Sunday, May 08, 2011

Talk to her.. please..

Mak saya paling suka bercuti di hotel. Walaupun di hotel 5 bintang sekalipun (saya tak mampu pergi ke hotel 6 bintang pun) dia tetap akan tarik comforter dan tidur atas lantai. Mak saya juga akan suruh tutup penghawa dingin dan kurang gemar kalau kami memasang televisyen sehingga lewat malam. Dia juga tidak suka mandi di dalam tab mandi.

Saya rasa (agaknyalah) satu-satunya sebab mak saya suka tidur di hotel ialah dia suka minum kopi sambil duduk di atas katil. Padahal kat rumah pun ada kopi, tapi tak boleh lah minum atas katil. Setiap kali check-in, mak saya akan cakap.

"ce bancuhkan mak kopi satu".

Mak korang suka apa?

Lagi satu mak saya suka dengar Perak fm.
Tapi tadi sewaktu dalam perjalanan ke rumah Nik, susah betul nak cari stesen Perakfm. Jadi saya pasang saja Selangorfm.

Stesen ni memperuntukkan 2 jam tanpa henti untuk Hari Ibu. Ramailah yang menalifon dan pilihan lagu pun bagus-bagus juga. Juruhebah pun sopan bunyinya.

Ada seorang pemanggil telefon, dia suruh panggil dia Nyai.

DJ : Nyai tu apa ye..
Nyai: Nenekla kata orang Jawa
DJ : Oooo saya panggil nenek saya embah
Nyai: Samala tu hehehe
DJ : boleh saya panggil Nyai ni Embah? (ngan suara manja2)
Nyai: Boleh saja..
DJ : Embah Wedok ya... silakan ucapannya..
Nyai: Saya nak ucapkan terima kasih pada pemanggil tadi yg ucapkan selamat hari ibu pada warga emas...

berbudi bahasa kan Juruhebahnya..
Dia berbual sebentar dengan Embah tu. Embah ni cakap sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran saya sebelum ini.

Katanya, "walaupun kadang-kadang warga emas tinggal serumah dengan anak-anak tetapi anak-anak sibuk dan kurang berbual dengan mereka jadi akhirnya warga emas ini akan murung dan cepat nyanyuk. Lebih bagus lagi kalau tinggal sendiri dan selalu berbual dengan jiran-jiran dan berjumpa dengan orang ramai jadi kehidupan warga emas ini akan lebih aktif dan ceria."

Pendekkan cerita Embah ni cakap dia nak habiskan hidup dia dengan penuh ceria.

Bila saya mula bekerja mak saya pesan, kalau jumpa orang tua yang sangat tua dan tidak mampu bekerja MESTI hulurkan sedekah walaupun singgit. Mak saya tak pernah pesan pula suruh berbual dengan orang tua.

Selamat Hari Ibu kepada semua warga emas.
Kredit untuk Embah, lepas ni saya pasti akan luangkan masa menegur mana-mana warga emas yang saya terserempak di mana-mana.


p/s oh Baby we sooo love the Choc Indulgence and ayam SoGood juz now.
p p/s Mommy is sleeping, guess she had a wonderful time today.

No comments: