Sunday, June 05, 2011

Sihir Pelalau.

It was one of the issues in Wanita Hari Ini@TV3, 2,3 days ago.
I was warm n the heat make me drowsy so easily, I haven't gave much attention.
Besides, the life of me, I just refused to blame 'unseen' things for mishaps.

In my humble opinion, there many reasons why some people stays single even though they are over the hill. Education is one. How many male students in your class during Uni years? Mine only 3. Enid, Alan and Mani.

Some women don't mind married to men with lower education, some are not.

KEMASUKAN pelajar baru ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan baru-baru ini terus dikuasai pelajar wanita.Bilangan mereka yang diterima masuk jauh melebihi pelajar lelaki dengan nisbah hampir 2:1. Maklumat Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan 61,750 atau 58.6 peratus daripada 105,377 pelajar yang melanjutkan pengajian di IPTA bagi sesi pengajian 2010/11 adalah pelajar wanita. (Tak tipu. Saya rujuk kat sini)


Men's upbringing is another turned off too.
Kenapa ye, ibu bapa suka mendidik anak-anak lelaki mereka jadi boss? Minum pun tak reti nak cuci cawan sendiri? Pergi pasar, pegang bakul pun tak nak, tak macho konon. Yang mak tu senget sebelah pegang bakul dia tak peduli. Lepas tu nak dilayan macam raja. Kata-katanya tak boleh dibantah.

Kalau dia kaya, manis juga dia buat begitu. Kalau pendidikan tak setinggi mana, gaji pun ala-ala saja, sesuai ke? Paling lucu, lepas tu keluar hadis suruh mentaati suami. Kalau pandai sangat bab agama mesti dia pernah dengar ayat ini, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisaa’, ayat 34).


Saya tulis dua sajalah. Kalau nak dicerita kenapa orang masih tidak berkahwin lebih elok baca Mingguan Malaysia, kolum Dicelah-celah kehidupan.
Oh keburukan di pihak perempuan pun banyak juga.
Memilih yang kaya, kacak dan bergaya padahal tidak sedar dirinya pun kureng. Perasan bagus namanya tu.

Jadi di mana elemen sihirnya?
Berkahwin adalah pilihan. Kalau kebetulan pilihan yang ada adalah seperti di no. 1 (pendidikan rendah) dan no.2 dan no.3 (pasangan yang POYO) sesiapa sahaja berhak membuat pilihan yang sesuai dengan dirinya.


Saya dah pilih kata-kata yang sehabis baik untuk menyampaikan maksud. Maaflah kalau ada yang tersinggung. Saya fikir, ilmu agama sekarang terlalu dikomersialkan.
Bila dah jadi macam ini semua terlopong.


Kenapa kita mudah sangat percaya kalau orang tu mengaku Ustaz, sedangkan kita diberi pilihan untuk menilai samada perbuatannya itu islamik atau tidak. Berbalik kepada soal kuasa memilih, sebenarnya itu hak kita.

Namun begitu saya sangat percaya dengan kata-kata Ustaz ni, latar belakangnya sangat bagus dan meyakinkan dari dulu sehingga sekarang.
dan inilah jawapan dia atas persoalan Sihir Pelalau ini.

Soalan

Dato', ada suatu ilmu yang dipanggil pelalau, iaitu ilmu yang digunakan atas seseorang untuk menghalang dari bertemu jodoh. Dilakukan ini kadang-kadang ke atas seorang perempuan sehingga tidak bertemu jodoh atau pun ke atas lelaki. Bolehkah dan benarkan adanya ilmu ini? Mampukah manusia melakukannya? Apakah hukumnya mempercayai perkara sebegini?

NURKHAIRIAH ABDUL SAMAD
Tangkak

Jawapan

Jodoh pertemuan, hidup mati, bertemu dan berpisah termasuk dalam Qada' dan Qadar Allah S.W.T. Insan hanya mampu berusaha dan Allah akan menentukan segala-galanya.

Memang berlaku dalam masyarakat Islam, khasnya Melayu, ada beberapa kejadian di mana orang perempuan sukar hendak bertemu jodoh atau bertemu pasangan yang berakhir dengan perkahwinan.

Ada yang langsung tidak pernah bertemu. Ada yang bertemu, berkawan, berbaik-baik tetapi bila sampai hendak berkelamin, ada sahaja halangan.

Inilah kejadian yang diistilahkan dengan ilmu pelalau. Saya khusus saya tidak mengetahui ilmu ini, tetapi itulah yang disebut ramai sebagai pelalau.

Memang berlaku dalam masyarakat kita, ada orang perempuan yang tiada sebarang cacat cela akhlak serta tubuh badannya, akhlaknya, tetapi ada orang yang menghampirinya. Hal sedemikian memang berlaku.

Tambahan pula akhir-akhir ini disebutkan bilangan orang lelaki dan perempuan yang sudah berusia tidak berkahwin, begitu ramai.

Pada saya perkahwinan adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ianya rezeki, kadang-kadang ada orang rezekinya murah, usaha sedikit tetapi mendapat pulangan yang lumayan, ada orang usahanya banyak, pulangan sedikit dan ada orang yang usahanya begitu banyak, tiada apa-apa pulangan, sebaliknya mengalami kerugian.

Itu adalah sebagai satu contoh, bagi seorang perempuan atau lelaki yang mendapatkan suami atau isteri, perlulah dia berusaha untuk mendapatkannya. Bagaimana pun usaha itu perlu mendapat kesesuaian keadaan masing-masing.

Walaupun pada asasnya perempuan menanti pinangan, manakala lelaki perlu mencari bakal isteri. Tetapi jangan lupa dalam Islam, perkahwinan agung yang berlaku kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah bt Khuwailid.

Ia dimulakan oleh Khadijah sendiri, menghantar utusannya pada Muhammad pada ketika itu, Ummu Kalsum, dan berlakulah rundingan yang ikhlas seolah-olahnya Khadijah meminang Muhammad, pinangan diterima, maka berlakulah perkahwinan.

Ini bererti, Khadijah memulakan suatu usaha walaupun beliau berumur 40 tahun dan Muhammad bin Abdullah berusia 25 tahun. Jika dicongak pada akalnya, barangkali sukar untuk ditemukan jodoh antara seorang perempuan yang 15 tahun lebih tua dari lelaki, dari hasil usaha dari perempuan sendiri.

Inilah rezeki yang menemukan jodoh mereka, menjadikan mereka sebuah keluarga yang aman damai serta bahagia hingga ke akhir hayat Khadijah.

Demikian hari ini, rezeki untuk mendapatkan seorang teman hidup, perempuan inginkan mendapat seorang lelaki yang bertanggungjawab membahagiakannya, tidak selama-lamanya datang bergolek. Maka perlu berusaha.

Usaha itulah yang menentukan kadang-kadang cepat berjaya, kadang-kadang tidak.

Ada pun satu kemungkinan yang boleh berlaku dalam masyarakat, seorang perempuan yang cantik, kaya, keturunan, akhlak dan agamanya baik, mungkin telah dilamar seorang yang sepadan dengannya tetapi ditolak.

Kadang-kadang penolakan dibuat dengan kata-kata yang menyebabkan si peminang berasa terhina. Atau ditolak dengan alasan yang dibuat-buat, atau tidak boleh menerima lamaran kerana ingin menyambung pelajaran, atau kerana sudah dimiliki orang lain sedangkan semuanya itu tidak benar.

Mungkin orang yang ditolak pinangannya itu berasa amat berkecil hati dan berasa terhina, barangkali ada sebutan yang menjatuhkan maruahnya.

Jika dia dizalimi, sebagai orang yang kena hina, maka dia berdoa kepada Allah SWT agar Allah bertindak balas kerana penghinaan yang dilakukan, maka mungkin doa itu dimakbulkan.

Ada hadis yang menyebutkan, "Takutlah kamu kepada doa orang kerana zalim, kerana doa orang yang kena zalim ini, tiada sekatan di antaranya dengan Allah SWT."

Takut orang itu merasakan perempuan yang diinginkan, telah melukakan hatinya, diminta Allah supaya jangan memberikan hingga akhir atau atau biarkan perempuan itu menemui jodoh dalam usia yang lanjut. Itulah yang mungkin berlaku sebagai doa.

Apa yang dinamakan pelalau, mungkin wujud ada dalam bentuk sihir, persoalan sihir ini, pernah saya jawab dalam siri-siri terdahulu.
Ada sihir pengasih dipanggil attiwalah, ada yang lain disebut sihir pembenci yang lebih hampir kepada pelalau.

Dalam Surah al-Baqarah, disebutkan bahawa, sihir diusahakan sehingga ia dapat memecahkan antara suami dengan isteri. Tidak berlaku perpecahan dan perceraian melainkan berlakunya benci membenci.

Jika ini berlaku (sihir pembenci), ia akan menyebabkan orang melihat seseorang itu, ia tidak mengundang kebaikan kepada hati, tetapi mengundang kebencian kepada hati. Inilah yang dinamakan pelalau.

Sama ada akidah kita rosak atau tidak, ia bergantung kepada pegangan kita. Jika kita kuat berpegang kepada aqidah, kita meyakini bahawa apa sahaja yang berlaku atas takdir dan kehendak Allah Yang Maha Mengkehendaki.

Jika Allah SWT mengkehendaki seseorang itu tidak mendapat jodoh atau hanya mendapat jodoh pada usia yang lewat, maka itulah kehendak Allah, bukan atas usaha manusia.

Jangan meletakkannya sebagai usaha manusia untuk menghalang rezeki seseorang, walhal rezeki dan jodoh adalah ditangan Allah SWT, bukan manusia yang menentukannya. Wallahua'lam.


-----------------------------------------------------------------------------------

Saya baca artikel ni kat sini.

Panjang lebar entri saya pagi ini. Pilihlah nak menyalahkan entiti yang tidak dikenalpasti atau diri sendiri jika masih belum bertemu jodoh.

Kalau anda rasa entiti tu yang menjadi penyebab, musnahkanlah entiti itu, bersedialah mengorbankan wang ringgit.

Kalau anda rasa diri sendirilah penyebab semuanya, baikilah adab, hiasilah akhlak dan perhebatkanlah amal ibadat. Allah maha mendengar dan melihat, Dia tahu samada anda telah berusaha atau tidak. Janganlah complacent sangat. Satu-satunya yang perlu anda korbankan ialah ego anda.


Sekian saja.

Maaf kalau ada yang tersinggung. Saya menulis dari hati yang ikhlas dan semua gambar-gambar dan artikel tu saya pinjam dari google .


Ye lah... hidup ini pun hanya pinjam-pinjaman saja.

Jom kita pergi Kazakhstan! Hehe




7 comments:

zino said...

boleh ikut rombongan PM hehe

Miss Mirror said...

Kengkawan - Ada pernah sekali I kena kejar anjing (time tu anak dara lg tau!), melopong je jejaka2 tempatan kita, tak de sorang pun yg ala2 superman nk tolong I.. tak macho betul la kan?

Kwn I plak kata, dia jatuh begnya kt air port, bebudak kita wat dekk je.. mat saleh jugak yg baik ati nk tolong.. kenapa la agaknya ya jd mcm tu? Haiii tak phm.. karang ramai org kawin jejaka luar, diorg komplen lak.

p/s : Sib baik la hubby I kategori gentleman (siapa lg nk puji suami klu bukan isterinya sendiri kan?;D)

Citarasa Rinduan said...

setuju sangat2...
bab sihir segala bagai..
yang pasti semuanya usaha dan ketentuan dariNya

Kengkawan said...

Pakngah
Kalau anak Pakcik Mat (PM) tu jadi kawen la kan.. heheh

Kengkawan said...

MM
Memang hampeh kan..
Syukurlah u jumpa jugak yag jentelmen.. hehhe

Kengkawan said...

Kak Ayu
Sebab tu la kita geng hahahha

Izan Hasrin said...

Izan pun penah dengar pasal sihir pelalau tu tp x tau sejauh mana kebenarannya.. Apapun hanya Dia saja yg Maha Mengetahui.. Kita merancang, Allah juga punya perancangan dan sudah pastilah perancanganNya tulah yg paaaaling baik.. Wallahu a'lam.. :))