Tuesday, February 08, 2011

Hafiz/22/m/local

Kenkadang kita cakap perkara yang telinga kita pun terkejut mendengarnya.


I taught him when he was 13.
Dia lari balik dari STAR, Ipoh. Dia cakap, (ke kitaorang je reka-reka cerita) dia x boleh nak berpisah dengan kembar dia Hanafi.

He was the top scorer, where Hanafi was just a mediocre student.
Of course I love them both. It just that, I placed more hope in Hafiz.

Seperti biasa, I wore heart on sleeve.
Cuma saya rasa (dan harap sangat) saya tidaklah bersikap pilih kasih. Semua orang datang dengan penanda aras yang berlainan jadi ekspetasi pun tidak mungkin sama. Saya beritahu diorang banyak kali.

Apabila keputusan PMR keluar, saya rasa kurang berpuashati. Salah saya pun banyak, yang itu saya mengakulah.

Saya mencari Hafiz.
Kebetulan saya nampak dia berbual di luar pagar.

Sebenarnya, dalam kerjaya saya, tempat yang paling privasi dan kondusif hendak berbual dan menasihat ialah di dalam kereta yang sedang bergerak.

"Naik Fiz, tunjukkan jalan ke kedai kejap". Semua orang tau saya tipu.

Hafiz naik dan saya pun cakap macam2, dia diam. Semuanya tentang hal-hal sekolah saja.
Bila habis saya cakap, Hafiz masih diam.

Sewaktu dia di Tingkatan 4 dan 5, dia masih diam setiapkali berjumpa saya.
Sewaktu keputusan SPM keluar, saya semak lagi keputusannya. Saya pula yang terdiam.

Bila Hanafi sambung belajar ke IPT dan Hafiz bekerja, saya tanya adiknya, kenapa?
It was an open secret Hafiz is the brain among the 2 of them. Hanafi pun cerdik juga, tapi Hafiz sikit lebih.

Bila adiknya cakap, saya lagi terdiam.
"Baiknya hati Hafiz" tu je yang saya boleh cakapkan.

Semalam saya terserempak dengan Hafiz, dia menjemput adiknya pulang dari sekolah.
Sebelum ini saya pernah terserempak dengan Hafiz, tapi dia tidak menegur saya pun, dia cuma senyum saja, saya tegur pun dia senyum saja.

"Happy birthday Fiz" saya cakap dengan muka x bersalah.
"Eh.. teacher.." dia senyum.

Dia datang dekat saya dan salam dan cium tangan.
Kali ini dia beritahu pekerjaannya.
Kali ini saya cakap, "I know u'll succeed in anything u do."

"Apsal dia salam cium tangan ko? dia kan dah besar?" Arif tanya sebab masa tu dia datang jemput saya.

Entah...
Tapi saya sangat terharu.

No comments: