Sunday, February 06, 2011

Cukup ke tu?

.

Masa balik semalam, Nadia (baju oyen) tanya.

Ya : Mak Andak cakap nak beli baju sama-sama kan? Bila Mak Andak nak beli?
Me: Anytime. Tapinya Mak Andak x reti pilih la Ya. Ada yang Mak Andak suka tapi takut awak semua x suka la.
Ya : Boleh x kita pergi hari ni? Kedai tu ka mana?
Me : Tg Malim. Jom!

Jadi kami pun memujuk Aishah (sweater purple) untuk pergi bersama. Along x perlu dipujuk. Belum sempat dipelawa dia dah setuju. Baby ada Re-union dengan kawan-kawan sekolahnya. Izzudin mahu bermain permainan internet.

An, adik bongsu mereka nak ikut juga. bawa sajalah, kalau menangis nanti marah mak diorang pula.

Kami singgah makan tengah hari di 12A. Saya masak tomyam, telur dadar dan nasi untuk Aishah dan An. Along dan Nadia nak makan spaghetti. Saya masakkan juga.. Sedap x sedap belakang cerita.

Selepas itu kami masak blueberry cupcake. Saya cuma sediakan bahan-bahan saja, Baby beli tepung, yang lain empat beradik ni la yang buat sendiri. Hari tu Abang Ngah cakap anak-anak dia (x tau yang mana satu) nak makan cupcake.

Lepas makan, kita orang bergerak ke Tg Malim. Singgah di Rozai Nursery dan beli 2 pasu pokok bunga ungu yang the girls cakap cantik n sepohon pokok kedondong. Ni pokok ke empat saya beli. Sebelum ni semuanya dah jadi arwah.

Tg Malim agak lengang, seronok la kitaorang berjalan. Sampai satu kedai Along berkenan sepasang selipar bertali putih dan ada tulisan macam-macam (tak kuasa saya nak membacanya!).

"Ambik je la Long, Ya pun beli sekali tau" Mak Andak memang x kisah..

Sedang diorang pilih Ya nampak pula kasut yang dia suka. Berlumba-lumba dua beradik ni cari saiz. Bila dah jumpa tergamak diorang letak semula selipar tali putih yang dah beria-ia diorang pilih tadi.

Me : Kenapa pulak? Awak x nak ke selipar tu?
Along : Along ambil kasut ni aje la..
Me : Selipar tadi tu?
Along : Boleh ke beli dua dua?
Me : Ishhhh misti lah boleh... asal ada saiz ambik je la..

Selepas selesai barulah kitaorang pilih kain. Malangnya x ada pula yang kami sama-sama suka.

Destinasi seterusnya ke kedai Avon.
Saya dah tetapkan bajet untuk mereka berdua membeli keperluan set penjagaan diri. Yang saya suka Long dan Ya ni, memang cekap bila bab kira mengira. Ikut genetik sebelah ayah dia la sebab mak diorang (kakak saya) memang kantoi maths. Pilih punya pilih, dan dan bajet naik sekali ganda.

"X apa ke Mak Andak?" Ya tanya bila saya suruh dia tambah lagi barang keperluan.

Mestilah saya cakap "x apa".

Sebenarnya, my sister spend hundreds untuk sepasang kasut Along yang pada mata kitaorang err... extremely awful, tapi terpaksa jugalah sebab itu je kasut yang dia ada saiz. Along pakai saiz 9.

"Habis tu kalau dah berjalan dengan bala tentera ni ko ingat ada masa ke nak pergi dari satu kedai ke kedai?" tu jawapan Nik bila kitaorang komplen. Membazir betul...

Sejak dua tahun dulu, my sis dah belikan set pencuci muka, pelembab dan semua-semua itu la. Dahla sekolah pagi petang, panas dan habuk. Sungguh tidak hygenic. Tapi Along x guna pun.
Saja je saya suruh diorang beli sendiri di Avon. Kalau pergi supermarket, nanti pengsan pulak Mak Andak dia nak membayar.

"Korang ni kalau balik kampung asyikla menghabiskan duit Mak Andak. Macam-macam korang mintak ye" mak diorang membebel.

"Mak Andak yang suruh beli, bukan kitaorang mintak. Lagipun kalau mintak dengan mak satu pun tak dapat", diorang menjawab.

Kakak saya la yang ceritakan semula.

Of course it wasn't true. Mak diorang belikan yang mahal-mahal tapi diorang x appreciate. Last-last Mak Andak dia jugak yang sapu.. huhu..








No comments: