Sunday, May 15, 2011

Alamak, esok Hari Guru ke?

Masa Puan Saidatul Sahariah Sanusia was my immediate boss, I so love Teacher's Day. Masa tu sambutan sessi pagi dan petang diasingkan. Saya masih ingat pada tahun pertama tu, kami masak bihun sup ramai-ramai dan makan bersama-sama dengan budak-budak. Masak satu kawah tu...

Memasak ramai-ramai ni sangat time consuming. Jadi lepas tu Puan Saidatul buat strategi lain. Tapi masih bestest. Bila sambutan dibuat serentak dan sekolah dijadikan satu sessi pada Hari Guru, saya rasa kurang gembira.
(psttt.. Kak u r still d best boss I've ever had!)

Bila budak-budak duduk berselerak, sesak pula tu, tentu saja kita pun tak senang duduk. Macam pergi kenduri kawin bawak anak ramai la... kejap-kejap jeling kat anak dah makan ke belum, kejap2 jeling lagi.. letih.

Hari Guru or not, budak-budak ni tetap menjadi priority.

Citer pasal priority.
Satu hari saya balik kerja pukul 6.45ptg. Lepas sembang dengan mak, saya bergegas nak mandi sebab masa tu dah azan pun. Tetiba Acho ngan garangnya masuk rumah dan kasi arahan

"eh g tengok kenapa budak2 tu berjalan kaki, apa hal pulak ari dah nak malam ni".

Saya dah penah tulis dalam blog ni banyak kali, kat tempat saya memang tak ada pesennya orang berjalan kaki. Nak nya dah maghrib2 macam tu. Jadi saya capai tudung dan start kereta kejar diorang.

Rupanya driver x datang lagi. Ada 4 orang rasanya. Patutnya depa tunggu sajala dekat pondok jaga, tapi dah namanya budak kan... depa ingat nak jalan kaki balik rumah. Kot-kot la on the way nanti driver tu datang. Diorang la kata...

Masalahnya nak g umah diorang tu adala dalam 20km dan melalui kebun kelapa sawit yang memang sunyi. Lampu jalan pun x ada.

Jadi saya hantarkan lah... Nanti kalau jadi apa-apa lagi susah saya nak menjawab dengan Acho lagi.

Korang rasa apa reaksi parents diorang?
Ce teka... ce teka..

Saya ketawa macam nak jatuh kerusi bila one of them cakap ayah dia marah sebab saya tak berhenti masa selisih dengan ayah dia. Sebenarnya itu ketawa tipu2, padahal dalam hati saya sangat sangat marah. Cumanya dalam etika kerja tidak boleh menyebut sesuatu yang buruk tentang parents di hadapan pelajar.

Saya tak kenal ayah dia. Saya x mungkin akan berhenti kat tengah2 kebun yang gelap. Dan yang ketiga saya bawa laju-laju sebab nak kejar Maghrib, jauh tu... Keempat budak-budak tu boleh call driver tu bila sampai di rumah.

Selepas itu, saya berjumpa dengan parents budak tu agak selalu juga sebab ada 2 adik dia yang masuk sekolah. Dia tak sebut pun pasal dia marah saya tumpangkan anak dia balik waktu maghrib. Cerita tu pun dilupakan dengan rasa tidak bersalahnya.

Tapi saya tak pernah lupa. Setiap awal tahun saya tak lupa pesan ngan bebudak ni supaya jaga keselamatan waktu pergi dan balik dari sekolah.

Budak yang baik akan tersenyum dan mengangguk. Yang kureng akan bersoal jawab panjang-panjang. Yang lagi kureng akan cakap,
'elehhhhhh kalau dah ajal kat rumah pun mati jugak la Ce*'

Ngan budak yang baik, saya akan tepuk bahu diaorang dan cakap, "I'm just worried ok".
Ngan yang kureng tu saya tunjal bahu diorang dan cakap, "a'ah menjawabla... menjawab esok kalau perkara dah terjadi, jangan nak talipon2. I'm bizi ok" (saya pun jawab panjang2 jugak)
Ngan yang lagi kureng tu saya cakap, "beb, I kedekut. Kain putih dah mahal sekarang".

Selamat Hari Guru, walaupun murid saya yang kureng tu cakap 'elehhhhhh kalau dah ajal kat rumah pun mati jugak", tapi sampai hati ke kita nak membiarkan mereka dalam bahaya? Jangan putus asa bila jumpa parents yang kurang munasabah perlakuannya. Semua orang ada ceritanya sendiri.

In teaching you cannot see the fruit of a day's work. It is invisible and remains so, maybe for twenty years. ~Jacques Barzun cakap.

Hopefully in 20 years time, budak-budak kita akan jaga keselamatan anak cucu kita pula. World would be a better place then. InsyaAllah.

Lagipun, kan tiap-tiap tahun kita nyanyi

Amanah yang diberiiiiiiiiiiiiii,
Kami tak persiakan.
Apa yang kami janjiiiiiiiiiiiiiiiiii
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap.. (jeng jeng jeng)
Kami tuuuuuuunaikannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

p/s gambar dari cik google

2 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat pagi.....
awat kak ayu tak perasan y awak cikgu??

heheheh.... mmg kan, budak2 nie hari kn ingatkan.. tang menjawab depa perfect no.....

apa2 pun selamat hari guru.. nanti adik ambil kad ucapan di blog kak ayu tau

Kengkawan said...

entah...
napa kak ayu x perasan eh?

hehehhe
thanx anyway