Monday, May 03, 2010

Cerita makan

Saya sedang berbual dengan kawan, bila adik saya menalipon..

Me : napa dik?
Him: Lambat lagi ke nak balik.
Me : 10 minit, andak kemas barang sekarang..

Adik saya, Zainal Arif dah berumur 25 tahun. Kami sekeluarga memang jarang menalipon satu sama lain kerana kami selalu berjumpa. Pun begitu bila berjumpa kami cuma makan bersama-sama sahaja, jarang berbual kecuali waktu Berita jam 8. ketika itu masing mengomen berita di telivisyen terutama hal-hal berkaitan parti merah.

Tapi hari itu sudah seminggu saya tak berjumpa dengan dia. Dia kerja shift malam dan saya selalu tiada di rumah.

Jadi bila dia talipon saya merasa gusar dan bergegas pulang. Rumah saya dari tempat kerja hanyalah lima minit sahaja. Kalau saya memecut laju hanya 2 minit sahaja. Kalau lagi nak cepat pun boleh...

Bila sampai rumah adik lelaki saya sedang menunggu.

Me : Ko ok ker? Mak ok?
Him: Ok.. jom kita g Pizza..

Berlari2 saya balik ingatkan ada kecemasan, rupanya dia cuma nak ajak makan...

2 comments:

Izan Hasrin said...

Ish..saspen ajer.. Ingatkan pasal apa la tadi! Dah lama x makan pizza ngan andak kan? ;)

Kengkawan said...

tu la tu... soon la izan eh..