Saturday, January 15, 2011

it never rains, but it pours

Semalam macam x ok, dengan muka blur saya tinggalkan buku kat kedai photostat. Juga senarai helaian, penting tu.

"Akak x ok, x nak tunggu. x nak bayar dulu pun, besok ambik boleh?" orang kata saya suka cakap laju-laju dan panjang-panjang. Alaaa.... nak cepat..

"Petang-petang sikit kak. Kami tutup pukul 6.00ptg" adik yang bercermin mata tu jawab.

Jadi hari ini lepas Asar saya pergi lah. Saya bawak duit cukup-cukup saja untuk membeli

1. 2 helai baju Adiba (dia telefon kata baju Tnya tertinggal di rumah)
RM10 x 2 = RM20 (Cu Na pesan beli baju cap ayam saja, budak asrama mmg selalu hilang baju)

2. telur sepapan gred B - RM9.50

3. Suratkhabar omputeh - RM1.20

4. Kacang Shandong mentah 2 kilo (ramai orang kata saya goreng kacang ni sedap sangat... nampaknya ini sajalah resepi yang saya pandai)
RM5.90 x 2 kilo - RM11.80

5. Gula sekilo - RM2.00 (gula yang ada tu dah 2 thn usianya, baru nak abis)

6. Duit fotostat - RM25.00

Sangat terkejut bila adik tu kasi bil, RM58.80.
Wehhhhhhh... laaa.. biasanya saya suruh reduced size, supaya senang nak tampal di buku latihan tapi adik ni x reduced. Mungkin saya silap cakap semalam. (sambil menahan diri dari sentap).

Bayar sajalah.. hari pun nak hujan. Singgah di Pasar Borong Sakan untuk beli baju Adiba. Baru teringat Acho ada kirim beli sesuatu di Farmasi Slim. Harganya RM15 tapi ada diskaun jadi cuma bayar RM13.70 saja. Sambil berjalan ke kereta saya berhenti sekejap membeli suratkhabar omputeh... laa RM1.50 rupanya.. Bukan selalu RM1.20 ke?

Sebenarnya lepas bayar secukupnya (saya ada banyak duit syiling sekarang) pekedai itu jerit.."adikkk ari ni Sabtu lagi 30sen".

Dengan rasa rendah hati saya cakap, tebal betul muka saya masa tu. Saya pun semak harga kat muka depan akhbar, mana la tau kalau dia saja nak kenakan.. a'ah memang RM1.50.. iskk malu betul.

Singgah lagi di Kedai Borong SK. Angin bertiup kencang, hujan xla berapa lebat sangat, jadi saya parking di tepi jalan raya sebab jalan di depan kedai itu jalan mati. Nanti nak keluar satu hal pula.

Lepas congak-congak, saya cuma layak membeli sekilo kacang shandong dan sepapan telur saja. Jumlahnya RM15.45. Hujan makin lebat. Siap dengan angin kencang. Jadi saya berdiri di tubir kedai itu bersama pemilik kedai dan pekerjanya.

"Teruskan perjuangan anda" gurau pemilik kedai itu bila ditunjukkan kat mana saya parking keter-cap-ayam saya.

Saya pun berjalan sedikit perlahan walaupun di tengah hujan. Jalan berlopak, kalau jatuh x pasal je karang. Sesampai di rumah hujan makin lebat.

Sewaktu cuba mengunci pagar, payung hujan lutsinar yang sejak setahun dulu saya gantung di jeriji pintu terus terkoyak. Payung tu saya beli di Mydin Kotaraya, RM9.90 je rasanya. Memanglah tak mahal sangat, tapi janganla masa hujan ni pulak nak rosaknya.. ish ish..

Masuk ke rumah, bilik tidur yang saya jadikan tempat sidai kain itu basah digenangi air. Siapa aje la yang keluar rumah tutup tingkap? mana nak tau tempias teruk sangat, tak pernah lagi jadi macam ini.. (maksud tersirat: saya x bersalah)

Selepas mengemop lantai bilik, saya mengemop lantai bilik lain juga (entah apa-apa). Selepas itu saya menggoreng kerepok lekor dan membuat seteko teh biru-hijau kegemaran saya sambil berharap adalah orang datang jadi tidaklah saya makan sorang-sorang.

Yati datang, selepas saya habis makan dan dia x nak masuk pun. Dia cuma nak kasi setupperware oren dadih jagung. Kemudian Zana pun datang dan kasi sepasu pokok kobis.

Kami berbual di luar pagar saja sebab hari sudah hampir malam, dan masing2 ada hal lain.

Sebelum masuk ke rumah saya memetik dua biji bendi dari pasu di halaman rumah, sambil berjanji kepada diri sendiri.. besok pagi saya nak bersihkan semua tanaman (termasuk pokok bunga yang sudah lama tidak digunting) dan menanam pokok kailan pula.

Atau kangkung. Atau cili, Atau petola. Atau jagung.

Tapi yang penting besok kena juga beli gula dan tutup tingkap bila nak keluar rumah.


p/s tajuk entry x kena mengena sangat


No comments: