Friday, February 25, 2011

Berkali-kali ku katakan i love u.

Bukan itu yang saya nak cakap sebenarnya.

Bila saya susah hati, saya nangis. Masa tu bulan puasa. Kawan saya cakap jangan nangis, nanti dia sedih. Tapi air mata macam air terjun.

Kawan saya cakap, "yang betul atau salah, kita akan tau di penghujung nanti".

Saya tak tau penghujung tu kat mana. Jadi saya menangis saja.

Minggu ini, saya berdiri di tepi tiang, bila nampak seseorang muka moyok.

Saya tanya dia kenapa, dia cakap sama macam skrip saya sewaktu menangis dulu. Pelakon yang sama telah mengulangtayang watak Hantu dari Cerobong ke atasnya. Cuma dia tak menangislah, sebab dia lelaki.

It is an unwritten rule when male colleagues said something awful I would never take side. I tried my best to listen and never give comment, because i don't think it's needed.

Jadi saya cuma cakap, "Jangan sedih, I love you tau".
Kami sama-sama ketawa.


p/s saya cakap I love you kepada semua orang, termasuk Makcik Kantin yang buat Roti Canai paling best di Malaysia tu.


No comments: