Saturday, July 16, 2011

Korang suka gotong royong?

Saya tak.
Dari dulu-dulu sampai semalam.

Tapi gotong royong hari ni saya suka.
Saya sengaja datang lambat sebab ada acara ucapan-ucapan.
Ohh please, I've heard enough.

Selepas kemas rumah, sapu lantai, dan buat sarapan barulah saya ke tempat kerja.
Oh hari ni saya masak ayam goreng, kentang goreng dan nasi goreng.
I know... not good for my diet.
Mommy was happily chitchatting to Makcik Siah our neighbour when I bid goodbye.

Syukurlah acara ucapan-ucapan sudah habis bila saya sampai.
A few bosses tetiba ada kat tempat letak kereta.
I made quick mental calculation either I should

A. Greet the bosses, kasi alasan, tunjukkan pokok limau dan cangkul yang saya bawa dan goodies yang saya sediakan untuk the kids who are present today. So that the bosses would be impressed with my effort and generosity dan tahun depan dia kasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), the most coveted award in our industry. Tak kisahlah datang lambatpun, janji Boss tau saya bekerja keras dan sangat rajin (membodek)


atau
B. Buat muka tak bersalah dan terus cari the kids. Dan konfem tak dapat APC.


Mestilah saya pilih versi membodek.
"Sorryla yang, I memang sengaja datang lambat, I jahat tapi I love you" and I hugged them.
What?
Of course NOT the bosses. Satu-satunya entiti yang saya rasa berbaloi untuk dibodek (dan disayangi sepenuh hati) ialah the kids.

"Dari tadi kami cari, hisssss teacher ni.." said the Club President (tak sangka dia nak datang)
"alaaa sorryla.. I salah... a'a pokok durian tak ada jual la. I beli pokok limau je. Boleh eh?"

Sebenarnya dari semalam kelas ni beri cadangan tanam pokok buah-buahan.
Saya tau diorang sengaja menguji kesabaran saya.
Mana ada gotong royong tanam pokok buah-buahan?
Sesuka hati diorang je kasi cadangan yang bukan-bukan.

Tapi masa saya sebaya mereka, saya pernah kasi idea yang lebih bukan-bukan daripada itu.
Pas tu kena marah. Benci betul saya rasa.
Takkan lah gotong royong mesti hanya ada ucapan, kutip sampah pas tu bakar sampah, lukis mural dan mengecat. Lap tingkap, sapu lantai. Bosan lah.

Hawa bawa dua anak pokok markisa.
"Cantik teacher, nanti bila dia besar dan lilit-lilit pondok ni, wuishhhh buahnya macam epal" dia cakap.
Saya setuju. Saya pun suka.
Dia bawa kek untuk dimakan bersama. Saya suka!
Shikin pun datang juga


Saya cakap tak daripada 23 orang hanya 4 orang saja yang datang.
Harap-harap yang 19 orang lagi itu akan menyesal sebab tak berpeluang menanam pokok buah-buahan hari ini.


Sekian.
Gambar ehsan google.
kamera tertinggal di rumah 12A semalam.

4 comments:

zino said...

kadang tu gotong royong ramai mando dari yg buat kerja hehe

Kengkawan said...

setuju!!!
hahahha

Citarasa Rinduan said...

kak ayu suka ssgt gotong royong.

eceh!!!!
cikgu yg hebat... hehe
19 students tu termasuk k.ayu yer

Kengkawan said...

kak ayu
hahahhaha
ada jugak org suka ye hehhehe