Sunday, July 31, 2011

Nak beli apa lagi?

Mak saya tanya.
Dah jadi tradisi, sebelum bulan puasa bermula saya akan bawa mak saya membeli belah barangan dapur.

Mak saya suka betul.
Saya pun suka.
Semalam, dari pagi kami keluar rumah, pukul 6 ptg baru balik rumah.

Sebenarnya kan, saya tak faham kenapa orang kata tak ada masa untuk emaknya.
Luangkan masa berkualiti untuk emak kita, sementara hayatnya ada.
Orang perempuan kan suka shopping.
Mereka sudah tidak kuat untuk bershopping sendiri.
Temankanlah mereka.
Percayalah. Setiap sen yang anda keluarkan, setiap masa yang anda luangkan bersama emak, pasti Allah balas.

Sekian sajalah.
Agaknya saya sedikit emo sebab marahkan orang lain.



No comments: