Wednesday, April 16, 2008

Lembu punya susu, babi dpt nama

Pernah dengar peribahasa tu? Mesti lah x sebab babi tidak membawa konotasi yang baik dalam budaya masyarakat melayu. Sebab itu ada simpulan bahasa membabi buta. maksudnya sila rujuk sendiri di kamus simpulan bahasa.

Dalam masyarakat Inggeris juga babi kurang membawa konotasi yang cemerlang. Jadi banyakla sayings misalnya making pig of themselves dan pigs might fly.

Perlambangan babi juga digunakan oleh George Orwell dalam novel satiranya yang sangat termasyhur, Animal Farm. (Kalau tak pernah baca buku ni, memangla masa sekolah dulu selalu ponteng)

Sungguhpun begitu, babi ialah hidangan istimewa dalam Masyarakat bukan islam, khususnya kaum tionghua. Sudah menjadi tradisi, seekor babi panggang (siap dengan kepala sekali) diserahkan sebagai satu daripada hantaran peminangan pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. (kwn saya yg cakap)


Walaupun babi hukummya najis mughallazah (berat) dalam islam, namun sebagai agama yang mementingkan persaudaraan dan perdamaian, babi dibenarkan dibela asalkan pengusahanya bukan beragama islam.


Benar sekali, pada lewat tahun 1990-an, virus Nipah atau nama manjanya JE telah melanda negara terutamanya di dua negeri iaitu Perak dan Negeri Sembilan. Dalam satu ceramah PAS yang kebetulan dibuat di depan rumah kami di Penang, dah kat depan rumah kan, x kanla tak pergi pulak, Penceramah tu bergurau memanggil dua menteri besar ketika itu sebagai Menteri Besar Babi.

Dia hanya bergurau saja. Realitinya, Melayu totok tidak rela dipanggil babi. Itu ialah gurauan yang keterlaluan, kerana babi melambangkan sesuatu yang keji dalam masyarakat melayu. Tapi kot panggil gila babi, orang boleh maafkan sikit2 lagi..

Dalam kamus Collins Cobuild, katanya if u called someone a pig, you think they are unpleasant in someway, especially they r greedy or unkind.

Sama rupanya pemikiran kita dengan Mat Saleh.

Malam tadi saya tgk buletin utama. Seorang Adun di Selangor cakap jangan politikkan isu babi sebab dia ada 15,16 gambar menunjukkan "mereka" (x pasti siapa) pernah melawat babi di germany, amsterdam dan negeri2 di luar negara.. Dia kata dia akan releasedkan gambar2 tu kalau isu babi terus dipoltikkan..

Adala zoom sikit gambar2 tu.. tapi saya x pasti siapa. Acho, my bro pun x pasti..


Mungkin x lama lagi akan timbul peribahasa baru, pig politician atau terjemahan sejadinya ahli politik babi, merujuk kepada ahli politik yang menyelar penternakan babi di malaysia tapi dia pergi obersea melawat babi.

Moralnya, kalau pergi ke luar negeri, jangan bergambor dengan babi. Nanti masuk tv.

Sekian saja karangan saya pada hari ini. Saya sudahi dengan,

kalau babi katakan babi... tidak rakyat berteka teki.

4 comments:

Anonymous said...

yeah, klu babi katakan babi.. klu kata khinzir lain ke? hehehe..
klu ternak babi, semua dok kritik gila babun, tapi klu ternak duit kat genting, ternak hasil air setan nirrojim kat almost semua negeri ada, xde lak yg higlight.. emm renung2kan..

Kengkawan said...

very babi too!! hehe

zino said...

sebelum pilihan raya di panggil kinzir.. selepas pilihan raya panggil babi..

tu je ulasan pakngah hehe

Anonymous said...

x ble cakap lebih 2 . yang babi tetap jugak babi