Sunday, August 07, 2011

9 Tips bila dapat kunci rumah untuk Len



Ini Len. Coursemates masa kat U dulu.
Sehari selepas nasib sedikit malang-tapi-mana-tahu-kot-kot-saya-akan-menang-cabutan-bertuah-kereta-baru, Len (gambar di atas) mengirimkan SMS keretanya semput di tengah jalan dan terpaksa ditunda. Sedihnya.
Kami membeli kereta pada tahun yang sama rasanya, sewaktu mula-mula bekerja dahulu. Memang dah sepatutnya kereta itu diganti, tapi dengan bayaran balik pinjaman rumah (yang mahal giler), jangankan nak beli kereta baru, nak beli Samsung Tablet 10inch (katanya launching this September) pun saya fikir 4,5 kali.

Tiba-tiba hari ini Len menelefon, "kalau tingkap rumah pecah nak ambik jugak x kunci tu?"
Whossssssssssssssshhhhh finally...
Len's house is ready. She bought a semi-d house in small town with exorbitant price.

Well, bukanlah saya pandai sangat tapi masa saya mula-mula mendapat kunci rumah dulu, memang muka saya serabut sangat sebab walaupun saya ada 12 orang adik beradik, tapi semua mereka pun ada kehidupan mereka sendiri dan saya pula kalau orang tak tanya saya takkan cakap lebih-lebih lagi kalau melibatkan wang ringgit.

To all single woman with minuscule salary just like me, do not despair, here's tips for you (cewahhhh!)

1. Read the agreement letter thoroughly.
Basic kan? Tapi korang buat tak? I did and always make sure the developer follow the agreement. If not, I insisted. Beb, abis tau semua my savings, of course I want the best.

2. Masa melaporkan kerosakan.
Mesti ada klausa dalam agreement pasal ni. Selalunya dalam tempoh 18bulan.Jiran saya rumahnya banjir selepas hujan lebat sebab atap bocor dan perparitan dalaman tersumbat. Masa tu dia dah siap buat renovation pulak tu. Retak-retak di dinding dan syiling mestilah dilaporkan. Asal ada rosak je pergilah report secara lisan. Kalau selepas 2 minggu tiada tindakan buatlah report secara bertulis, yang ni makcik saya ajar.

3. Jiran-jiran
Nak kongsi buat pagar, buat awning masa inilah bincang betul-betul. Kalau dia buat pagar konkrit walaupun sebenarnya kita tak paham apa ke pekdahnya, tapi sebagai orang yang akan kita jumpa dalam tempoh yang lama, pergilah jumpa dia dan tanya, "berapa ye saya nak bayar encik".
Kalau dia kata tak payah, lari2 masuk rumah dan buat sujud syukur, kot dia kata berapa, bayar aje dan dari situ kita tahu budi bahasa jiran kita tu. Hahahahha...


4. Yang perlu saja.
Kecuali duit turun mencurah dari langit, dengan gaji anda SENDIRI adalah KURANG CERDIK jika anda membuat pinjaman bank untuk renovate rumah. Tak payah susah-susah nak impressed others, nanti kalau tak cukup duit bukan ada orang lain nak tolong sangat pun.
Yang perlu adalah seperti ini (ikut turutan)
- panggil orang gilap tiles
- panggil wireman pasang lampu dan kipas
- panggil orang buat grille dan awning
- panggil orang buat kabinet dapur (ni kalau rumah flat je kalau rumah teres jangan buat kabinet dulu, tunggu nanti ada duit besarkan terus dapur tu - makcik saya cakap)
See... ni aje yang perlu sebenarnya. Singlekan.. kalau tidur atas lantai sebulan dua, makan maggi sekotak dua apa ada hal.


5. Perabot
Singlekan... suka hatilah nak beli kerusi oren ngan permaidani kaler merahpun. Sendiri bayar beb, apa ada hal? Tapi kalau berhasrat nak duduk dalam tempoh yang tertentu saja dan lepas itu bercadang nak berpindah ke Amerika Selatan (contohnyala kan) janganlah beli perabot yang mahal-mahal sangat. Nanti boleh buat homestay dan tak rasa ralat sangat kasi orang lain guna sofa anda yang berharga RM5500 tu. Tak gitu!


6. Security
Macam-macam ada sekarang ni. Tapi kalau budget anda memang ciput, pastikan dari luar rumah anda memang tidak nampak mewah kot tidak samalah macam anda melambai-lambai pencuri datang.


7. Simpan semua bil.
Kang tiba-tiba kena saman sebab tak bayar cukai pintu. Nak? Simpan bil dan bayar tepat pada masanya.


8. Barangan elektrik.
Takkan sejak dulu-dulu takde seterika kot, toaster ke? Pakai je lah yang mana ada dulu. Barangan elektrik yang wajib dibeli mula-mula sekali ialah PETI AIS, Fauzi Ishak cakap. You'll save on food that's why.
Benda yang tak patut dibeli dulu mengikut Norizan Adnan ialah MESIN BASUH. Baju penuh lima lemari, bilik ada 4, takkanlah ada masalah nak buat satu jadi bilik ampai baju pun. Apa ada hal?


9. Whatever it is don't cry...
I did, most of the time dulu. So did my other single friends, Zana and Yati. To be frank it wasn't easy. You might end up eating kepala ikan masin for a long time (mine was like 2 years I guess). It's so true, kawan waktu susah memang susah dicari. Be grateful if you found one or two, if you did not find any, be thankful that you still have your faith. Do not compared your life to others. Allah dah tulis rezeki kita masing-masing.
Then, bila hari hujan, and you are all alone in the big house and your tears welled up your eyes, you have no one to talk to, no credit on your phone either, no food left, your stomach just making all kind of sommersaulta, just wait until the rain stops.
Afterall the misery just like the pouring rain, lama-lama berhenti juga.

When it's over you'll be glad that you finally own a decent house. Tak kisahlah kerusi oren tapi sofanya merah pun. It yours!
Congratulation Len. Welcome to the club!

3 comments:

zino said...

segala kerosakkan perlu di lapurkan biasa nya dia org sediakan borang atau format tertentu untuk mudah di rekod dan di mabil tindakan.. kalau tak ada tulis je atas kertas se eloknya biar le bertulis .. biasa nya tempuh defect satu tahun...

Kengkawan said...

thanx pakngah
ingat x dulu andak asyik sms pakngah je.. tanya itu ini hahahha
thanx again
bila nak datang umah?

Hasina Terebuzzu said...

thanks for the tips. ada jugak yg berpikiran sama mcm saya. hehehe..