Tuesday, June 26, 2007

Kawan yang saya mahukan.... and the one that i wish to be








Berpesan al Qomah kepada puteranya, Wahai puteraku, sekiranya kamu merasakan
perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah kamu memilih teman-teman
yang memiliki sifat berikut:

i. jika kamu ditimpa bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu
untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

ii. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka
akan segera mengusahakannya.

iii. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu
dengan memberikan pandangannya.

iv. Jika bercakap-cakap dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata-katamu.

v. Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau
perkataanmu maka ia akan menutupinya.

vi. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia akan
membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

vii. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia
menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali.

viii. Jika temanmu memdapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia
akan mengingati dan menghargainya malah akan menyebutnya selalu.

ix. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya
maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu.

x. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah
demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Berkata Hukama:
"Sekiranya kamu handak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan
seseorang adakah ianya seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlulah
kamubertanyakan disana-sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan
siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengentahui
peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut dan meniru
perlakuan kawannya itu."

Berkata Ulama:
"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang
kamu pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu pun
memanafaatkan ilmunya kepadamu. Kedua ialah orang kamu sendiri memanfaatkan
ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu diterima daripadamu dan diamalkannya.
Ketiga ialah orang yang kamu tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya
dan kamu sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, larilah
kamu daripadanya."



p/s tu sy ngan my best fren (nama dia siti ruzaidah) since 1986.. dia ada smer 10 ciri2 tu.. i know... i m d luckiest person on d universe!..

1 comment:

zino said...

semuga kekal persahabatan tu..