Friday, June 03, 2011

Korang tak de kan buku ni?

Buku ni la..
Ada?

Yang suka beli buku-buku cenggini, kakak saya Nik.
Novel cinta versi Malaysia ni saya kureng. Versi orang putih pun saya kureng jugak.

But then, it's not everyday we were served with a good drama series with such a good plot, brilliant camerawork and talented actors. Even better than NurKasih who wins the best drama series in 2009.

Err tapi sebenarnya saya tak follow pun NurKasih.
Ada tengok sekali kot. Macam agak bosan je saya rasa.
Ye la, selera masing-masing.

Jadi pada hari Rabu lepas, dalam perjalanan ke menghantar anak-anak sedara, saya memaksa mereka menemani saya ke Karangkraf@Seksyen 16, S.Alam.

Nadia: Mak Andak, kat kedai buku lain tak ada ke?
Me : Ada tapi nanti tak dapat diskaun 15%.

Ye, 15% pun saya berkira.
Tak tau pulak kedai buku tu dah berpindah ke bangunan baru yang lebih besar dan sangat jauh dari pintu masuk.
Penatnya menapak.

Lama Nadia, Zudin dan Ecah tunggu nak bayar, padahal cuma kami saja pelanggan masa tu.

"Maafla dik, ini hari pertama tau kami beroperasi kat sini" nasib baik pekerja kaunter tu sopan je. Kalau tidak... "Besok Sultan datang rasmi" I was told by a lady in brown blouse.

I grabbed another book, "Resepi Untuk Adik" (agaknyala lupa la tajuk dia).
Habis tu dah beria menapak takkan beli satu buku je.

Tapi tak ambik gambar. Sebab, entah...
Yang penting saya ada buku tu.
Yay!


Eh lupa.
Kepada yang tersekat di kesesakan jalanraya dan tak sempat nak tengok drama kat televisyen petang2 tu, drama yang saya suka bagai nak rak tu diadaptasi dari novel ni.

Lepas baca buku ni, saya fikir, drama ni jadi best sebab lakonan mantap semua pelakonnya. In other way I'm saying, I prefer watched the drama then reading the book.

1 comment:

aminAX said...

dulu saya penah baca satu cerita dari indonesia...it's like cerpen kot..." dalam mihrab cinta "...ada unsur keagamaan...sebab cerita skola pondok....karya habiburrahman el-shirazy.....rasanya best lagi dari " ayat ayat cinta "