Tuesday, November 30, 2010

Aduhai ejen-ejen MLM

Honestly (nothing but the truth la kan)... kalau benda tu boleh dapat dengan harga seposen, jangan harap saya nak bayar RM1 untuk benda yang sama, kecuali sebab kualiti. Contohnya saya tak kisah pun beli kasut cap burung penguin untuk loafers sebab saya pakai loafers hari-hari bila saya bercuti. Kalau kasut tak selesa, sudah satu kerja pula saya kena beli plaster... Rugi dua hengget...

A'a... dah lama x beli kasut...

Justeru itu (ayat buku), saya tak faham betul kenapa orang sanggup menjadi dealer menjual barangan yang terlampau-lampau mahalnya tapi entah berkualiti entah tidak, sebab dia pun bukan guna pun.



Contohnya TUALA WANITA berherba.
Dah banyak kali la orang datang nak jual pada saya n siap cakap panjang-panjang keberkesanannya. Kalaulah betul semua yang diorang ulang-suara (parroting) daripada pamplet produk tu, huishhhh... habislah semua doktor O&G dah takde kerja la.
Someone send me a box (FOC)in 2006 kot, dah lama sangat nama produk tu pun dah lupa. Sebagai testimonial yang betul2 punya (hahhha) saya cadangkan "pakai ajela STAYFREE, KOTEX ke LIBRESSE ke sebab produk tu memang sah-sah selamat dan murah dan memang dah diuji secara klinikal. Kalau anda ada senggugut, fibroid, endometriosis, atau cyst ke kahwin ajelah cepat-cepat (ayat pendek, ayat panjang malas nak tulis). Kalau jodoh anda tak sampai2 lagi jumpalah doktor dan mintalah nasihat (mesti soalan pertama dia bila nak kahwin, ada rancangan nak kahwin dalam masa terdekat.. pecayala)".
Herba lebih sesuai dimakan.

Lepas tu SABUN.
Mahal terlampau la. Betul ke kos buat sabun tu gitu? Kalau macam tu punya mahal, lebih baik saya beli jenama antarabangsa kat Pusat Membeli Belah. Sekurang-kurangnya dah memang sah-sah kos naik sebab penjenamaan dan pembungkusan. Dari segi kualiti memang tak payah sangsi. Ye la kan, kalau ada bahan cemar ke apa (ntah apa la istilahnya) mesti awal-awal dah kena saman kat negara pengeluar. Ini merujuk kepada produk berjenama je la yer, produk cap-ayam-made-in-usa tu tak kira la.
Paling tak tahan lepas pakai, x payah pakai pelembab dah.. Ermmmm ko pecaya ke Joyah


Lepas tu PENAPIS AIR.
Soalan pertama misti, "akak sayang kesihatan ke duit"
Adeii... selalunya saya tak jawab sebab saya sayangkan ikatan persahabatan. Kang kalau saya dah mula cakap macam-macam mahu tujuh keturunan saya kena pangkah.Kata kuncinya di sini ialah (perghh debater) ADAKAH HARGA ITU BERBALOI DENGAN KUALITI?


Rantai/gelang/loket/tali pinggang/ bengkung KESIHATAN.
Saya pun penah beli satu benda tak bole cakap apa dia. RM1k++ gak la. Lepas beberapa bulan, dan berbirat2 badan lepas tu baru saya menyesal. "If I bought Trium*h, I could get 10 pasang kot dan boleh beli banyak saiz to cater my yoyo weight". Cettt... Sekarang dah tak femes dah benda ni...
Datang pulak gelang, n rantai... adeii... tak serik-serik. Ada plak tu yang tak segan silu menjualnya...


Lepas tu ada pulak Pelaburan ****
Yang **** tu sebab saya tak ambik tahu. Bila orang datang dan cakap saya buat muka bizi-sebizinya. Sepanjang 10 tahun ni dah bermacam-macam pelaburan saya dengar. Satu-satu pulak tu kena busted. Lepas tu tumbuh yang baru.Saya pernah tengok orang yang bijak dan lebih cermat daripada saya pun terpengaruh jugak dan kantoi. Jadi saya fikir, cara yang paling selamat ialah JANGAN LAYAN langsung. Sebab ejen-ejen ini (yang mungkin terdiri daripada kawan-kawan kita juga) memang dah dilatihtubi dengan ayat-ayat yang boleh memukau pendengar.
Ataupun kadang2 kita beli sebab kasihan....


Lepas tu KOSMETIK PENCERAH
Tak kisahla jenama tempatan (melalui ejen-ejen) atau buatan luar negara (kat spa selalu jual) saya sangat menyampah kalau orang cadangkan whitening cream, whitening scrub dan segala macam whitening lagi la.. Whats wrong being coloured? tak sengaja saya terspiking London pada toke Spa yang bukan berbangsa Melayu pada satu hari. Kalau dipanjangkan karang dah jadi isu perkauman pulak... Jadi dia diam dan saya pun diam.
Eh.. tapi ubat gigi pilihan saya ialah Colgate Whitening in 14 Days.


Pil/jus/kopi/teh KURUS.
Saya gumuk sbb saya kuat makan. Bulan puasa saya cuma makan waktu berbuka dan bersahur dengan air masak sahaja, selalunya berat badan saya memang sangat-sangat terkawal (tiada data diberikan).
Saya percaya, kalau saya berdisiplin, saya akan kurus. Kalau saya terus makan dan makan dan makan, makanlah segala pil kurus apapun... rasa-rasa boleh kurus juga kah?


Hishhh...

No comments: