Saturday, May 21, 2011

Tetiba saya rasa sangat kasihan..

Lucu pulak saya rasa bila Ecah call semalam nak kasi tahu esok (hari ni la tu) hari jadi dia.
Mak dia (kakak saya) memang celebrate birthday diorang ni.
Tapi tadi saya singgah kat kedai kek dan beli jugak sebiji kek kaler pink.
"Buat apa beli lagi, Nik dah beli dah" Nik (mak Ecah marah)

Kebetulan ada hal, so tadi Maghrib diorang datang ke 12A. Tak tau diorang nak datang. Saya baru masak air ingat nak makan Maggi. Kebetulan saya kek buah yang saya masak sebelum solat tu dah nak siap so makan kek saja le.

Sebenarnya jiwa saya kacau.
Last week kawan saya cerita pasal bebudak sekolah rendah yang beria2 mintak permission nak celebrate birthday kat library awam. Bila kawan saya kata okay, berbasikal la depa g kedai kek. Ada satu je pun kedai kek kat kampung saya.

Kawan saya : Akak tau dia beli apa?
Saya : Kek? (apala punya soklan hahha)
Kawan saya : Tak. Beli topi birthday yang bentuk kon tu je.
Saya : Hah? Dia saja je kot..
Kawan saya : Saya rasa dia xder duit kot..
Saya : Haaaaaaaa kesiannya...
Kawan saya : Tau tak apa yang lebih kesian?
Saya : apa dia..
Kawan saya : Dia pakai je topi tu sepanjang dia duduk kat library sampai la library tutup.
Saya : Sangat sedih..
Kawan saya : Saya pun...

Saya sedih dan sangat kasihan.
Mak saya selalu pesan, kalau bab makanan, kalau ngan budak2 jangan sekali kita berkira.
Anda macam mana?

No comments: