Friday, September 07, 2007

Nasi lemak buah bidara

katakan begini...

tiba-tiba isteri anda jatuh cinta dengan lelaki lain, dan lari bersama lelaki yang konfem 80 kali lebih kacak daripada anda ke negara asal lelaki itu dan meninggalkan anda, yang konfem dihumpat dek orang kampung kerana nak jaga isteri pun x reti..


katakan begini..
ibu anda meninggalkan anda sewaktu masih kecil kerana dia tak sanggup menjaga anda lagi yang banyak songeh dan benci dengan bapa anda yang hidup miskin dan x hensem... dia tak pernah menghubungi anda selepas itu, yang membuatkan anda tertanya-tanya siapa yang bijak sangat cipta perumpamaan, Sedangkan harimau sayangkan anak? Jelas sekali ibu anda bukan harimau.


katakan begini..
anak anda yang dididik dengan kasih sayang, dibesarkan dengan adat dan pendidikan agama yang cukup tiba-tiba setelah berkahwin sanggup meninggalkan tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan muslim hanya kerana cinta. orang kampung x cukup mulut salahkan anda x pandai mendidik anak, keluarga mentua pun tumpang sekaki...


bertahun-tahun kemudian, dia pulang semula and claimed her right..


what will u do?


me?
kalau setakat lari sebab jumpa lelaki yang lebih baik tu kira memang saya sangat setujula... tapi bab meninggalkan anak2 tu, adala yang nak kena sembur... tapi bila masuk bab agama ni... isk isk isk iskk TIADA MAAF BAGIMU..


sesetengah orang memanglah sangat murni hatinya.. pemurah dan pemaaf betul!!!!

No comments: