Tuesday, December 28, 2010

Pernah Tak Terfikir?

Biasalah...

Ada hari kita malas. Ada hari pula SANGAT malas. Terutamanya kalau bercuti. Jadi selepas bangun dari tidur dan melakukan rutin harian yang tidak sesuai langsung dikongsikan dalam blog ini saya akan memilih sebuah buku untuk dibaca dan menghidupkan komputer riba, menyemak pesanan di laman facebook dan seterusnya bermain scrabble bersama rakan-rakan di seluruh dunia yang saya tidak pernah bersua muka.

Nampak tak permainannya?
Buku tadi cuma sekadar perhiasan saja. Itu kebiasaan dari kecil yang terbawa-bawa sehingga dewasa. Masa kecil dulu, bila emak saya tanya buat apa, saya akan cakap (sambil memegang buku itu)"orang tengah baca buku". Tipu ke tu?

Bila saya di 12A emak saya tak tanya dah saya buat. Tapi jiran saya akan telefon hampir setiap hari kalau saya tidak berhati-hati.

Jiran: Awk ada kat umah eh?
Saya : Ada, napa ye?
Jiran: Awak sakit ke? Kenapa tak nampak awak hari ini?
Saya : Tengah baca buku (sambil pegang buku) nanti ye ...

Nampak x permainannya?
Walaupun saya tengah main scrabble (saya x mahu main permainan lain) atau berborak dengan d kids(saya tidak ada masa berchatting kecuali hal yang sangat sangat penting) di facebook saya tetap akan cakap saya sedang membaca buku. Tapi takla tipu sangat sebab masa tu saya akan cepat-cepat buka buku dan skimming a few pages.

Untuk mengelakkan jiran saya membazirkan kredit menelefon saya, setiap pagi saya akan membuka pintu depan walaupun saya tidak keluar rumah. Kalau saya kemana-mana dengan tidak memandu saya akan mengirim pesanan kepadanya. Nanti dia risau.

Akan tetapi sehari dua ini saya sungguh gigih berlawan (tapi kalah terus menerus) sehingga lupa membuka pintu. Semalam jiran saya telefon hari ini pun dia telefon lagi. Soalannya sama "Awak sakit ke?". Saya sihat. "boleh tak saya datang ke rumah awak?".

Nampak tak permainannya?
Jadi saya cepat tukar baju (yang ini pun tidak perlu didetailkan) dan membuka pintu.Bila dia tidak datang, saya pergi menjengok ke pintu rumahnya. Dia baru nak keluar. Bila nampak saya, dia menyuruh saya masuk sahaja.

Rupanya dia telah menyediakan cekodok pisang yang melampau-lampau lembutnya dan tidak terlalu manis, teksturnyanya pun halus memang kena di tekak saya. Diminum pula dengan air perahan oren segar (ayat iklan), sungguh melampau-lampau enaknya.

Sebenarnya, seorang kawannya berjanji hendak datang tetapi datang sekejap saja dan tidak sempat menjamah hidangan yang dia sediakan. Oleh kerana dia tidak mahu gemuk sorang-sorang (ayat dia), jadi dia pun memaksa jirannya makan sekali.

Nampak tak permainannya?
Sebagai jiran yang baik, saya pun makan je lah dan berbual. Dari satu topik ke satu topik, dari sebiji cekodok ke sebiji cekodok. Sedar-sedar dah pukul 1 tengah hari. Nasib baik emak saya tak telefon.

Nasib baik suaminya telefon. Jadi saya pun pulang ke rumah. Benda pertama yang saya cari ialah, bukan komputer riba.

Tentu saja mesin penimbang berat yang berwarna putih dibeli dari gedung perabot biru kuning. Data masih tidak berubah.

No comments: