Wednesday, July 27, 2011

Ke Jakarta lagi...

Bukan saya.
Orang lain.

"Boleh awak belikan saya baju raya dan nanti saya akan bayar semula", saya tanya.
"Baiklah, nanti saya carikan ye" dia kata.

Saya tertawa senang.
Kali terakhir dia berjanji, pada tahun lalu.
Saya hampir terjatuh kerusi bila dia kata "boleh".
Masa itu dia mahu ke Jakarta juga.
Saya tertawa lagi beberapa bulan kemudian.
Bila dia kata, "Saya rasa bersalah sangat. Actually I bought it, but I gave to someone else".
"It's ok. I m used to being a mere unimportant subject" saya jawab sambil ketawa lagi.
Saya tidak berkecil hatipun. Omputeh cakap its the thought that counts.
Tentu sekali dia gantikan dengan sesuatu, dari negara yang lain sebulan selepas itu. Sungguh saya terkejut.

"How much?" saya bertanya.
Dia mengerutkan kening, tapi tidak sehebat Ziana Zain. "It's a gift ler.." katanya.
"Heh janganlah macam tu. Saya tidak selalu pergi ke luar negeri macam awak. Saya tak boleh nak balas pun".
" Don't..." bila keluar perkataan yang satu ini saya akan diam saja.

Sebenarnya bila saya bercuti, saya tidak beli apapun untuk dia.
Sebab dia dah ada semua benda.
Jadi saya cuma kasi kasih sayang yang tak bertepi saja. Cukup kot.


On something unrelated.
Hari ini Uda menerima Ijazah Sarjana.
I am so happy for her.


gambar dari google

2 comments:

zino said...

bila la nak sampai Jakarta tu agaknya..

Kengkawan said...

jom pakngah