Thursday, July 28, 2011

Oh.. sangat terharu..


"Awak tau.. Man cakap dah dua bulan dia tak jenguk ayah dia, dia nak balik weekend ni".

Saya berhenti mengisi data dalam e-disiplin. Man kawan baik kami. Ayahnya sedikit uzur.

"Kesian ye kak" saya pun sedih jugak.

"Dia cakap kakak dia pun bising. Suruh datang sebab ada Kiko warehouse sale Puchong. Kita kirim dah ngan dia suh beli baju Yuyeen" Kak Sal sambung lagi dan ketawa.

Laju je tangan saya menggoogle dan tanpa disangka panjang pulak ceritanya, sampai saya tak dengar bunyi loceng.

Saya tersedar terlewat, dan literally ran to the class.

Kimi: Kenapa lambat sangat? tinggal lagi sikit je masa Ce* (sebenarnya ada lagi 60% masa)
Hawa: Ha'a la.. dah la hari ini satu masa je. Lama kitaorang tunggu.

Selalunya budak-budak kelas hujung bukan peduli pun cikgu ada atau tidak. Kalau tak ada lagi mereka suka. Saya tengok muka mereka betul2 sambil mencubit tangan kiri saya.

Mereka nampak ikhlas. Tangan kiri saya pun sakit. Maksudnya saya tak bermimpi. Saya rasa macam nak melompat gembira!

"Ohhh saya yang salah sebab berbual dengan Cikgu Salmiah. Saya rasa sangat bersalah la. Boleh tak saya belanja awak rehat nanti, sebagai tanda minta maaf?".

Entah saya perasan atau memang mulut mereka ternganga.
Samala.. sehingga sekarang saya pun ternganga juga


No comments: