
Pakcik: minggu depan kami x ada
Me : oh... ye jugak.. x best ye
(muka sedeyy)
Selang seminggu, pagi-pagi lagi saya akan pasti menemui mereka berdua. Mereka membantu saya, sejak tahun 2002 sehingga sekarang, layanan dan kasih sayang mereka berdua tidak pernah kurang. Walaupun ditegah dan dikatakan tidak profesional saya tetap panggil mereka berdua "pakcik". Mereka seusia emak saya.
Me : Lupa la pakcik, mulai minggu depan kita diarah tidak buat kerja ini lagi.
Pakcik: Ye ker?
Me : Ayatnya begini, "x sepatutnya cikgu yang buat kerja ini"
Pakcik: Betul ke cikgu?
Me : Ni dah bulan 10, baru nampak apa yg patut apa yg tidak.
Pakcik: Tak apa cikgu, pakcik pun tak kisah tolong cikgu.
Me : Terima kasih pakcik berdua.
Pakcik: Ingat, kita bekerja kerana Allah cikgu. Jangan risau ada bahagian kita di sana.
Perghh... saya menjadi sedikit emo....
Me : Kita tidak ada harta pakcik, tp cukuplah ada org sekeliling, ada kasih sayang dan kawan2 yg sama2 dalam susah senang.
Pakcik: That is important cikgu,itu yg paling penting. Cikgu tenang ye.
(air mata saya menitis, orang kata what comes from mouth reaches d ears, what comes from heart reaches heart..)
Oh.. sebenarnya ada sebuah cctv yg menghadap ke Pondok Pengawal Keselamatan yang telah dipasang beberapa bulan yang lalu. Saya tidak pasti tarikh yang tepat kerana tiada apa yang ingin saya sorok jadi ada cctv atau tidak, tidak ada kena mengena dengan diri saya.
Namun, jika dimainkan semula rakaman cctv itu, akan terlihatlah pada hari Khamis pukul 3.00 petang, saya memberhentikan kereta di hadapan pondok itu. Pakcik datang keluar, dengan muka saspen, bercakap dua ayat dan masuk semula. Saya keluar dari kereta, mengambil senaskah akhbar dan berdiri selama 5 minit di hadapan pondok. Pakcik tidak kelihatan di cctv.
Beginilah ceritanya.
Me : Pakcik... sekarang kita percaya cakap pakcik (sambil nangis)
Pakcik: Kenapa cikgu? (sambil ketawa-ketawa) tu la cikgu tak percaya dulu.
Me : Sekarang kita percaya.. kejap kita ambil paper... berpura2 lah.
Pakcik: Ok kami duduk dalam post, tengah kerja ni.. cikgu baru nak balik?
Me : ha'a
Pakcik: Cikgu pun kena kan? bila?
me : Ha'a baru tadi.
Pakcik: Pakcik tau, cikgu x payah cakap pun pakcik tau.
Me : (menangis lagi) tapi kita sangat sedih.
Pakcik: Lain kali cikgu cakap YE saja. kalau dia kata ini besi (sambil tunjukkan pintu pondok pengawal) cikgu cakap je YE.
Me : (sambil ketuk2 pintu tu) eh... bukan kayu ke pintu ni pakcik?
Pakcik: Memang la kayu, tapi kalau dia cakap ini "pintu ni pintu besi" cikgu jawab sajalah YE.
Me : Tapi... (sambil lap air mata)
Pakcik: Cakap YE saja cikgu, jangan dibantah-bantah. Nanti cikgu dapat susah.
Me : Macam ini lagi susah pakcik.
Pakcik: Pressure kot cikgu. Mungkin satu hari cikgu pun akan buat begitu juga.
Me : Kita harap tidak pakcik. Kita harap kita dapat berlaku adil pada semua orang.
Pakcik: Mudah-mudahan cikgu. Pakcik doakan selalu.
Me : Terima kasih pakcik berdua.
Pakcik: tak ada apalah cikgu. Hati-hati memandu cikgu.
So? Seumur hidup saya, saya tidak pernah lagi kata pintu kayu itu diperbuat daripada besi. Hari ini saya sedang memikirkan bersungguh-sungguh bagaimana hendak mengelakkan diri dari mengatakan pintu kayu itu diperbuat daripada besi.
Saya betul-betul tak tahu.