Wednesday, February 23, 2011

10 tahun dulu pada satu petang sewaktu bergegas ke kelas saya terserempak dengan sekumpulan pelajar lelaki yang membawa beg, dari gayanya mereka ingin lari dari sekolah.

Saya : Nak g mana ni? Janganlah lari..
Budak A: Belanja teh ais dulu, baru kami tak lari.
Saya : No problem... ehhh tapi x bawa pursela, nak cepat tadi.. besok tau..
Budak A: Janji ye..
Saya : Janji.. jangan lari tau...

Masa tu mereka di Tingkatan Satu. Saya tidak pernah mengajar mereka sampailah mereka habis bersekolah 5 tahun kemudian.

Pagi tadi sewaktu mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan hoki dan bola baling, saya perasan seorang pemuda yang boleh dikategorikan hensem jugakla tersenyum-senyum di situ. Dia jurulatih pelajar ini secara sukarela.

Sama seperti dulu, setiap kali berjumpa dia akan menegur dengan penuh hormat. Sangat-sangat hormat sampai saya pun rasa malu-malu pula. Seperti yang saya tulis di atas, saya tidak pernah sekali pun mengajar dia.

Seingat saya juga, saya cuma pernah bercakap panjang dengan dia dua kali sahaja. Yang pertama seperti di skrip di atas. Kali kedua beberapa hari selepas itu, kali ini saya memang mencari mereka di kelas.

Saya : Dah banyak hari saya cari, awak pergi mana?
Budak A: hehhehehe (read: x datang sekolah/ponteng/hilang)
Saya : Siapa eh kawan baik awak yang selalu lepak sama2?
Budak A: Kenapa?
Saya : Tanya saja..
Budak A :ooookk (sebut nama satu persatu)
Saya : Nasib baik cukup duit, nah, nanti rehat minum teh ais sama-sama ye.
Budak A : Duit apa ni?
Saya : Kan ari tu saya janji.. sorry la hari tu x bawa purse.. awak x larikan hari tu?
Budak A : Eh..... x payah la teacher... kami main2 je..
Saya : Mana boleh janji kena tepati.

But then 10 years ago, saya sabar banyak..
Semalam ada 6 orang pelajar yang cuba ponteng kelas saya. Tak berani saya nak tulis what have I done to them. Suffice to say, today I have class with them again.

While they busy doing the exercise, I counted them. Without asking, the monitor commented, "Ce* diorang x berani dah nak ponteng kelas cer* lagi, semua ada hari ini".

I wonder, in 10 years time, will this batch treat me with their utmost respect, the way Budak A did.

1 comment:

aminAX said...

alaa...just jdkn skola tu like ur real home sweet home....so xmgkn la nk lari2 dah.....