Thursday, December 30, 2010

Bestnya cuti!

Masa bila dia tukar nama? Jadi bila sebut Piala AFF Suzuki ingatkan itu perlumbaan Grand Prix ke apa... (nampak sangat....)

Saya antara beribu-beribu yang bersidai depan televisyen menonton perlawanan akhir siri kedua. Kenapa ada dua? Acho, my bro macam malas je melayan. lagipun sepanjang musim ni inilah satu-satunya perlawanan yang saya tengokpun, kenapa dia tukar nama? Bukan Piala Tiger lagi bunyik nye hebat ker? Yang ni pun Acho malas nak layan jadi terpaksalah saya menggoogle mencari jawapannya..

Setelah 14 tahun perlawanan ini bermula, barulah Malaysia muncul menjadi juara. Lebih manis sebab skuad negara dibimbing oleh jurulatih tempatan. Jimat tukaran wang asing!

Memang pesen di Malaysia, asal menang je bergegarla satu Malaysia menyokong. padahal sebelum ni bolasepak dah jadi sukan suam-suam kuku sampai berita Piala Malaysia asyik tenggelam dengan dominasi EPL, hinggakan menteri pun komplen dalam surat khabar.

Oh saya teringat pertama kali kita menang Piala Thomas, sewaktu itu saya masih bersekolah... dapat cuti jugak.. Pertama kali negeri Perak menjuarai Piala FA, cuti jugak.. 31 Disember 2010 pun diisytiharkan cuti umum juga sempena kemenangan Malaysia.

Kegembiraan memang harus dikongsi bersama. Menonton di layar besar beramai2 di tempat umum juga membawa kegembiraan juga.

Tapi janganlah pula lepas ini pemain-pemain ini direndamkan dalam kolam difoto dengan untuk melariskan majalah hiburan. Kemudian digandingkan dengan selebriti seksi dan seterusnya digossipkan pula bercinta dengan sipolan dan sipolan.

Kalau setakat menjadi penghias kulit depan dan temubual difokuskan kepada permainan, strategi, dan kemahiran bolasepak baguslah. Tetapi kalau sekadar bertanya 10 sikap gadis yang kamu ingini, 10 rahsia yang orang tidak tahu tentang kamu, 10 perkara yang mebuatkan kamu cair (ayat-ayat ini saya perkasakan nilai murninya) dan bla bla...

Lagi 10 tahun kita sepak angin sajalah...

Walaubagaimanapun, jangan sedih Garuda. Kalah dan menang adat permainan. Terima kasih Harimau Malaya kerana menggembirakan kami semua.

Semoga yang baik akan berterusan.

No comments: