Saturday, May 14, 2011

Merajuk (ada ke yang nak pujuk?)

I was on my way to the canteen when I saw her. Alone.
I stopped n asked, "u ok ke yang".

She's not. Dia merajuk ngan kengkawan katanya. Dan saya ketawa gila-gila.
Saya ajak dia turun makan, tapi dia x nak. Agaknya merajuk sebab saya ketawa kot.
.
Honestly, saya dah lupa macam mana rasanya merajuk. Dengan rasa x bersalahnya saya ingin memberitahu saya tidak pernah merajuk setelah dewasa dan ada sijil SPM. Tiada sebab tertentu, cuma saya rasa ia tidak berkesan untuk menyampaikan mesej.

Ada banyak cara untuk menyelesaikan perselisihan faham. Cara saya sangat brutal.

Kalau ada sesuatu yang orang lakukan dan membuatkan saya tersinggung dan berkecil hati, saya akan pergi bersemuka dengan orang itu untuk clarification walau siapa pun dia. Saya x suka guna orang tengah. Kalau orang itu ada data dan bukti yang kukuh, x tergamak saya nak terus hidup dengan perasaan tersinggung tu. Tapi kalau setakat modal dia gigi dengan lidah je, mau saya kokak dia kat situ jugak kot.

Kot lepas tu dia masih meneruskan amalannya yang membuatkan saya berkecil hati, saya tidak akan berkawan dengannya sampai ke nafas terakhir saya. Tidak berkawan bukannya bermaksud tidak bertegur sapa. Berkawan dan bertegur sapa adalah dua perkara yang berbeza. Friendship and acquaintance, kan berbeza tu.

Saya fikir cara ini lebih mulia daripada sesetengah orang yang saya temui gemar bermuka-muka sedangkan apabila di belakang... Saya paling takut termasuk dalam golongan macam ni.


Justeru itu, buatla apapun, saya tidak akan merajuk. Jadi payah saya nak bersimpati dengan orang yang merajuk.

"Yang, kalau masuk spital sebab gastrik nanti jangan talipon I tau. I x ngaku ada anak murid yang merajuk sampai jatuh sakit" saya cakap sambil ketawa.

"Ce* jahat..." dia cakap sambil ketawa.


gambar dari google





No comments: