Tuesday, September 04, 2007

Hari Merdeka ke-50

Entah macam mana saya rasa sangat perlu menyedarkan anak sedara tentang semangat patriotik..

Jadi pada hari kamis mlm jumaat tepat pukul 7.30 malam saya bertolak ke Klang dalam hujan lebat, sorang-sorang. Sebab mak saya dah ada plan lain... Walaupun dah kasi tau pagi tu tp masa nak pergi saya x berani nak bersalam ngan dia takut dia x kasi pergi..


tapi demi negara.. cheeewahh..

sampai kat subang, saya talipon along and kitaorang sama tidur kat Klang. Anak2 sedara pun sangat teruja nak g tengok perarakan merdeka..

pagi jumaat, masing2 bangun awal.. dan kitaorang parking kat Stesen LRT S.Alam pastu naik tren g KL.

org pun dah ramai tapi sempat la awong, nadia, zudin dan ilman tengok kereta berhias yg tgh parking...

bila perarakan mula.. mula-mula seronokla tengok... tapi tak lama lepas tu nadia dah menangis ajak balik sebab dia bosan.. anak2 sedara yang lain semua x nak balik.. mak long dia pun pening..

nasib aik berjaya dipujuk dengan air tin. Promotion seringgit setin.... tunggu punya tunggu... tamatla acara dan kitaorang semua berjalan kaki ke sogo untuk makan tengah hari.

Pas tu naik tren dan balik rumah...

Ceritanya pendek je.. tapi balik rumah.. punyala beria-ria diorang bercerita kat adik2 yang lain yg x dapat pergi...

Malamnya pulak trip untuk mak-mak diorang pulak... sebenarnya my sisters nak beli baju raya untuk depa... instead of shah alam kitaorang pergi Kelang..

on the way balik... ada lagi perarakan... sampai sudah x tau perarakan apa tp perayaan kaum tionghua la... cengbeng ke, chap go meh ke..

lama la jugak stuck kat jalan... sangat-sangat letih sampai tak terfikir nak amik gambo ke hapa..

udah la sesat, si izudin asyik talipon mak dia suruh balik cepat je.. tertekan betul..

No comments: