Friday, May 06, 2011

Berita yang saya malas nak layan

Tentu saja saya tau tentang kematian Osama ben Laden. Saya tak faham kenapa Encik Obama dan Ms Julia Gilliard beria-ria buat sidang akhbar. Semua orang pun akan mati, satu hari nanti. 10 tahun memburu berapa agaknya wang yang telah dibelanjakan? Apakah jaminan keganasan tidak akan berlaku lagi jika diskriminasi dan penindasan terus dihalalkan? Tu yang saya malas nak menulis tentang hal-hal begini.
Tentu saja saya tau perkahwinan terhebat dekad ini dan disifatkan kisah dongeng kerana pertama kali dalam 360 tahun seorang kerabat diraja berkahwin dengan rakyat biasa. Dulu masa saya kecil-kecil, (I was 7 at that time, I guess) saya pun menonton dengan penuh minat perkahwinan Lady Diana di televisyen hitam putih jenama Siong dengan menggunakan sel kering. Masa tu rumah saya belum ada elektrik lagi. Perkahwinan itu juga dinobatkan sebagai wedding of the decade. Akhirnya pada 31/8/1997 Lady Diana mati terbunuh bersama teman lelakinya, Dodi. Maafkan saya kalau sedikit skeptikal dengan perkahwinan besar-besaran sebegini. Malas saya nak turut bergembira (macam xder kena mengena pun ye). Mungkin lagi 20 tahun kalau perkahwinan itu kekal dan aman barulah saya nak bergembira, itu pun kalau saya hidup lagi.

Tentu saja saya baca pasal video seks seorang lelaki mirip pemimpin kanan. Saya rasa sangat jengkel bila berkali-kali Encik Seluar Jeans dalam video tu cabar lelaki yang mirip Lelaki Bertuala tu bersumpah. Keluar suratkhabar berhari-hari berita yang sama. Sangat tidak masuk akal. Bila dah ajak bersumpah di masjid tu nampak macam sangat islamik. Tapi bila paksa-paksa orang sudah jadi macam budak-budak bergaduh rebut eskrem pulak saya tengok. Why playing God? Bukankah kata pujangga'kebenaran itu macam cahaya mentari". Satu hari akan terlihat juga. Jelik betul saya bila masuk bab sumpah-sumpah ni. Walaupun saya tidak suka Lelaki Bertuala itu, tapi laporan yang berat sebelah memang saya rasa sangat menyampah ke tahap Gunung Everest. Rakus sangat nak menconteng arang, mengapa tiada sebaris pun mengeji kerja Bapa Ayam yang dilakukan oleh Encik Seluar Jeans itu? Mungkin wartawan-wartawan itu (atau editornya) tak kisah kalau satu hari anak lelaki mereka jadi Bapa Ayam juga. Tulisla dengan jujur, awak pun ada anak-anak juga kan.... tu yang saya malas tu..

Kemudian berita Misbun Sidek tak habis-habis. Saya suka Misbun Sidek. Sejak dia muda sampailah menjadi Datuk. Hebat dia, sepatah pun tak terkeluar komen dia di media. Itu baru namanya profesional. Bukan semua orang bekerja kerana wang. Tapi ada juga orang yang memang kerjanya 'menyapu' wang kerajaan saja. Orang sebegini memang pandai berlakon dan manis kata-katanya. Lempar batu sembunyi tangan. Hapuskan parasit ni dulu baru sesuatu organisasi maju. Macam tak kena mengena saya tulis ni. Itu yang saya malas nak layan berita ni. Hancur kot hati saya kalau Misbun nantinya pilih jalan macam mantan Presiden Petronas tu, dan bekerja dengan negara lain. ishhh... malas betul kalau dah macam ni...


Agaknya sebab tu rating Maharaja Lawak meletup-letup.
Malas la nak melayan berita-berita yang sudah boleh diagak kesudahannya..

2 comments:

zino said...

ada cerita sensari surat kabar boleh cari makan.... hehe

Kengkawan said...

kot ye pun nak sensasi, jagalah juga integriti hehheh