Wednesday, January 17, 2007

Sebuah berita kematian

Orang kata ajal maut di tangan tuhan. Sangat klise kan..

Our beloved friend, Zoolchaply Sahib was only 39. Dalam sihat-sihat, ceria dan Allah jemput dia sehabis minum di gerai bersama kawan2nya pada malam Isnin yang lalu.

Menurut ceritanya, dia cuba nak drive keta tapi x boleh.. dan kawan-kawan hantar dia ke spital TG Malim dan kemudian ke Hospital Slim River. Dia menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan.

Sepanjang malam dia berada diunit forensik ditemani isteri, dua orang anak, adik beradik, kaum keluarga dan kawan2.

Pagi Isnin, Unit Forensik dah jadi dewan perhimpunan sekolah. Para pelajar, guru-guru dan kenalan jauh dan dekat datang berkunjung memberi penghormatan terakhir. Sebelum jenazah allahyarham dibawa masuk untuk post mortem. Kepada yang tak tahu prosedur (termasuk saya la kan) kalau meninggal dunia di tempat awam memang kena buat post mortem.

Sewaktu police photographer datang, time dia amik gambo semua, kami semua menatap sekujur tubuh sahabat/ayah/ suami/ guru/ jiran itu buat kali terakhir. He was clad in faded blue jeans, grey sweater and his face oh my god.. He looks like in deep sleep. Except.... he sleeps eternally.

Selalunya bila orang dah tak ada kita akan terkenang-kenang kebaikan dia. He is definitely a good fren and teacher, that is no doubt.

Dalam sebuah buku yang pernah saya baca, katanya kematian mengajar kita tentang how fragile the life is. We always take things for granted.

Katakan la kalau esok kita dijemput..

Bersediakah kita?

No comments: