Saturday, April 14, 2007

Ada rupanya berita gembira!!!!!!!!!!!!!!!

(from Metro April 12)

Felda Besout juara keseluruhan olahraga

Oleh Abdul Jalil Ishak

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (Felda) Besout (SMKFB) diisytihar johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Batang Padang (MSSPK) selepas mengutip 30 pingat emas, sembilan perak dan tujuh gangsa, baru-baru ini.


Kejohanan yang dilangsungkan, di Stadium Proton City, dekat Tanjung Malim, turut menyaksikan SMK Air Kuning(SMKAK) menduduki tempat kedua dengan 20 emas, 20 perak dan 14 gangsa manakala SMK Datuk Zulkifle Muhammad (SMKDZM) ketiga dengan 6-2-2.

Ahmad Fairus Nuzri dari SMKAK dipilih Olahragawan Terbaik selepas mencatat rekod baru dalam tiga acara - 100 meter dengan catatan 11.71 saat; 200m lari berpagar, 27.25 saat dan 400m, dia mencipta 56.28s.

Robaatul Adauwiyah Mohd Ali, dari SMKFB pula diisytihar sebagai Olahragawati Terbaik selepas mengungguli 100 meter lari berpagar, 200m dan lompat kijang.

Bagi kategori Sekolah Rendah (SK), Muhammad Shafiq Roslan dari SK Slim Village pula diisytiharkan terbaik manakala Olahragawati, Afifah Yusra Kamarudin dari SK Seri Besout.

__________________________________________________

Congrats to Ustaz Shahrul and d gang..

p/s bukan ari tu cakap ada central training kat Manjung ker?

p p/s SMK Air Kuning tu skolah projek sukan.. Besout x.. heheheheh apa maknanya tu?

p p p/s honestly, my contribution to athletic team cumalah sebagai tukang sorak profesional jer..

No comments: