Monday, April 25, 2011

prosedur pendaftaran kelahiran anak

hopefully it will come handy, some day.
these r taken from jpn website.

elahiran Biasa

PENDAFTARAN BIASA
Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
[Seksyen 8, Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2. Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3. Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4. Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
BAYARAN

Tiada bayaran dikenakan.


_____________________________________________________


Kelahiran Lambat

PENDAFTARAN LAMBAT
Pemohonan pendaftaran kelahiran lambat bermaksud pendaftaran yang didaftarkan dalam tempoh 15 hari hingga 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan kelahiran berlaku di Malaysia.
[Seksyen 11(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2. Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3. Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4. Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
BAYARAN
Bayaran permohonan : RM 5.00


_______________________________________________________________________

Kelahiran Lewat

PENDAFTARAN LEWAT
Pemohonan pendaftaran kelahiran lewat bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia yang didaftarkan selepas 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
[Seksyen 12(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan. Setiap permohonan yang dibuat akan diterima selepas keputusan carian diperolehi dengan menggunakan borang JPN.LM14 (kecuali kelahiran berlaku selepas 2003).
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2. Kad/Buku Pemeriksaan ibu mengandung (jika ada)
3. Borang Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati (jika ada)
4. Dokumen Perkahwinan (jika ada)
5. Surat Akuan Berkanun Permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran JPN.LM27
6. Borang Maklumat Keluarga – BMK81
7. Senarai Gambar-gambar Bapa, Ibu dan Adik-Beradik – BMK81A
BAYARAN
Bayaran proses : RM 10.00
Kompaun : Tidak melebihi RM 50.00




p/s janganlah aniaya kanak-kanak...

2 comments:

zino said...

kalau belum lahir boleh daftar? hehe

Kengkawan said...

susah soklannya ni hehhehe