Sunday, May 29, 2011

40 tahun cukup?

Entah siapa yang mulakan tradisi, hari Jumaat sebelum cuti, mereka berjemaah akan bercuti. Sangat menjengkelkan! [muka marah].

They were busy. Pemandangan yang sangat jarang berlaku.But still chirpy, as usual.

Me: Kan dah cakap banyak kali, janganlah buat macam tu.
A : Alaa.. tak boleh ke.. Kenapa pulak?
Me: Agak kurang sopanlah panggil cikgu yang lalu kat luar masa ada cikgu dalam kelas. Kecik hati I tau..
B : Maafla.. kami cuma nak minta ustaz tu belanja.
Me: Laaaaaaaa takat nak belanja je? Tak payahla jerit-jerit. Suruh saja la I belanja. Tak payah jerit.
C : Boleh ke?
Me: Boleh..
A&B: Ye la tu..
Me : Kalau awak minta dengan sopan, no problem.
C : Teacher, boleh tak belanja kitaorang hari ini [muka baik]

Bukanla yang mahal sangat pun, tak habis pun sebulan gaji. Sewaktu kami makan sama-sama inilah insiden yang tak mungkin saya lupakan seumur hayat.
Mohamad Abdullah Firdaus Ramli: Besar pahala teacher belanja kami hari Jumaat macam ni.
Norizan Adnan: Alaa Mat, bukan apa sangat pun, awak kan biasa makan lebih bagus dari ini.
Shafiq Aziz: Ye la teacher. Saya doakan teacher panjang umur dan murah rezeki ye.
Norizan Adnan: Murah rezeki tu ok la, panjang umur saya tak nak. Nanti sedihla kalau tinggal seorang, dosa pun lagi banyak kot.
Shafiq Aziz: Kalau macam tu, saya doakan umur teacher sampai 40 tahun je, cukup tak?
Norizan Adnan : Oh? [jaw dropped] lagi dua tahun je la..
Shafiq Aziz : Oh [jaw dropped also] 38 ke teacher tahun ni?
Norizan Adnan: Ha'a



p/s gambar dari google

3 comments:

zino said...

baik punya doa....

Irtiyah said...

salam

budak sek memang macam tu.. dioranglah racun, dioranglah penawar.. sabar je la bebanyak. hehhe

Kengkawan said...

pakngah
tersempor (terkejut) teman.. hehe

Ir
hahahha ye betull