Sunday, July 17, 2011

vanila muffin



Bangun pagi tetiba rasa nak makan muffin.

Jadi godek saja bahan-bahan yang memang dah sedia dalam peti sejuk.
15 minit sediakan bahan-bahan.
25 minit masa membakar.

Sekejap saja.
Sementara tu sempat lagi tanam pokok kari yang saya ambil di kebun semalam.
Hari redup, seronok berkebun.

Inilah muffin bila dah masak.
Look at the imperfection.
Jadi memang dah sah-sah Norizan Adnan yang masak.

Saya sangat suka colourful presentation. Tadaaaaaaaaa.
Saya harap anak-anak jiran belakang rumah tu suka jugakla.

Sebenarnya saya rasa ada sesuatu yang tak kena sebab bila saya balik ke 12A hujung minggu lepas, lampu (luar) rumah dia terpasang siang malam.

"awak sekeluarga ok x?" saya jerit ikut tingkap bilik pagi tadi bila nampak dia kat verandah belakang rumahnya.
"Balik kampung lah, mak ada masalah jantung, masuk hospital" dia jawab di birai tembok.

Jadi terjawablah persoalan saya.
Harap emaknya cepat sembuh.

No comments: