Friday, December 17, 2010

Bagus sangat ke prestasi kita ni?


Ini gambar tahun lepas. MSSD 2009 di Stadium Proton.

Tajuk entry ini sebenarnya ayat Fida, selepas Rizlan cakap dia proposed both our names for MSSPK. We exchanged glance, Fida n I la kan, takkan Rizlan pula, and said nothing. The truth is, kitaorang berdua memang betul-betul passenger dalam ini team.Serious!

But then i believed, it was d birth of our friendships.


Fida sangat sangat pendiam. Dalam setahun boleh dikira berapa kali je saya cakap dengan dia. With her you dont have to beat around the bush. Unless urusan kerja, kalau hal-hal lain yang tidak kena mengena dia tidak akan memberi sebarang komen.

Nada!

Justeru, saya merasa sangat terharu dan sedikit emo bila dia sanggup datang ke bilik saya dan mengadu tentang hal-hal yang sedikit peribadi. Hari itu saya sedikit sibuk jadi saya tidak dapat melayan dengan baik, tetapi dia terus juga menunggu untuk bercerita. Seperti biasa, saya ingatkan dia saya sangat mulut tempayan, tapi dia terus juga bercerita.


Well, this is the person who rarely speak n here she is pouring her heart's content to an (in)famous mulut tempayan like me. For me it is something that I couldnt fully comprehend but still makes me feel so err... appreciated(?).

There r so many qualities in her that I adored. For instance, I could always count on her to back up my plans, she never say No. She helped us (me n siti) out but never take the credit. Her generosity humbled me.


Ada dua insiden yang saya tidak akan lupa sehingga ke akhir hayat.

Keluarga dia ada kebun durian. Satu hari dia tanya kalau saya suka makan durian. Mestilah jawapannya YA kan. Jadi dia bawalah durian dan beri pada Uda. Kami jarang berjumpa kerana berlainan sesi kerja. Banyak pulak tu. Kebetulan hari itu Uda terserempak dengan dia di kantin. Jadi Uda belanja dia makan.

"Tak ada sebab akak nak belanja saya!" dia cakap dengan tegas (Uda cerita)

"Wehh.. dia cakap macam tu dengan engkau?" saya tanya Uda balik.

"Yelah.. orang pun ambik balik duit pada makcik kantin x jadi bayar.Tak berani" Uda cakap sambil kami ketawa. Fida jarang bercakap, tapi bila dia cakap she really mean it. Our admiration grew.

Cerita yang lain pula. Pada satu pagi komputer riba saya rosak. Saya menelefon Fida dan meminta dia menemani saya ke Low Yatt pada pagi itu juga sebab saya nak beli baru. Ye, kalau saya nak sesuatu, saya nak masa itu juga. Seseorang yang saya dah lupakan namanya kata saya sangat-sangat tidak sabar. Cett!!

Saya telefon Fida kerana dia mahir pasal komputer dan dia sangat jujur. Sesetengah orang suka mengambil untung atas angin dalam urusan sebegini. Fida pula menelefon adiknya di UiTM Shah Alam, dan mereka berdua memilihkan komputer untuk saya.

Saya merasa terharu (x tahu perkataan lain), pertama sebab dia sanggup membantu saya in such a short notice. keduanya, dia mengheret adiknya sekali sebab dia cakap adiknya lebih bagus dalam hal komputer daripada dia.

Bila dia mahu berkahwin, saya sangat gembira. Zana dan saya turut sama tak pasal-pasal gembira menghadiri perkahwinannya.

Hari ini sewaktu hujan lebat dia dan suami singgah ke 12A. Mereka sedang mencari rumah sewa. Selepas memusing mencari mereka masih belum dapat rumah lagi di Slim River ini. Ada beberapa rumah yang kosong tetapi tiada tanda-tanda ingin disewakan

Oh.. saya pun tak tau rumah siapa yang nak disewa. Zana dan saya pernah cuba mencari-cari sebelum ini tetapi sewanya tak masuk akal sangat pada fikiran kami berdua. Tak tergamak kami nak mencadangkan kepada Fida. Jadi kami pun berhenti mencari.

Tetapi saya rasa saya tau siapa yang boleh membantu.Saya membawa mereka berjumpa dengan Ms Tan, kerani di Syarikat Pemaju Perumahan. Ms Tan semua gossip di taman ini. Bukanlah gossip macam dunia artis tu, jangan salah faham... Gossip murahan Ms Tan konfem x layan punyalah.

Gossip Ms Tan menjurus kepada, siapa nak jual rumah, rumah mana under renovation, rumah nak disewa pendek kata hanya gossip hal rumah saja lah. Dia kenal semua pembeli. Seperti yang selalu saya tulis, Slim River ni bandar koboi saja. Ms Tan cuma perlu sebutkan nama dan tempat kerja saja, chances r we know the person or a friend's of a friend's friend knows the person.

Dipendekkan cerita, sebentar tadi Fida mengirimkan sms, "orang tu setuju nak sewakan"

Seriously in life, it is not the question prestasi bagus atau tidak. Orang yang baik dan sentiasa memudahkan urusan orang lain, pasti satu hari urusannya juga dipermudahkan.


Fida memang baik.

2 comments:

Liza Noh said...

Setuju...

Kengkawan said...

bila liza komen ni?
ok setuju jugak:-)