Tuesday, July 26, 2011

Saya rasa macam sangat lawak.

Lawak 1
tempat: dalam kelas 3D
cuaca : paneh!!!

Saya kasi arahan dalam Bahasa Arab supaya mereka benar-benar faham. Selepas habis cakap, Syamir Azwan bertanya dengan muka tidak bersalah.

"Eh... kenapa tak ada subtitles?, saya tak fahamlah."



Lawak 2
Tempat: padang
cuaca : redup

Mamat datang latihan pukul 6.45petang sebab baru balik dari Gopeng. Dia menceritakan bagaimana susahnya sebab tiba-tiba tayar kereta yang mereka naiki pancit. Amir dan beberapa atlit lain berkongsi pengalaman tahun lepas apabila tayar kereta Sir Rizlan pancit dalam perjalanan ke Kejohanan MSSPk di Teluk Batik.

Mamat: Dahlah berat, susah betul nak jek tayar tu.
Daniel : Maksud engkau, tayar luar pun kena ganti sekali.
(suasana senyap seketika, sehinggalah tiba-tiba entah siapa yang menunjal bahu Daniel dan cakap".

"Weh tayar kereta mana ada tiub macam motor. Memangla kena tukar sekali.Appala"


Sekianlah cerita pada hari ini.
gambar-gambar itu saya pinjam dari google.

No comments: