. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”
Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Ada berani?
Memang ada orang yang sangat berkira, kalau diberi ganjaran baru dia mahu bekerja. Bukan menolong namanya, tapi dah masuk kategori mata duitan. Kadang-kadang kerja dia pun dia tinggalkan sebab nak buat kerja orang lain kerana orang tu akan belanja dia makan. Begitulah murahnya harga diri orang sebegini, nilainya sama dengan sepinggan nasi berlaukkan dua ketul ayam dan sesenduk sayur.
Akan tetapi ada juga orang yang tidak meminta ganjaran tetapi malas dia nak membantu anda. Kenapa dengan orang lain dia ok, dengan anda dia berkira nauzubillah.
Selidiklah cara anda meminta tolong. Sudahkah anda mematuhi adab-adab yang sepatutnya?
Sekian. Selamat beramal.
0 comments:
Post a Comment