Wednesday, November 24, 2010

Minden 1996

Time : Before Maghrib
Date : July 1996
Weather: Hot n Humid


Saya dan roomates As, Kakak, Zie n Ita baru balik dari cafe. Penat betul beratur.
As : Ane ni cari siapa la. dah 2 hari tgk dia kat sini (sambil tunjuk kat pemuda India yang duduk serba tak kena di atas motor).
Ita: Yang semalam tu kan... Minachi manala agaknya dia cari ni..
Me : Baju pink lak tu... adeii sesuai sangat la tu hehehe

dalam bilik.
As : Lupa la Andak, smlm ada org cari.
Me : Coursemates kot, nantila jumpa
As : x kot, sbb x kenal, coursemates andak kita kenal
Kakak: Ntah2 ane tadi, baju pink lagi tu.. hehhe
Zie : Andak ada budak cina ni cari
BC : R u Izan
Me : ye saya..
BC : Ada lelaki India nama K* cakap nak jumpa, dia tunggu awak di bawah...

Yeah rite, kengkawan saya instead of makan, dah siap gelak berguling atas lantai. Menyesal betul saya sebut pasal baju pink tu kalau sy tau tadi itu la K* pen pal saya dari Tingkatan 1 mesti saya x ckap mcm tu... zaman dulu mana ada handphone 3G, facebook pun xder... mana nak penah tengok muka. Dan kami pun berutus surat sethn sekali je kot, xder la beria sangat padahal K* duduk Taiping je.


Saya x sempat pun nak sentap sebab kena ketawakan berguling2 tu, saya berlari2 turun tangga, patut cool la sket tp tak boleh la. X reti saya nak berlakon2.

Me : K*............sgt gembira dapat berjumpa.
K* : Eh... mana tau?
Me : Tadi ada chinese girl tu cakap K* nak jumpa. I saw u td, but i dunno its u,sorry..
K* : Kacau la.. i ingat nak surprisedkan.. nak buli ke apa.. hehe. Mcm mana izan tau ini K*?
Me : Obviousla... u sorang je Indian guy kat bawah ni sekarang.. n dr td u nampak mcm tgh cr seseorang..
K* : Ye la, ni hari ke-tiga I datang cari. U asyik xder kat bilik saja.
Me : Jumpa coursemates, kenapa x tinggal pesan?
K* : Sebab nak surprisedkan la.. haha

Well... walaupun saya suka melupakan banyak perkara dalam hidup saya, tapi until today I could recall my first meeting with my one n d only penpal verbatim. He graduated from the same Uni (diff campus of course) in the same year and on the day we met up, dia baru je dapat kerja.


Tapi masa tu mana ada pesen org ambik gambar n upload kasi semua orang tengok... aiseyy... what a lost..

Cerita pasal gambar...
Btw during his graduation, saya sengaja je berdiri kat tengah-tengah keluarga India yang menunggu di luar Dewan sebab saya x berapa cam wajah K*. Sebelum itu memangla saya berjanji untuk datang (dah buat kat kampus je kan apa salahnya datang, jalan kaki je). Coincidently, mmg betulpun itu family dia. They insisted to take our pics together (smer or pun mmg akan bergambar dgn graduan, no big deal ye) tapi pada masa tu saya memang alergik kamera, satunya2nya gambar yg sy ambik ialah gambar pasport sahaja, jadi saya menolak.



p/s After his graduation, i never see him again. On my 2nd year, we lost contact. Saya tak mau tulis nama betulnya to ovoid future conflict (if any!)sebab dalam masa 14 thn ni pasti banyak yang dah berubah dan bertambah.

p p/s Saya rasa kami tak akan berjumpa lagi sampailah ke akhir hayat saya. Tapi kalaulah.. (juz in case) sbnarnya saya saaaangat suka warna pink.

Sekian.

2 comments:

Izan Hasrin said...

nostalgic la andak.. apsal izan x penah tau pasal citer mamat K* tu ek? mana tau andak jumpa lg ngan dia satu hari nnt musti touching giler kan.. hehe

Kengkawan said...

sangat... hahahha

happened on d first few weeks kat minden rasanya...kita lum kwn lg kot masa tu.

touching? xdernya.. heheheh