Tuesday, January 20, 2009

Selamat jalan pokok pisang

Sewaktu saya masih kanak-kanak, saya dipaksa (oleh diri saya sendiri) berjaga sepanjang malam menunggu keputusan pilihanraya.

Walaupun keputusannya mudah dijangka, tapi keseronokan lima tahun sekali itu luar biasa auranya. Satu jenaka zaman kanak-kanak yang sering saya dengar daripada orang dewasa ialah, "kalau letak pokok pisang pun calon BN akan memang juga."

Tuan-tuan pernah dengar jenaka itu? Atau mungkin jenaka itu hakcipta terpelihara orang-orang kampung saya sahaja.

Saya juga suka menumpang semangkuk membaca akhbar di perpustakaan. Apabila menang ceritanya akan keluar berkolum-kolum. Jika kalah (seperti by-election di Pulai Condong tahun 1990-an) artikelnya sangat pendek dan mudah dilupakan.

PRU12 telah mengubah landskap politik Malaysia, itu tajuk satu artikel di akhbar yang saya ciplak.

Kuala Trengganu by-election telah sekali lagi mengiyakan kenyataan itu. Sebenarnya kalah atau menang memanglah adat bertanding. Tak baikla kita melukakan hati pihak yang kalah, kata Tuan Guru Nik Aziz.

Tanpa berniat untuk melukakan hati mana-mana pihak, saya fikir mana-mana calon yang bersungguh-sungguh ingin menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya, waima pilihanraya Ketua Darjah sekali pun harus ada kriteria berikut:



sila rujuk Utusan Isnin 19 Januari 2009
p/s nak berjaya kena la ada effort sket beb!!

Gud Luck!!!!

1 comment:

zino said...

ada dah kehilangan punca nak berkempen.. segala galanya dah berubah.. kempen stail lama telah ketinggalan zaman.. kalau masih tak mau berubah maka akan tertinggal lebih jauh..