.
Me: Oh awak suka ye?
Aisyah: Ayam pedas semalam tu pun Ecah suka. Sedap je Mak Andak..
Zudin: Zudin hairan, kenapa Mak Andak kata Cik Len tak pandai memasak?
Me: Entah... tak pernah pun Mak Andak tengok dia memasak sejak Mak Andak kenal dia.
Zudin: Mana Mak Andak kenal Cik Len.
Me: Classmate masa kat universiti.
Zudin: Ok je dia masak Mak Andak. Tapi Zudin paling suka alat senaman tu. Nanti kita beli nak..

ha'a saya pun suka...

Rompin - beyond expectation

Serious!
In 2006, rasa macam Pekan koboi je..
Kagum je perubahannya.. Bagus kot Datuk JJ ni (Jamaludin Jarjis).
Serious cantik dan bersih. Bersih sungguh pun saya rasa.
Did not take many pic though...
Ni Rompin's landmark, Sailing Fish statue. Cantik betul.

We went to Sunday Market. Excited tak tentu pasal tengok baby shark. Tak beli pun, sebab x reti nak makan.

By the way, the Sunday Market was huge. Apart from exotic food (laksa johor pun ada!) do grab baju kurung Pahang. Reasonable price and the quality is good too. Great bargain!
Comel je namanya. Their locally own chain store. Tapi saya tak pergi pun sebab dah bawak semua kelengkapan termasuklah 6 bar coklat, sebungkus epal, dua bungkus roti, 3 botol yogurt bliss dan berbungkus2 biskut munchy's. ehehheh

Pekan yang tiada signboard di Kuantan

Kitaorang pusing tapi tak jumpa.
Pusing lagi, tak jumpa lagi. Dan lagi dan lagi, sampai fed up.
Then I called Len. Then pusing lagi, dan lagi.
Lama gila. Penat lak tu.

Finally we found it. Ada rupanya... satu je pun..
It was late, so could not explore Pekan.
By this time, Aisyah and Zudin were restless..

So we stopped and took dis pics.
Ni sebab tak puas hati sebenarnya.
Indeed, pekan is a clean and beautiful place.






East Coast here we come!





Last time saya g east coast naik bas. Tahun 2006. Sehari lepas tu
baru saya sedar wallet xder dalam beg. Atau dalam bahasa lain, tertinggal beg duit. Masa tu nak bayar bil hotel.

Tertinggal dalam kereta rupanya... iskkk.. Baby gave it to Jie, n he came all

way from Subang nak kasi wallet kat saya yang berada di Kuantan masa tu.

I know. Kawan yang baik susah dicari. Jie memang baik, termasuklah kawan yang sponsor saya masa tak ada wallet tu, Len nama dia. (Ko memang best Len... serious!)

Last weekend, buat kali pertamanya AGM Pemabu diadakan di Panti Timur. Ac
tually last year kitaorang plan nak buat kat Pantai Timur gak, dah booking dah Impiana Cherating, tapi diorang kenselkan (x dapat refund katanya) sebab Presiden kena keje on w
eekend..

Therefore, this time around, saya betul-betul tak mau naik bas .. errr dan
tengok jadual kerja supaya tak kensel lagi.


Ni kakak saya, Nik dan anaknya yang sama saiz tapi baru Form 1, Nadia. Nik sangat tak harap kalau saya jalan jauh-jauh sensorang. Jadi saya bawa dua orang anaknya. Bukan Nadia. Meeting point dengan Burger King Sg Buluh. Baru lepas breakfast.




Ni la peserta Rombongan Cik Kiah. Zudin n his babysister, Aisyah. They were so excited. Makan pun tak berapa lalu...

We reached Kuantan quite early. Waktu Zohor la gitu. Pusing punya pusing punya pusing, tak jumpa pun signboard menghala ke Pekan. Both of them melompat2 dah starving. Suddenly we saw few heli on d field. We were not the only 'jakun' here... Orang lain

pun sama.. hehehe
Guessed they were transporting some dignitaries kot. We waited until all d heli gone, Zudin was over d moon.

Later we had lunch at Ayub Ikan Patin which located behind Maybank building. The sambal tempoyak was outta dis world. Anyway, we were famished, so no one remember to snap pics.

an impromptu

She broke down while presenting on "my father".
The thing is, I prepared plenty of simple topics.
food.drinks.recycling.father.mother.teacher.flower.night market.
yepp things like that.

As long as they could speak coherently, is enough for me.
Oh.. I was fined 20 sen yesterday for speaking English.
"why not?" I asked in dismay.
"Sepuluh sen lagiiii" they yelled at the top of their lung. Ngehhhh..

"Lupa ye? Semalam Ce* cakap tak boleh cakap bahasa English dalam kelas", Fikah Alias reminded me.. Ohhh okkk.. honestly, I totally forgot.
Ok.. back to the girl.
She broke down after the 5th sentence. A few of her friends were in tears too.
I was touched to find how deeply she missed her late father.

Me too dear.
All the time.


p/s gambar dari google

Wednesday, February 08, 2012

Suffian Hadi

Yesterday, Baby and I promised to take Zudin n Aisyah for Nasi Arab. Apart from that, I wanted to buy new running shoes too. We were at Baby's crib when her phone clicked.

Me: Sapa?
Baby: Pian
Me: Napa?
Baby: Dia ajak g beli barang
Me: Ehhh g la..
Baby: lerr nantila lepas mkn n beli kasut dulu.
Me: i m full n d running shoes could wait. go..
Baby: lorrrrrrrrrr
Me: ehh.. pian tu..
Baby: Pian aje la..
Me: Sebab tu Pian la, ble kensel.. go la..
Baby: Ko sewel eh..

The thing is, i like Pian for many reasons.
He was Baby's ex-classmates during their uni years.
He lend his most expensive shoes for Yus wedding (Yus wears loafers all the time). Besides, he asked politely, "Andak, boleh x tumpang semayang".

Baby: lerrr itu je sebabnya?
Me: Budi bahasa tak boleh dijual beli la weii.

Sekian saja cerita saya.

Hari hari kecik hati..

semalam.

"selalu pun macam tu kan? halfway.." rungutnya, antara dengar dengan tidak.

no elaboration though. i hate myself even more.

Tuesday, February 07, 2012

GPS bergerak

Loooooooooooong before GPS became too available, nak g mana pun dalam Malaysia saya akan tanya Jie dulu.
Especially tempat-tempat yang saya tak pernah pergi.
Jadi Jie akan taip kan pelan dan hantar ke telefon bimbit. Saya pun baca banyak kali sampai hafal. :Lagipun pelan Jie sangat precise.

Contohnya gini,
"Jalan terus sampai nampak bangunan XYZ sblh kanan. opposite ada bangunan XYY jalan terus lagi sampailah traffic light ke 4 dari situ dan masuk kiri. Straight, nampak flyover jangan naik dan masuk kiri"

Saya pernah try guna GPS, tapi saya tak tahan dengan sora pompuan dalam GPS tu, bising sangat. Kenkadang, saya tak mau la menyusahkan Jie.
Saya belasah je pergi.. Ended up jenuh saya memusing dalam Kuantan last Saturday. Len kasi plan but then I still couldn't find the exit, as fast as I should *hmmph*

On the way back from Rompin, I memorised Len said Muazam-segamat-muar. I found Tangkak instead of the original plan, to take a shortcut to Malacca. Hahaha. Not her fault la kan, maybe dia cakkap lain, dan saya dengar lain.

T api yang ni memang HER fault.
On the way from Malacca, Baby called asking us to sleep over at her place.

and she texted the plan.
"exit Putra Mahkota, stret jumpa simpang empat, masuk kanan, jumpa t junction. masuk kiri stret sampai jumpa roundabout, amik kol 3. then stret n jumpa u turn, sampai jumpa guard post".
waaa detail giler.
Ended up dekat sejam pusing2 kat jalan yang sunyi giler.
Sebab bila turn right lepas simpang empat tu memang sah2 jalan tak ada orang. benci betul..

Jie jugakla GPS yang paling tepat dan cepat.

Friday, February 03, 2012

isnt dis world a crazy place?

Vanessa Williams yang cakap.
Life could be crazy at times.

Hingga ke hujung nyawa kot?


Ho ho ho holidays

Ni saya dan Fid, yang takde kena mengena dalam ini pilem

Sangat panjang - sehingga hari Selasa.
Jadi pagi ini saya keluar sangat awal, tapi bukan 6.29 pagilah...
Cuti panjang, kerja pun jadi banyak. Orang lain pun sama, saya rasalah..

Minggu lepas saya melawat kawan, bila saya bergurau terus dia menangis.
Saya cuma cakap, "ce jangan buat muka stress".. itu je.
Itu pun dia nangis. Sebenarnya dia memang tengah stress, dia tanya jika saya boleh membantunya, Mestilah saya jawab boleh.... kawan kan... through thick n thin katanya..
Jadi saya berjanji nak membantunya hari ini. (Ermmmmmmmm saya stress pulak dah)

Cerita pasal bergurau nikan..
Pada hari Selasa hujan lebat... gila lebat.
Seperti tahun lalu, kawan saya (x berani tulis nama nanti kena marah) x mau keluar kereta. hahahhahahahaha... dan asyik menalipon. Saya pula, sebagai balaci, x tak berani membuat kesimpulan sendiri, jadi I'll call him to report all d time. I mean ALL the time.

Me: Kita jadi johan keseluruhan laaaa...
Him: Macam mana boleh jadi macam tu pulak ye? (sambil ketawa).

Sebagai tradisi selepas tamat acara, saya akan berjumpa dengan semua orang untuk mengucapkan terima kasih, only dis time muka diorang macam, STRESSED.
Ada yang berlari, dan saya ikut. Saya jalan je la...

Pendekkan cerita after not more than 10 mins, d victory stripped off from us. Pendekkan cerita, while returning the cup I jokingly said, "Kita rasa macam Yuna la kasi hadiah ni semula pada Anuar Zain". Nobody laugh. It was gloomy.

Bad timing. One of the crews said mmg boss dia dah pesan, kira betul2 jangan jadi macam AIM tahun lepas. "Ok apa kalau sama level ngan AIM" I teased them. Seriously, from d look on their face, saya tau kot boleh diaorang nak tendang saya masuk longkang...

Wait... I am from the victim side here....
Okkkk... maybe that's y diorang x sampai hati nak tendang saya masuk longkang..
Afterall, ok apa jadi Yuna.
Cabaran terbesar dalam hidup ialah tidak naik hangin bila dihampakan, saya rasalah..

On Monday (gila tak sequencing ni)
Saya merasa berkecil hati dengan kata-kata seseorang.
"Hello, ada ke dia cakap macam tu, x buat homework ke hapa?" saya cuba mempengaruhi kawan saya yang tak mau keluar dari kereta tu (masa tu kami duduk di tepi padang)
"Aku tak rasa apapun." He replied.
Tapi saya tetap jugak berkecil hati. Saya lak yg lebih2 defensif. Saya tau kawan saya dah buat sehabis baik, sampai hati seseorang tu dengan POYOnya insulted us.
Enough on that.

So today, dengan POYOnya saya tak nak melapangkan diri membantu seseorang itu.
Sangat childish!
The truth is, Friday before a long holiday, is kind of hectic for me. Please...

Besides, dis weekend we will have PEMABU AGM.
This is d time of the year, I feel young n vibrant again.
Ohhh ... I can't wait.


Thursday, February 02, 2012

Sangat pilih kasih..

gambar hiasan^



Kot ye pun dia nak respect Coach dia pun janganlah melampau sangat.
It was almost 3p.m. and I was stuck with few kids who haven't complete their intended task.

While packing his things, Murugesu (not his real name) talked about nasi lemak.

Murugesu: Awal giler coach datang, time saya g beli nasi lemak dia dah sampai.
Me: What time?
Murugesu: 6.30 pagi kot..
Me: Elehhhhhhhhhhh tomorrow I'll come earlier than him 6.29 a.m.
Chong who sits next to Murugesu: yeee la tu... selalu teacher la lambat sekalikan..
Me: Iskkkkkkkkk tengoklah.. 2mrow I'll be here at 6.29.. mesti punya la
Murugesu: teacher... techer nak buat apa datang awal2?
Me: Coach tu boleh. Apa bezanya..
Murugesu: Dia lain, dia banyak kerja...

Ermmm..
Sangat dalam maksudnya.
Ermmm...
*deep in thinking*

patutkah saya berkecil hati?