Macammana ye?
Bertahun-tahun saya bekerja dengan remaja. Kerenahnya pelbagai, yang nakal tapi menghiburkan, yang nakal dan sangat menguji kesabaran, yang nakal tiba-tiba kerana persekitaran dan ada juga yang nakal kerana inginkan tumpuan.
Penyelesaiannya pun berbeza-beza. Yang lembut disudu, yang keras dicicipi, ini peribahasa yang saya jumpa dalam Kamus Dewan. Maksudnya sila rujuk sendiri.
Ramai juga yang pintar.
Yang pintar tapi mementingkan diri sendiri, yang pintar tapi jujur (nak tolong buatkan folio pun dia tak mau.. hebat gila..), yang pintar tapi kurang keyakinan diri, yang pintar tapi merasa sangat bangga (poyo!!!) dan ada seorang sahaja yang pintar dan merasakan dia lebih bagus daripada orang lain.
Begitulah budak-budak..
Yang sederhana juga berbeza karakter. Panjang la ceritanya..
Persamaannya, setiap orang berhak dilayan sama rata tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Yang salah akan tetap didenda walau siapa pun yang melakukannya..
Mendidik anak kenalah dari rebungnya. Kalau sudah menjadi aur, mungkin sekali pada ketika itu nasi telah menjadi bubur. Macam kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri.
Saya pernah terbaca lama dahulu, kanak-kanak sekolah di Thailand dipaksa oleh Datuk Bandar (dah x ingatla bandar mana) mengutip sampah di kawasan awam. Idea ini menjadi kontroversi dan mendapat bantahan para ibu-bapa.
Mak bapak mana yang sanggup tengok anaknya dipaksa menjadi kuli?
Tetapi Datuk Bandar menegaskan biar kanak-kanak tahu betapa membuang sampah merata-merata itu satu perbuatan yang jelik. Dah lama sangat sampai lupa apa kesudahan cerita itu.
Namun tahun lepas saya melawat Chiengmai dan terus ke Chiengrai di sempadan Burma. Fuh!!! sehelai daun pun tak der kat jalan. Bandarnya sangat bersih, longkang pun tidak tersumbat. Kedai makan ditepi jalan pun lain macam bersihnya.
Mungkin (mana nak tau).. generasi budak sekolah pengutip sampah tu dah belajar sesuatu.. begitulah besarnya kuasa media dan juga peneguhan pendidikan awal.
Sebab itu sehingga kini saya masih lagi belum dapat memahami kepada isi pencuri kereta yang dihantar ke tanah perkuburan seperti seorang raja masih terus dilaungkan. Saya membaca artikel di dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris pada pagi ini. Hati saya menjadi runsing (tapi sempat juga saya menghabiskan sepinggan nasi goreng dan semangkuk soto)
Secara peribadi, memukul orang sehingga mati amatlah keji, namun dengan memperbesarkan isu ini dan mengungkitnya dari hari ke hari apakah mesej yang diterima oleh remaja dan kanak-kanak?
Jangan terkejut jika ada kanak-kanak yang bercita-cita hendak menjadi pencuri kereta mewah apabila dewasa nanti.
Mungkin kereta mewah andalah yang bakal dicuri selepas ini... Tahniah!!!!!
1 comments:
betul ke bersih tempat tu.. mau juga pegi melawat tu... kelompo ni susah benau nak bersih.. buat malu den yo.. hehe
Post a Comment