Monday, November 22, 2010

A chip off the old block

"In d future dont u dream on asking anything from me" said him.

Pergh... nak tersembur tenpayaki dari mulut saya.

"What make u said that?" saya tanya sambil kuis-kuis pinggan, kot-kot memang betul2 tersembur. Razi, tukang masak hari tu (saya baca namanya pada baju dia, kalau dia pakai baju orang lain tak tahulah pulak) baru saja keluar selepas hidangkan tepanyaki daging batang pinang medium well dan sayuran. Sebelum itu kami dihidangkan dengan salad sayuran dan air teh hijau.

"she wrote stupid shoes with marker on the new adidas shoes which i bought for raya". Dia berhenti makan. Tak sepatutnya saya tanya soalan macam ni pada kawan saya. Tapi semua pekerja restoran itu kenal keluarganya, dan ketika kami melangkah masuk, soalan pertama mereka ialah, "kenapa tak bawak anak-anak?".Kejap-kejap datang lagi pelayan lain tanya tentang anak juga. Mereka sekeluarga suka makan di situ dan menjadi kesayangan pekerja-pekerja restoran pulak tu.

Saya pun kenal keluarganya tetapi perkara peribadi memang tidak masuk dalam agenda perbualan kami sejak dari mula kami menjadi kawan, lama dahulu sebelum anaknya tiga. Saya tak ingat macam mana cerita ini bermula, dan, dan dia dah emo.


"Kawan2 dia tulis kan kot.. budak2 sekolah kadang2 nakal." Saya cakap. Dulu masa anaknya ini di sekolah rendah kawan saya selalu bertanya kepada saya hal-hal pelajaran, misalnya kenapa jawapan ujian anaknya di salahkan oleh guru, bagaimana nak mengajar anak di rumah, macamlah saya ni pandai sangat mengajar kanak-kanak. Padahal saya guru sekolah menengah.

Kini anaknya telahpun berumur 15 tahun. Sudah besar dan sepatutnya sudah boleh diharap. Namun jarang pula dia bertanya hal pelajaran lagi, cuma sesekali memberitahu pencapaian anaknya sahaja.

"No, its her doing. She put in on top of d shoes shelve, so that i could see. I pegi bilik dia n tanya, she said x tau. So depan2 dia i gunting kasut tu n told her, DONt u dream on asking anything from me again." dia cakap dengan emosi lagi.

"oh.. u juz gunting kan, x maki-maki semua kan.." saya tanya takut-takut.

"Nope.. gunting aje, but I said DONt u dream on asking anything from meagain," dari cara dia kerutkan dahi, nampaknya dia betul2 marah.

" Ohh gud.. at least dia x berkecil hati, kanak-kanak akan berdendam kalau kita cakap lebih-lebih", saya bagi pendapat yang sebenarnya hakcipta terpelihara penulis buku mana ntah.

Razi tukang masak, masuk lagi bawak semangkuk ais dan mencuci dapur. Saya pun sibuk bertanya itu ini. Setelah selesai, dengan penuh sopan santun, Razi bersalaman dengan kawan saya kerana mulai minggu depan dia akan berhijrah ke Brunei, dan saya ternganga..


"Baru-baru ni dia minta duit nak balik kampung, i said, "no way i would give u a dime. pergila balik terus, don u ever come back".. x yah balik lagi bagus." sambungnya lagi lepas ucap selamat jalan pada Razi.

"Oh my... how could u?" tanpa sedar saya pandang kawan saya dengan muka hulubalang nak pergi berperang.

"I had enuff. 15 years is enough. Susah jaga dia, x macam adiknya.." dan dia senaraikan segala kesalahan yang anak dia pernah buat dulu. Panjang, tapi saya pernah jumpa senarai yang lebih panjang daripada itu dalam kerjaya saya. Saya dengar dan diam dan pura-pura makan.

"Anak u x ramai, 3 je. Janganla mcm tu" saya cakap pelahan.

"Told u, i had enuff" ishh dia emo plak dah

"I mmgla xder anak, but i do have lots of anak murid. Umur 15 mmg transition point la." And i told him about one of my girl yang iskkkk sangat sangat buas when she was in form one and form two, until her group of 6 was nicknamed 6 Jahanam.

"Teruk sangat ke?" dia bertanya sambil ketawa.

"Sangat-sangat.But then once I knew her father is a drug addict so kita tolerate ngan dia" saya tidak beritahu pun dengan kawan saya yang this girl entah berapa kali dibawa ke Balai Polis.

"But then when she was 17, dia pulak yang jumpa i n mintak i disiplinkan sikit adik dia sbb degil"


" And then what did u said?" Dia tanya semula sambil ketawa lagi.


"I told her dulu u pun lagi la teruk, tapi skrg dah baik, hopefully adik dia pun ikut jejak langkah dia jugak". Kitaorang ketawa lagi..


"I hope ur daughter would turned out like her next yr." saya cakap ngan suara lebih perlahan sebab the waiter masuk n isikan lagi air teh hijau.


"Hopefully" dia jawab pendek.


"Jangan cakap bukan-bukan, kata-kata tu doa. Berderau darah i bila dgr u cakap tadi.Anak u ada 3 je, ingat tu.." saya ulang skrip saya.


Dia diam, saya pun diam. Makanan pun tidak habis. Sesuatu yang sangat jarang berlaku. Pada pukul 8.00 malam saya memandu pulang, dengan perasaan tidak gembira.

Felt like I've trespass our line. I wished it would not happen again.

No comments: