Saturday, August 27, 2011

Masih mencari...

Bila pagi tadi tengok langit cerah, terus saya bad mood.
Sampai tengah hari cuaca sangat nyaman, lagi saya bad mood.
Semalam saya dan Arif berbuka di Trolak Country Resort.
Kitaorang makan gulai kawah (my fav), daging bakar cicah air asam, kerabu perut dan jantung pisang cicah tempoyak. Lepas tu makan pula semangkuk laksa.
Tak puas hati lagi tu, I had pickles, fruit salad and kuih ketayap.

Rasa macam nak pecah perut.
Bila perut penuh, mata pun tak pasal-pasal susah nak celik. Walaupun dah kunci jam pukul 3.30a.m, dua jam kemudian barulah saya bangun.

Tak berkualiti betul Ramadhan saya:(
Jangan-jangan saya tak capai pun piawaian yang sepatutnya.

Masih dalam bad mood, saya cuba siapkan homework Anjang.
Bagus kakak saya ni. Dia sambung belajar, saya dan Baby kena tolong dia siapkan assignment.
Sedar-sedar saya tertidur, hanya terjaga bila Arif talipon.

Adik bongsu saya ini mahu membeli baju raya sendiri, padahal ada 4,5 helai baju dia yang saya belikan dan masih belum dipakai pun. Sebab susah nak cari saiz dia, asal jumpa habis saya borong.

Kami ke Teluk Intan. Dari satu shopping complex ke satu shopping complex (ada 3 je pun) semua pun Arif x berkenan dan yang dia berkenan memang xder saiz.

Last-last kami beli barang dapur saja. 2 ekor ayam, dua batang halia, satu ikat sawi, satu paket cili merah, 3 biji buah kiwi, 3 biji buah lemon, 15 biji buah oren, satu pek anggur dan 5kg beras basmathi. Untuk berbuka puasa kami beli 2liter ayo oren Marigold dan sebungkus kinder bueno.

Magiknya, masa nak berbuka boleh kita orang tak jumpa kinder bueno tu. Saja tau..
Jadi kami singgah ke Restoran Sutera Bayu. We ordered butter prawn, tomyam, chicken fillet in ginger sauce and spicy chicken. Large portion, enough for four pax, very reasonable price.

Then we speed home.
Ada lagi 2 malam sebelum berakhir Ramadhan.

Friday, August 26, 2011

Kenangan di hari tua.

Last day before long raya break. After assembly, the kids lined up to salam with all the teachers. *smirk*

taken from here

Went to see all the kids under my charge at their classroom this morning. That is my yearly routine before raya break. Orang kata patutnya yang muda kena minta maaf dengan yang tua, tapi bagi saya yang banyak dosa tu (saya la tu) harus rendahkan hati minta maaf dengan budak-budak ni.

Had class on the first period. Then tawaf d whole block to take attendance. Sangat tedious. In between a few kids stopped me and salam.

Dalam ramai-ramai tu ada dua orang yang sangat membuatkan saya tersentuh.

Seorang tu.. waaaaaaaaaaaa sangatla suka melawan, 2,3 tahun dulu. Lepas tu bila ditegur mesti sentap. Sebab saya pun tidak suka dan takde pasalnya nak memujuk jadi sampai sudahla dia sentap. Budak-budak... saya malas nak ambil pot sangat. Tahun lepas saya tidak mengajar dia, tahun ni pun tidak, dan saya pun jarang bertemu dengannya.

Sewaktu saya sedang mengetuk pintu kelas satu persatu, dia mengejar saya dan cakap (dengan suara yang kuat macam dulu), "Ce* saya nak mintak maaf sebab dulu2 saya selalu melawan dan sakitkan hati teacher".

"Ha? saya dah lupa pun." saya terus peluk dia, dan cakap dia tak pernah sakit kan hati saya. tak pernah langsung, which is true, sebab saya tak pernah ambil hati pun.

Saya rasa teori saya ni betul, bila umur 16tahun, barulah budak-budak ni faham amende yang kita cakap dengan dia 2,3 tahun dulu. Kot dia melawan, keraskan je hati, biarje lah... No hard feelings. Bila datang akalnya, dia sedar juga yang mana baik dan buruk. Kesungguhannya tu membuatkan saya rasa betul-betul dihargai.

Yang kedua seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun. Dia sangattttttttt suka ponteng kelas. Mula-mula saya cari, rabak poket saya asyik tukar kasut je. Mulai bulan Julai 2011 saya tak cari lagi kalau dia ponteng. Dulu dia suka menyorok jauh-jauh, jenuh saya pusing nak cari, sejak akhir-akhir ni dia cuma duduk di kelas kosong bersebelahan dengan kelasnya saja. Kadang-kadang dia saja buat bunyi supaya saya tau kot, tapi saya buat tak peduli saja. Saya sayang kasut saya hahhaha

Tahun lepas, bila saya edarkan kertas latihan, dia mesti bising cakap dia tak nak buat, membazirla dan macam-macam alasan. Kadang-kadang dia pura-pura tidur supaya tidak payah membuat latihan. Saya paksa dia bayar RM1 kalau dia hantar kertas kosong. Dia kata saya lintah darat, cekik darah dan macam-macamlah. Telinga saya telinga kuali, langsung tak berbekas. Banyak juga collection saya dapat yang dilaburkan dengan memphotostat lebih banyak worksheets. Lama-lama dia penat dan tulislah entah apa-apa. Saya tak kisah janji tak kosong lagi. Sejak bulan Julai 2011, saya dah malas nak memikir. Saya tampal setiap worksheet di papan kenyataan.

Masa mula-mula tampal, markahnya 0 (kosong).
"apaaaaaaaa niiiiii" dia komplen.
Kali kedua tampal, markahnya meningkat sedikit.
"Wohooo kau hebat!" saya tepuk bahu dia. "Well... u know me.." dia cakap ngan eksen.
Kali ketiga dia LULUS. I literally ran to his class and beamed, "ko hebat giler sehhh".
"ya sangatla teacher tu" dia tak percaya, kawan-kawannya pun macam tak percaya juga. Saya pun tak berapa percaya, dan saya semak 2 kali.

Tapi lepas tu dia ponteng juga kelas. Malas dah saya nak marah-marah. Saya buat tak tau saja.

pagi ini dia menunggu saya habis kelas, baru sempat berjumpa.

"Saya tak nak duit ni teacher" tahun lepas elok je dia ambik duit raya yang tak seberapa dari saya, tahun ni dia tak nak pulak.

"tapi I kasi kat smer anak murid, ambikla... kecik hati I" saya bergurau. Dia tak ketawa, tak lawak sangat kot.

"saya tak nak teacher, teacher ambil la balik" dia cakap lagi.

"Tahun ni awak ambil la duit raya, next year awak plak kasi saya heheheh" cehhh sah.. memang lawak saya tak kelakar. Dia tak ketawa pun.

Instead, sambil memandang ke bawah dia cakap
"teacher saya mintak maaf sebab bila teacher panggil saya lari-lari. Saya selalu ponteng kelas, saya mintak maaf tau teacher. Saya sayangkan teacher. Kalau saya dah berjaya nanti saya takkan lupakan teacher sampai bila-bila. Saya nak buat betul-betul paper teacher masa exam nanti. Mintak maaf ye teacher".

Saya tak balas pun. Cuma capai fail dan pergi ke staffroom.
Giler... habislah dia tak suspect (respect) saya lagi kalau dia nampak saya menangis.



Thursday, August 25, 2011

Benda kalau di cari memanglah akan jumpa

Ni gambar tahun 2009. Masa budak-budak ni berumur 13 tahun. Mereka organized sendiri Explorace, sebagai satu daripada aktiviti persatuan. Budak Form One boleh organized sendiri, saya memang salute habislah... sampai sekarang x ada the kids yang boleh challenge rekod diorang. Budak bertiga ni tengah baca clue. Baju putih Shafiqah, baju kuning Faiqah dan yang tudung hitam tu saya tak nampak muka dia. Sorry yang.
Baju merah Danial, Baju biru Syaaban dan yang baju oren tu Aziz. Rasanya diaorang tengah komplen kat penganjur yang nampak tangan je tu.
Entah sapa ambil gambar, gelap pulak. Dari tepi tu Fahmi Haussan, yang tengah Aziz dan yang pegang beg tu, saya lupa plak namanya, padahal baru dua hari lepas saya jumpa. ishhh
Sangat comel kan... boleh dia berguling tepi jalan. Kisahnya diorang kena jumpa dengan Pak Guard dan jawab satu worksheet, kalau betul semua barulah boleh proceed ke stesen yang seterusnya. Tu yang berguling2 diorang buat.


Ermm... sekarang mereka sudah besar dan bijak.
Saya harap... persahabatan mereka akan kekal sampai bila-bila.
Selagi hayat di kandung badan.

Wednesday, August 24, 2011

Bila Tiada #3

Sejak kejadian ini saya paling takut kalau ada kids yang rasa saya tidak sayang atau peduli pada mereka. Sangat percaya bila Mother Theresa cakap, The poverty of being unwanted, unloved and uncared for is the greatest poverty. Hari-hari bersembur2 saya cakap I love you, dan saya betul-betul maksudkannya.

Tapi kadang-kadang bila hangin, ishhh.. susah nak cakap.

Seperti biasa selepas Mid Year Exam, muka saya biru-biru kelabu (read: scarlet). Lepas sessi berapa-kali-saya-dah-cakap-awak-saja-tau-macamla-saya-tak-pernah-ajar-hishhhh-marahnya-saya-ni kind of thing, saya suruh mereka tulis di atas kertas kenapa mereka tidak dapat menjawab dengan baik dan cadangan untuk penambahbaikan yang harus saya lakukan. Kalau bagi peluang 36 orang bercakap, nanti saya cepat pening, kalau tulis saya boleh baca dengan tenang.

Strategi ini baca dalam satu jurnal lama dulu, dan memang sangat berkesan dalam kerjaya saya.
Mengelakkan dari syok sendiri, that's it.

Saya baca pendapat mereka satu persatu. 4,5 orang kata, mereka susah nak faham sebab saya bercakap terlalu laju (yelah.. yelah..), 6,7 orang tulis beberapa topik yang mereka sangat harap saya ulang tapi takut nak cakap sebab saya garang sangat asyik nak marah je (yelah, yelah...), 10,12 orang tulis dia memang dah cuba sehabis baik tapi masih tak bagus juga keputusan dan dia sangat sedih (saya pun) dan ada juga yang tulis "bawalah kami belajar di luar kelas, ke padang ke misalnya".

Dalam ramai-ramai tu, ada seorang je yang tulis lebih kurang beginilah, "bagilah juga perhatian pada pelajar yang tak pandai, janganlah pilih kasih".

Wohooooooooo... Konfem memang seorang saja yang tulis macam tu. Walaupun mereka tak tulis nama (dalam journal kata kalau x payah tulis nama pelajar akan lebih terbuka dan jujur menulis), tapi saya kenal sangat tulisan tu.
While I copied down their ideas and request in a small 555 book and ticked when I've cover it, I never want to admit (even to myself) I've been unfair to one of them. I think I hide the paper, sebab sangat malu (dengan diri sendiri)

I went straight to him and apologized profusely.

From then on, rasanya kalau terserempak dengan dia di mana-mana saya pasti menegur dia dulu dan sewaktu belajar saya pasti akan pergi ke mejanya dan menyemak latihannya secara lisan jika sempat dan menunjal bahunya kalau salah.

Dia sangat-sangat pendiam. Tidak suka bertanyapun sebab itulah saya dengan kejamnya telah membuatkan dia rasa tak dipedulikan, padahal dia duduk di kerusi paling hadapan. Bertubuh kecil dan berambut kerinting, suaranya sangat perlahan dan dia lebih banyak tersenyum dari bercakap.


Di mata saya dia comel. Lagi comel bila dia sedikit malu-malu bila saya jerit panggil nama dia kalau saya nampak dia di mana-mana. Oh, dia tak balas pun, cuma tersenyum dan angkat tangan saja. Sangat comel.

Hari ini, saya bersama 4 orang pelajar lelaki, Acoi, Ajie, Ojie dan Zul ke rumahnya selepas habis waktu kerja. Selalunya saya suka membawa pelajar perempuan tapi hari ni saya sedikit sibuk dan bila saya habis bekerja 4 orang ini sajalah yang masih belum pulang ke rumah lagi. Kami berjumpa dan berbual dengan ibu dan bapanya tentang dia.

" Dia ni lah anak makcik yang paling senang nak jaga. Dari kecik tak pernah banyak ragam. Suruh sembahyang, mengaji ke, tak pernah membantah" emak dia cakap. Saya percaya.

"Dia ni sembahyang tak tinggal. Puasa pun tak pernah tinggal, takda buat perangai apapun, cuma yang satu tu jelah" ayah dia cakap. Saya percaya.

Saya pun rasa dia baik. Saya kenal dia masa berumur 13 tahun, 3 tahun lalu. Sekarang umurnya 15tahun.

"Belum cukup lagi ye?" ayah dia tanya emak dia.
"Belum... bulan 9 ni baru cukup 15 tahun", emak dia cakap, matanya semakin merah.

Kalaulah dia tak berlumba motosikal di jalan yang tidak berlampu malam semalam, mungkin dia tidak akan terlibat dalam kemalangan. Kalaulah dia tidak terlibat dalam kemalangan mungkin dia sempat untuk menyambut harijadinya yang ke 15, 25, 35, 45 dan insyaAllah 55 tahun.

"Dah janjiNya macam tu ye makcik" pandai-pandai je saya cakap.
Padahal dalam hati, ralatnya...

Selepas ini saya tak dapat lagi jerit "Aziiiiiiiz, I love you".
Dan Abdul Aziz Abdul Rahman tidak akan lagi angkat tangan pada saya sambil tersenyum malu-malu.


Al-fatihah.


Monday, August 22, 2011

Perfect gift?

"Lu kan tau wa suka corelle?" snapped Baby.
Saya kerut kening. I couldn't afford Corelle.
Gila! Kalau di diskaun 50% pun belum tentu mampu.

"Besides, wa dah de pinggan Claytan yang ari tu", rasanya Baby perasan saya kerut kening over sangat kot. "Shikin pun ada kasi wa, satu set pinggan Corelle" dia cakap lagi.

Btw, pinggan Claytan yang dia ada tu ialah free gift beli apa ntah dapat pinggan tu. Shikin pula order banyak dari kawannya yang duduk di obersea jadi dia kasi Baby satu sebab alasannya dia dah ada banyak.

"Tapi wa suka d pinkish flower tu.. wa rasa dia comel macam lu. Lu kan suka pinkish n d colour suit you?" tetiba saya macam ikhlas.

"Heh? wa sesuai ngan pink ke?" Baby tanya semula.

We googled n get this pic.
Tapi x beli pun lagi..

Oh saya rasa bunga ni sangat kiut.
Tapi bila saya tanam tak mahu hidup pulak.
Jadi beli pinggan sajalah. Hari-hari boleh tengok.

Sunday, August 21, 2011

Blooms!

Cita-cita memanglah nak halaman yang penuh bunga cenggini.. Ini masa kat Beijing, lama dulu.
Saya suka pokok Alamanda, baunya harum tapi dia kembang sekerat hari je. Kebetulan tadi saya balik ke 12A pukul 12.10 tengah-hari.. Dah nak kuncup pun... Rama-rama yang rajin datang pun dah balik. Selalunya sangat banyak rama-rama, sebab tu saya tak suka tidur semula selepas Subuh, rugi. Waktu pagi, paling cantikla nak tengok bunga-bungaan, di 12A.
Pokok yang berbunga ungu ni selalunya saya trim elok-elok. Tapi sejak hari hujan selalu, tak sempat saya nak trim (alasan) jadi sedikit melonjak tinggi la dia. Saya rasa warni dia sangat cantik.
Ni pokok Tiger Lily. jarang dia berbunga sungguh2 macam ni. Kembang hati saya tengok dia berbunga.

Sekian

Shazwan Saidin

Managed to make edible nasi mandhi with roast chicken for iftar yesterday. Somehow, Baby found it rather dry and did not up to the standard (the one that she used to frequent). Besides my mom's oxtail soup and sambal udang petai were there, so saingan sangat sengit ok!

I do make cheese tart also. Kind of better than the batch I bake long ago.
Still, belum lagi boleh masuk dalam Buku Resepi Gerenti Jadi Mak Andak.

Back to Nasi Mandhi, I really wanted to taste it, I mean from the real one with side dishes and all.
"Nanti lu bawak wa g makan eh?" I asked Baby.
" No problemo" she answered shortly.

Sebagai back-up plan I even asked a friend if he don't mind to have it, at foreseeable future. He said he would love too.

My point is, sometimes we are so used of people said YES at our request.
Dan dan saya teringatkan Shazwan (bukan nama sebenar)


Ni pun bukan gambar sebenar.. hihik...

Saya terdengar Shazwan (bukan nama sebenar kasi tau kawan-kawannya dia nak g shopping kat KL on Saturday.

"Mari sini kejap, betul nak g KL ni?" saya tanya ngan muka askar.
Bila dia cakap ye, saya terus buat sessi interogation.

Me: g ngan sapa?
SS: Kawan-kawan.
Me: Naik apa?
SS: Kereta
Me: Siapa drive?
SS: Ayap.
Me: Ayap mana? I kenal dia tak?
SS: Alaa Ce* kenal, budak form 5 tahun lepas.
Me: Anak sapa?
SS: Nama ayah dia _______.
Me: Mana ni? yang rendah2, rambut tegak2 tu ke?
SS: Ha'a yang tu lah... Ce* kenal kan?
Me: Tau. Baik budak tu, boleh harap, tapi ada lesen tak?
SS: Ada. sebab dia ada lesen la kitaorang ikut dia.
Me: Biar betul ni... nanti apa2 susah..
SS: Betul Ce*... Betul... memang ada.
Me: Dah cakap ngan mak awak?
SS: Dah. Dia kasi.
Me: Bagus. Macam tula. nak g mana2 mintak izin mak ayah dulu.
SS: Lepas tanya mak saya barula saya berani g Ce*.
Me: Iskkk bagus betul awak ni. Kirim boleh?
SS: (muka berkerut) nak kirim apa?
Me: Belikan tudung boleh?
SS: (Sambil melompat dan ketawa berdekah2) aihhhhhhhh... mana saya tau..
Me: Alaa senang je.. tudung je.. I kasi la duit pun.

By this time, Shazwan (bukan nama sebenar) berlari ke belakang dan ketawa bersama kawan-kawannya.

"Susahla... kata g KL.. belikanlah untuk teacher dia... Saja tau" saya cakap main-main. Mereka berjemaah ketawa.

"Teacher, saya tak pernah beli tudung. Saya tak tau macam mana nak pilih tudung pun. Nanti kalau saya dah tau, saya belikan teacher ye?" dia cakap dengan sopan dan separuh memujuk.

Giliran saya pula ketawa bagai nak gila.
Kalau suruh Arif yang berumur 27thn tu beli tudung pun konfem dia tak mahu. Inikan pula budak umur 16 tahun.

Samala.. kalau orang suruh saya g kedai hardware.




Saturday, August 20, 2011

Hujan renyai tak sudah


After Subuh is the best time to bake cookies for me. Sambil tengok tv, okla tu. Nothing interesting on teevee today.

Tetiba paper cup pulak habis. Nyampah betul. So, at 10 a.m I went to Kedai Tepi Tabung Haji.

Me: Kenapa paper cup ni takde harga?
SK: Yang itu tujuh setengah juga kaka
Me: Mak aihh..kenapa sangat mahal?
SK: Boss suruh jual sembilan rengget tapi pada kaka saya kasi tujuh setengah juga.

Perghh he called me Kaka?
Kaka tu nama kucing pakcik saya, mengambil sempena nama pemain bola yang dia minat kot.
Saya beli je la paper cup tu, sebab sebenarnya yang saya beli 3,4 tahun dulu pun sama jugak harganya. Saya suka beli banyak2. Malas nak pergi kedai 4,5 kali.

Sebelum tu saya singgah kat Kedai Emas Yik Thin.
Matlamat utama cuma nak berbual ngan tukang emas tu, sebab dah lama tak jumpa.
Dia sangat peramah dan baik hati.
Satu hari (lama dulu) saya cuak bila tengok kat kereta saya ada kad parking. Memanglah saya parking agak lama. Saya cari siapa yang letak sebab nak bayar semula.
Rupanya tukang emas itulah sebab kereta cap-ayam-itu saya parking betul-betul di depan kedainya. Baik kan dia?
Sejak hari itu, kalau berkesempatan saya akan singgah dan bertanya khabar. Tapi beli emas tidak juga, tak mampu sehh..

Selepas itu singgah di pasar.
Saya sangat teringin nak makan Nasi Mandhi. Kalau nak pergi ke restoran di bulan puasa ni malas pulak sebab jauh. Jadi saya pun beli bahan2 dan akan cuba masak sendiri petang ini.

Dan juga membuat cheese tart.
Tiba-tiba saya macam terjumpa sekotak cream cheese dalam peti ais.
Sangat besar selero ese la ni..

Di luar masih renyai.
I likee!

Friday, August 19, 2011

Dia dah puasa sekarang

Orang kata birds of feather flock together. Tapi kadang-kadang tak juga, mungkin opposite attract itu lebih kuat kot. Atau semua itu berpunca daripada curiosity yang menebal di pihak saya.


Kehidupannya sangat sosial. Sangat sangat. Sosial pun dah understatement sebenarnya. Tapi sebab dia kawan saya, menjadi tanggungjawab saya menyimpan aibnya, sebagaimana dia sentiasa menjaga aib saya juga.

"wah.. terernya bulan posa pun larat g cruise?"ini rasanya soalan 10 tahun yang lalu.
"eh... i tak posa la, nak enjoy" came his reply.

Dia jujur. Sangat sangat. Kalau dia cakap saya memang akan percaya. Seingat saya, tak pernah lagi saya ditipu. Walaupun tipu sunat (mana ada..). Saya memang allergic pada penipu.

Masa dulu-dulu, saya nesihat juga sikit-sikit. Then selepas 3,4 tahun, kehidupannya masih lagi macam itu, saya berhenti. Saya rasa cukup kot.

Kenkadang, diluar kesedaran saya, saya selalu sebut dalam doa semoga Allah bukakan hati dia masuk "Islam".

Beberapa hari lepas, saya menelefonnya bertanya khabar. Katanya dia sedang menguruskan sesuatu. Sesuatu itu memerlukan gerakan fizikal yang kuat kalau saya mesti terpeleot punya.

"Tak penat ke? Eh tapi u x puasa kan?" cehhh sungguh tidak berinsurans mulutku.
"eh.. puasa la. Ala.. bukan teruk mana pun". He slightly annoyed.
"Huyoo Encik ________ (isi tempat kosong) sudah masuk Islam sekarang. Hebat" Saya ketawa.

Dia tidak. Saya rasa dia sangat jengkel.
Sehari dua ini saya asyik memikirkan bagaimanakah cara untuk meminta maaf tapi tak obvious sangat.

Thursday, August 18, 2011

Dah baca?

Utusan Malaysia Online -

Bacalah.
Hangin satu badan kan?
Saya pun..

Tapi Mahatma Ghandi cakap.
You must be the change you wish to see in the world.


Dah sedia?
Jangan nak pin point pada orang tu orang ni.

You must be the change you wish to see in the world.
Selamat berjaya.
Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama, kata Lao Tzo (rasanyala)

Lets start somewhere. ASAP!

Aneka Jualan

Musim kot. macam-macam jualan datang.
I don't mind buying brooches. The kids love them, a perfect gift on any occasion.

Tudung.
Definitely a No No for me. Mark up tinggi sangat, not worth to buy.


Kuih-kuih raya.
Bought a few, which I don't have expertise to do.
Few for Kids whose mother passed away.
Entah, saya rasa nanti ayah dia x peduli ada kuih ke tak masa raya.
I love baking cookies anyway.

By the way, last Tuesday saya telah memborong pelbagai bahan-bahan membuat kuih di Kia Abdul Store, Tanjong Malim.
Sekarang yang takde cuma container saja.
Kena ambil kat #18.





Wednesday, August 17, 2011

Rumahku Madrasah?

Hari ni cuti. Nuzul Quran.
Pagi ni drizzling, I like!
Tak payah siram pokok bunga. Hoyeee!!

Lepas subuh saya buat Almond London Cookies.
Sambil tengok MHI@tv3.
Saya bukan suka sangat tv3, tapi rumah saya takde ASTRO jadi channel lain pun gagap juga.
Cuma tv3 dan8tv je yang jelas.

Saya suka temubual hari ni.
Ada cerita pasal penipuan kad kredit.
tapi saya takder kad kredit dan tak berhasrat nak apply for one.
jadi saya dengar saja. Ok juga.

Lepas tu ada temubual dengan seorang ustazah. Nama tak ingat but she's very brilliant.
Nilah beberapa nesihat dia yang saya rasa macam ikhlas sangat sebab kalau tak mesti saya x ingat pun.

1. Bacalah Al-Quran lebih sikit masa Ramadhan walaupun merangkak. Sebab Bilal bin Rabah yang sangat famous tu pun sebutan Arab dia sedikit pelat, tapi Allah angkat darjat dia kerana hatinya yang ikhlas dalam melaungkan azan.

2. Bila masuk rumah anda, apa yang orang akan nampak dulu? Biarlah nampak Al-Quran yang bersusun dan rehal. Kalau boleh, dia kata.

Dua tu aje yang saya ingat. Bila habis bakar cookies, saya cuci baju, dan mop lantai.
Selepas itu baja sebuah buku yang dah 3 minggu saya baca tak habis2.

Sedar-sedar dah zohor. Tertidur rupanya.
Arif called cakap he'll be coming for iftar.
Am glad!

Suddenly, it rained again. Good!
Guess Arif won't be coming so I bake some cookies again.
By the time I finished, wash the apparatus and mop the floor, Arif arrived.
It was almost 6p.m.
I haven't prepared anything for iftar, because normally I don't eat much when I was alone.

So we went to Trolak Country Resort at 6.50p.m.
Dekat saja. 15 minit dah sampai.
In my humble opinion, RM24 per pax for arrays of scrumptious food, sangat sangatlah murah.

Ada banyak jenis kerabu, salad, dan kuih muih dan buah-buahan.
Lauk pauk pun banyak juga. My fav are gulai kawah, pari bakar cicah air asam and sotong goreng.

Finally we shared a bowl of yummy curry noodle. Share saja sebab dah tak larat nak makan. The f&b supervisor came to our table and treat Arif "gila kaw" punya teh tarik. Have to turn down his offer on hot milo because I was so full.

Went home exactly at 8p.m.
Arif wanted to go back to #18.

Well..
Baru je pagi tadi rasa ada kesedaran sivik nak jadikan rumah macam Madrasah.
Now with my stomach full, there's nothing much I could do except zzzzz..

Tuesday, August 16, 2011

16 Ogos


We had a special assembly for Merdeka Month Celebration Launching today.
It was hot and humid. Typical Malaysian weather.

I like the talk given by Left. Kolonel Norsham Md Tap.
Hope the kids would be impressed as well.

It seems ages that I sang this particular song.
Nope, we didn't sing this particular song today.
Anyway there is something that the speaker said which makes me realised,
how true the song is.

Layan...

Monday, August 15, 2011

Al Amir


I dunno how it started.
But suddenly Acho, a bit busy for organising a More (iftar feast).

GengPemudaKampung berjemaah kongsi duit dan tenaga melaksanakan More di Masjid pada 13/8/2011.
Amir sumbangkan seekor lembu...

Macam best je kan.
Guess my bro had a hard time being the organiser.
He had our full support though.
Especially bab menghabiskan makanan.

Congrats bro.
Good job!

Sunday, August 14, 2011

How Could an Angel Break My Heart?

"Dah lewat sangat ke kalau ajak berbuka sama hari ni?" asked a good friend.
I looked up at the watch. It's almost 5 p.m.
Sebab dia tak pernah sekalipun meninggikan suara pada saya, I found no reason to raise mine.
"Baking muffin now. Couldn't left. I'll take raincheck eh" I replied.
Saya tak tipu.


I was pretty chuffed about this particular person not so tight schedule on weekdays.
"Thursday would be fine" katanya when I proposed a date.
"Apa-apapun I'll call you dulu to confirm ya" katanya.


Masa kitaorang sama-sama agak mesken dulu (it was long time ago), we always do things on impulse.
Kalau dah kata jadi, mesti jadi, tak payah nak call to confirm dah.
Tapi bila dah kaya sikit (dia kaya, saya tak)
There goes the no-frills-friendships.


Tak pasal-pasal saya menggoogle lagu ni.
Sesuai kot ngan mood tak berapa nak puashati ni kot

Kuih 2: Samosa tak berapa nak jadi

"Eh beli sajalah kan ada jual yang frozen?" Baby cakap when I told her about my mom.
Nampak sangat Baby tak pernah beli frozen food.
Ke saya yang sangat tradisional?
While I don't mind buying makan omputeh frozen (e.g meatball, nuggets, wedges bla bla),
Saya rasa sangat mengada-mengada kalau beli makanan Malaysia frozen dan dimakan pula di Malaysia... wehhh apa kelas?
Kalau bawak pergi obersea saya tak kisah sangat.

Ok, enough about Baby.
Kuih ni tak original sangat.
Mula-mula makan masa pergi Penang last April (was it April?)
Rasa macam boleh kot kalau buat sendiri.

Bahan-bahannya cuma kentang, serbuk kari dan kulit popiah.
Tapi sebab kentang takde kat rumah jadi pukul 10 pagi semalam saya ke Pekan Slim River.
Beli kentang sepuluh biji dan dua bungkus serbuk kari cap motokar di Kedai sebelah Tabung Haji.
Cuma RM2.20 je.

Lepas tu beli popiah skin kat Pasar Mini. saiz besar. perghhhh cekik darah RM4.20 for 50 pcs.
Saya beli jugakla sebab kat situ je ada.

"Apsal nampak letih sangat ni?" tegur penjual suratkhabar kegemaran saya, tapi saya tak tau namanya. Saya ketawa saja.

Maunye tak letih. Bila saya calculate dalam kepala lepas tengok popiah skin tu, saya rasa tak cukup kentang sepuluh biji. Jadi saya patah balik ke kedai yang tadi dan beli lagi kentang. kali ni sekilo. Pekerja-pekerja tu pun tegur, biasalah regular customer kot.


Ni lah dia fillingnya. Macam inti karipap je. Agaknya ada resepi lain tapi sebab saya tak tau, saya buat yang macam saya tau je. Rencahnya ayam, sebab takder yang lain. Guna sebungkus je serbuk kari dan 14 biji kentang yang kecil2 je.
Ari tu saya buat tak jadi bentu triangle. Memula saya try lipat kat kertas dulu. Try punya try baru la came out this idea nak cut the skin into half.
Then fold it
Final product.
Saya suka saiz kecik2.
Sebungkus tu menghasilkan 100pcs.
Sangaaaaaaaat banyak.
Do your maths
RM4.20 (popiah skin)+0.50(curry powder)+Rm3.00 (potatoes)
=0.077 sen each.
Masa nak membuatnya bukan lama sangat pun.
Kalau lama-lama sangat memang Norizan Adnan takkan buat.
Sebab ada sikit lagi fillingnya,
saya bancuh doh dan buat karipap.
Tak berapa cantik. I know.
Sebab tu saya ambik gambar gelap2.


Sekian sajalah persembahan saya.
Besok pagi-pagi saya nak hantar ke fridge #18.
Harap-harap mak saya tak susah hati lagi lepas ni.

Saturday, August 13, 2011

Kuih 1: Mini Popiah Gerenti Jadi

Lama dulu, kalau buat popiah sayur saya akan hiris sayur halus-halus. Bila anak-anak sedara dah ramai (ye korang la tu) mereka tak suka makan sayur dan tak habiskan popia tu. Kecik hati Mak Andak dia tau..

So I came out with this mini version of popiah when my first niece stayed at #18 masa mak dia dalam pantang (ko le tu Long, sapa lagi my first niece kan). So far diorang saaaaaaangat suka. My bro pun makan xder komplen apa..


Ini fillingnya. Saya guna mixed vege sebab colourful, taruk ayam sebagai rencah dan tumis dengan sedikit minyak dan 2 sudu ayo. Perasa ikut suka, saya cuma taruk sesudu kecil garam untuk 250gm mixed vege.
Cara membuatnya. Letak popia skin saiz 5"x5 (ada tulis kat wrapper tu x payah sukat pakai pembaris ke hapa ye) dan sudukan filling ikut suka. Ini versi tipu, selalunya saya taruk filling sikit je sebab lagi crunchy kot.
pas tu lipat..
dan gulung. Senangkan? Yang hujung tu nak kasi dia ok, sapukan air supaya melekat dan tak terbuka bila digoreng nanti.

Pas tu susun dalam container. Saya suka saiz container gini, sebab yang ni je ada kat 12A hahahha (ook sorry tak kelakar.. opps). Pas tu simpan dalm fridge. Bila nak makan barulah goreng.

Sangat senangla. Mixed vege tu harganya dalm Rm2 kot, popia skin tu RM2.50 sepeket. Satu peket ada 50pcs.

Masa memasak filling tu tak sampai pun 5 minit. Gulung popia tu saya buat dalam stgh jam, itupun sebab saya memang lemah gemalai bila buat keje dapur. Orang lain buat sekejap je kot.

Cuba lah ye.


Hari membuat kuih.

As i grew older, semangat nak makan macam-macam sewaktu Ramadhan pun dah hilang. Unless when I had iftar at #18.

Sebelum puasa, mommy said she don't want to miss her daily Tadarus, in other way dia cakap tak mau ikut saya pergi ke Teluk Intan on Thursday for routine check up. Tiba-tiba on Monday dia cakap dia dah buat arrangement ngan kengkawan dia to skip Tadarus for one day.

The next day, saya konfemkan lagi, manalah tau mak saya berubah fikiran. Afterall memang tiap-tiap haripun saya akan singgah dulu ke #18 sebelum balik ke 12A. Saja, saya memang suka bersembang dulu

On Wednesday, I slept at #18.
Mak aihh banyaknya makanan masa berbuka. Sup daging, hati goreng kicap, sawi ikan masin (suka hati je uda nak masak macam ni), udang goreng. Makcik Jah kasi sejenis kuih dan saya masak mini popia. Juga buah tembikai.
Tak taula berapa kali saya makan ulang makan, that's why saya tak suka duduk di rumah masa puasa. Tak boleh nak kontrol.

The next morning, we started our journey once my mom came home from subuh prayer. It was 6.30a.m. Sungguh kejam. Sampai kat hospital pukul 7.45a.m. kira dah habis speed la tu. Jumpa doktor, pergi scan, jumpa doktor semula, g ambik ubat, pukul 10pagi baru habis. Kira awal la tu.

pas tu grocery shopping. By the time habis semua-semua tu, dah pukul 1.00 tengah hari. Hari sangat panas. Mata sangat mengantuk. Jenuh saya menampar-nampar pipi supaya tak tertidur. Last-last berhenti dan basuh muka dulu baru lah ok sikit.


Sampai di rumah, nasib baik Arif cuti. Jadi dia lah kemaskan semua barang-barang tu. Saya dan mak dengan tak sengajanya terus tertidur.


Petang itu saya buat samosa, sebab mak cakap dia larat nak buat kuih untuk kasi pada jiran. tapi samosanya tak berapa menjadi. Macammana ntah nak buat jadi segitiga. Puas saya try, tak mo so saya buat gulung saja.

Dulu-dulu kalau saya masak my bros suka komplen2. Kecik hati saya. Tapi kali ni walaupun x berapa berketrampilan habis je diorang makan. Either absence makes d heart grow fonder macam peribahasa tu cakap or memang saya masak tu sangat sedap la.

i choose option no 2. hahhahahah
Jadi hari ni saya berazam nak buat dua jenis kuih, di frozenkan dan letak kat #18.


Friday, August 12, 2011

Bila dipanggil nanti...

Semenjak dua menjak ini, saya mengikuti satu kes dengan penuh berdebar-debar.
Sebagai seorang Muslim, agama tiada tandingan nilainya.

Hidup susah macam manapun, takkan sampai sanggup gadai agama?
Nak kaya cepat pun, takkan nak gadai agama?
Nak jadi Presiden Alaska pun (contoh) tak payahlah gadaikan agama.

Cakap banyak pun tak guna.
Nak salahkan orang lain pun tak guna jugak.

Sebab bila dipanggil nanti...


Sekian sajalah.
Renung-renungkan. Selamat Beramal...

Sunday, August 07, 2011

9 Tips bila dapat kunci rumah untuk Len



Ini Len. Coursemates masa kat U dulu.
Sehari selepas nasib sedikit malang-tapi-mana-tahu-kot-kot-saya-akan-menang-cabutan-bertuah-kereta-baru, Len (gambar di atas) mengirimkan SMS keretanya semput di tengah jalan dan terpaksa ditunda. Sedihnya.
Kami membeli kereta pada tahun yang sama rasanya, sewaktu mula-mula bekerja dahulu. Memang dah sepatutnya kereta itu diganti, tapi dengan bayaran balik pinjaman rumah (yang mahal giler), jangankan nak beli kereta baru, nak beli Samsung Tablet 10inch (katanya launching this September) pun saya fikir 4,5 kali.

Tiba-tiba hari ini Len menelefon, "kalau tingkap rumah pecah nak ambik jugak x kunci tu?"
Whossssssssssssssshhhhh finally...
Len's house is ready. She bought a semi-d house in small town with exorbitant price.

Well, bukanlah saya pandai sangat tapi masa saya mula-mula mendapat kunci rumah dulu, memang muka saya serabut sangat sebab walaupun saya ada 12 orang adik beradik, tapi semua mereka pun ada kehidupan mereka sendiri dan saya pula kalau orang tak tanya saya takkan cakap lebih-lebih lagi kalau melibatkan wang ringgit.

To all single woman with minuscule salary just like me, do not despair, here's tips for you (cewahhhh!)

1. Read the agreement letter thoroughly.
Basic kan? Tapi korang buat tak? I did and always make sure the developer follow the agreement. If not, I insisted. Beb, abis tau semua my savings, of course I want the best.

2. Masa melaporkan kerosakan.
Mesti ada klausa dalam agreement pasal ni. Selalunya dalam tempoh 18bulan.Jiran saya rumahnya banjir selepas hujan lebat sebab atap bocor dan perparitan dalaman tersumbat. Masa tu dia dah siap buat renovation pulak tu. Retak-retak di dinding dan syiling mestilah dilaporkan. Asal ada rosak je pergilah report secara lisan. Kalau selepas 2 minggu tiada tindakan buatlah report secara bertulis, yang ni makcik saya ajar.

3. Jiran-jiran
Nak kongsi buat pagar, buat awning masa inilah bincang betul-betul. Kalau dia buat pagar konkrit walaupun sebenarnya kita tak paham apa ke pekdahnya, tapi sebagai orang yang akan kita jumpa dalam tempoh yang lama, pergilah jumpa dia dan tanya, "berapa ye saya nak bayar encik".
Kalau dia kata tak payah, lari2 masuk rumah dan buat sujud syukur, kot dia kata berapa, bayar aje dan dari situ kita tahu budi bahasa jiran kita tu. Hahahahha...


4. Yang perlu saja.
Kecuali duit turun mencurah dari langit, dengan gaji anda SENDIRI adalah KURANG CERDIK jika anda membuat pinjaman bank untuk renovate rumah. Tak payah susah-susah nak impressed others, nanti kalau tak cukup duit bukan ada orang lain nak tolong sangat pun.
Yang perlu adalah seperti ini (ikut turutan)
- panggil orang gilap tiles
- panggil wireman pasang lampu dan kipas
- panggil orang buat grille dan awning
- panggil orang buat kabinet dapur (ni kalau rumah flat je kalau rumah teres jangan buat kabinet dulu, tunggu nanti ada duit besarkan terus dapur tu - makcik saya cakap)
See... ni aje yang perlu sebenarnya. Singlekan.. kalau tidur atas lantai sebulan dua, makan maggi sekotak dua apa ada hal.


5. Perabot
Singlekan... suka hatilah nak beli kerusi oren ngan permaidani kaler merahpun. Sendiri bayar beb, apa ada hal? Tapi kalau berhasrat nak duduk dalam tempoh yang tertentu saja dan lepas itu bercadang nak berpindah ke Amerika Selatan (contohnyala kan) janganlah beli perabot yang mahal-mahal sangat. Nanti boleh buat homestay dan tak rasa ralat sangat kasi orang lain guna sofa anda yang berharga RM5500 tu. Tak gitu!


6. Security
Macam-macam ada sekarang ni. Tapi kalau budget anda memang ciput, pastikan dari luar rumah anda memang tidak nampak mewah kot tidak samalah macam anda melambai-lambai pencuri datang.


7. Simpan semua bil.
Kang tiba-tiba kena saman sebab tak bayar cukai pintu. Nak? Simpan bil dan bayar tepat pada masanya.


8. Barangan elektrik.
Takkan sejak dulu-dulu takde seterika kot, toaster ke? Pakai je lah yang mana ada dulu. Barangan elektrik yang wajib dibeli mula-mula sekali ialah PETI AIS, Fauzi Ishak cakap. You'll save on food that's why.
Benda yang tak patut dibeli dulu mengikut Norizan Adnan ialah MESIN BASUH. Baju penuh lima lemari, bilik ada 4, takkanlah ada masalah nak buat satu jadi bilik ampai baju pun. Apa ada hal?


9. Whatever it is don't cry...
I did, most of the time dulu. So did my other single friends, Zana and Yati. To be frank it wasn't easy. You might end up eating kepala ikan masin for a long time (mine was like 2 years I guess). It's so true, kawan waktu susah memang susah dicari. Be grateful if you found one or two, if you did not find any, be thankful that you still have your faith. Do not compared your life to others. Allah dah tulis rezeki kita masing-masing.
Then, bila hari hujan, and you are all alone in the big house and your tears welled up your eyes, you have no one to talk to, no credit on your phone either, no food left, your stomach just making all kind of sommersaulta, just wait until the rain stops.
Afterall the misery just like the pouring rain, lama-lama berhenti juga.

When it's over you'll be glad that you finally own a decent house. Tak kisahlah kerusi oren tapi sofanya merah pun. It yours!
Congratulation Len. Welcome to the club!

Saturday, August 06, 2011

Mayat kerat 15

Berita penuh di sini



The net-surfing brought me here, it happened on Jan 15, 2011 in Shanghai

Gruesome murder: Woman and her two boyfriends cut other lover into 77 pieces, cooks corpse

A woman and two of her boyfriends in Shanghai are being prosecuted for the particularly gruesome murder of the woman's third lover. Zhao Lin, who's married with one son, along with Li Gang and Hu Yu, are to sit trial for the murder of Cao Liang who's corpse was cut into 77 pieces and cooked in a pressure cooker. All three blame each other for the actual killing of Cao, but their versions of how they dismembered the body over the course of two days match up, after which they buried the cooked parts in public green space and threw the other remnants into a river.



What give you right to take somebody's life?

I think it is so inhumane.

Iskk..



Pot calling kettle black

Honestly, saya cukup menyampah dengan orang yang cerewet pasal makanan.
Tak cukup lemakla, tak cukup masinla, kurang garingla bla bla...

Eh nak makan, makan sajala...
Kalau pandai sangat masakla sendiri.

Dua hari lepas buat kali pertamanya saya ke Pasar Ramadhan Slim River.
Saya beli Nasi Kerabu kaler biru dan karipap ayam.
Singgah di rumah Kak Non di Taman Krishnan.
Saya kenal Kak Non sewaktu di Padang dan berjumpa lagi di ChiengMai dan Beijing.
Terus jadi geng.

Lama tak berjumpa, banyak yang nak dibualkan, jadi kami berbuka bersama.
Sebelum balik Kak Non hadiahkan 3 botol minyak wangi, ole-ole dari Mekah. Kak Non pergi ke Mekah tiap-tiap tahun. Sangat jeles!

Saya balik ke rumah pukul 8.46malam. Dekat saja. Pukul 9.00 malam barulah saya makan Nasi Kerabu yang dibeli. Karipap ayam saya makan dengan Kak Non.

MasyaAllah.
Hisssshhh... Rasanya sangat mengarut sampai saya rasa nak menangis.
Langsung tak ada rasa Nasi Kerabu.
Sampai hati dia jual macam tu kepada orang yang berpuasa.

Tapi orang yang berpuasa tu pun, sampai hati jugak dia mengumpat-umpat makanan pada kawan sebelah mejanya a.k.a Kak Sal keesokan harinya.

Errr.. tapinya saya takkan lah buat Nasi Kerabu.
Tunggulah lepas hari raya nanti, kalau ada umur panjang, beli kat kedai yang biasa saya beli di pasar malam sajalah.
Agaknya.

Wednesday, August 03, 2011

Katakanlah tak bodoh sangat

Saya keluar rumah pagi tadi sewaktu tv3 menyiarkan bingkisan tentang Hotspring, Sg Kelah. To be precise masa tu PR dia tengah cakap sesuatu. Saya ingat sbb masa tu saya sms Arif.

Seperti biasa saya selepas buka kunci pagar, saya memasukkan sampah ke dalam tong sampah merah bertutup hitam (sebab tutup asalnya dah hilang). Lepas kunci pagar, saya memandu perlahan sebab jiran rumah corner lot yang biasanya bawa kereta hijau hari ini bawa kereta lain warna maroon.

Rupanya di depan kereta itu ada sebuah lagi kereta warna hitam, sedang berhenti di satu lagi simpang. Patutlah lambat. Saya melambai tangan apabila melihat Kak Tadika (nama x tau) yang baruk nak masuk ke kereta kancilnya.

Cuaca baik. Jalan pun tidak sibuk sewaktu saya masuk ke jalan besar. Saya berhenti di lampu isyarat sambil mendengar berita di Radio Perakfm. Selalunya saya dengar saluran lain. Bila lampu bertukar hijau saya membuat pusingan U.

Tiba-tiba, macam tak berapa percaya pun ada, sebuah motor dari arah bertentangan menghentam kereta-cap-ayam saya.

"Whuooooooooooooooshhhhhhhhhhh". Jangan tanya perasaan saya.

Saya berhenti di tepi jalan. Budak itu mengangkat motornya, dan nasib baik kederaan dari arah lain tak melanggarnya pula. Dua buah kereta lain turut berhenti. Sebuah kereta kancil merah dan sebuah lagi pemandunya berambut panjang. Mereka jiran2 saya di 12A.

Me: nak citer sini ke pegi balai
Boy: sini je kak, jangan g balai kak, teruk saya.
Me: Ko tau x ko bawak motor tu salah jalan.
Boy: tau. nak cepat kak, nak pergi sekolah.
Me: Weh.. umur berapa ni?
Boy: 17
Me: Sekolah mender pakai baju gini?
Boy: Saya baru balik kak. Saya keje part time kat situ (sambil tunjuk ke arah restoran tempat bas berhenti)
Me : tengok lesen
Boy: saya xder lesen kak.
Me : So sekarang, sapa nak bayar kereta akak yang kemik-kemik ni?
Boy: (diam - muka blur)
Me: Heh bayar la.. sekarang berapa ko ada, bayar dulu
Boy: (sambil keluar wallet yang kosong) saya tak ada duit kak. Saya keje partime je kat situ. Ni pun saya pinjam....

(At this time saya mintak dua orang yang berhenti tu balik sebab as i put it, "takde apa2 kot")

Me: Kasi ko punya ic.
Boy: (keluar dan kasi, saya baca sambil yakinkan diri saya tak bermimpi)
Me: You still have to payla, kemik2 ni. Mak ko keje apa?
Boy: Dah meninggal kak.
Me: Ayah?
Boy: bawak lori
Me : Adik ada?
Boy: Ada, tingkatan tiga.

Pas tu saya maki budak tu kaw-kaw. Itu tindakan refleks. Saya sangat marah. Tapi budak tu diam dan a bit trembling.

Me: Ko nak g mana pas ni?
Boy: g sekolah kak.
Me: Tak yah g skolah. Ambik duit ni g klinik. Check kot patah ke apa.
Boy: (ambik tapi tak cakap apa-apa)
Me: Boleh tak kita habis kat sini je? (saya hulurkan tangan)
Boy: (mengangguk dan cium tangan saya)
Me: Ko posa tak hari ni?
Boy: Posa kak
Me: Sapa nama tadi?
Boy: ----- kak.
Me: Belajar rajin2 ye. Bye

_______________________________

"You did what?" asked Jie when I called him once I reached my workplace.
"Berapa you bagi dia?" Jie tanya lagi dan mengucap panjang bila saya sebut.
"I tau I salah, tapi I kesian", I defiantly thinking otherwise.
"Ok if you say so, orang biar dia rasa. Macam ni senangla, langgar kereta orang dapat duit". Jie cakap panjang2. Ada lagi tapi saya sensor.

Then I called Acho.
Kena marah lagi.
Itu pun saya tak cerita habis dengan Acho. Kalau tak lagi panjang kot.
Dia suruh buat report. Dia cakap kalau budak tu jadi apa2 ke, buat statement lain ke lagi susah.
Jadi pukul 11 pagi saya bergerak ke Balai Polis dan membuat report.

Pegawai Polis: Ingat tak nombor plat?
Me: tak ingat encik
Pegawai Polis: motor jenis apa?
Me: Honda kot, tp saya tak tau jenis apa

Saya beritahu polis tu budak tu umur 17 dan saya tengok kad pengenalan dia. Tapi entah kenapa saya lupa nama dia. Serius punya lupa.

Bila polis tanya keaadaan budak tu dan motornya pun saya tak boleh nak terangkan. Saya betul-betul tak ingat. Saya tak tipu. Selalunya saya sangat observant.

"Tuan, sebenarnya saya kasi dia duit suruh pergi klinik. Kawan saya kata tu tindakan bodoh. Tapi saya kesian sebab bila saya suruh dia bayar beg duitnya kosong. Saya kerja cikgu tuan. Anak murid saya pun sebaya budak tu juga. Saya cara saya tu tak betul, tapi saya risau dia sakit ke apa. Saya report ni pun cuma tak nak ada legal action di kemudian hari je", saya cakap.

Masa muda2 saya suka baca buku John Grisham. bukunya kisah peguam dan kes-kes mahkamah. Jadi bila Sarjan tu pandang muka saya sewaktu saya cakap hal tu, satu je perkataan yang Grisham akan gunakan.

Disbelief.

Jie was right. What I did was totally Buduhs.
To forget the ic number and all the relevant particular is stupider.

But..
Didn't I said to end everything?
I should stick to my promise.





Tuesday, August 02, 2011

Makan-makan dengan Arif



Once a week Arif and I will eat outside.
On his off day.
We had volcano choc cake last week.
Or was it the week before?

I lost track of time.
I hope we could make it again this week.
Iftar@12A.



Monday, August 01, 2011

Bestnya Ramadhan

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )