Wednesday, August 24, 2011

Bila Tiada #3

Sejak kejadian ini saya paling takut kalau ada kids yang rasa saya tidak sayang atau peduli pada mereka. Sangat percaya bila Mother Theresa cakap, The poverty of being unwanted, unloved and uncared for is the greatest poverty. Hari-hari bersembur2 saya cakap I love you, dan saya betul-betul maksudkannya.

Tapi kadang-kadang bila hangin, ishhh.. susah nak cakap.

Seperti biasa selepas Mid Year Exam, muka saya biru-biru kelabu (read: scarlet). Lepas sessi berapa-kali-saya-dah-cakap-awak-saja-tau-macamla-saya-tak-pernah-ajar-hishhhh-marahnya-saya-ni kind of thing, saya suruh mereka tulis di atas kertas kenapa mereka tidak dapat menjawab dengan baik dan cadangan untuk penambahbaikan yang harus saya lakukan. Kalau bagi peluang 36 orang bercakap, nanti saya cepat pening, kalau tulis saya boleh baca dengan tenang.

Strategi ini baca dalam satu jurnal lama dulu, dan memang sangat berkesan dalam kerjaya saya.
Mengelakkan dari syok sendiri, that's it.

Saya baca pendapat mereka satu persatu. 4,5 orang kata, mereka susah nak faham sebab saya bercakap terlalu laju (yelah.. yelah..), 6,7 orang tulis beberapa topik yang mereka sangat harap saya ulang tapi takut nak cakap sebab saya garang sangat asyik nak marah je (yelah, yelah...), 10,12 orang tulis dia memang dah cuba sehabis baik tapi masih tak bagus juga keputusan dan dia sangat sedih (saya pun) dan ada juga yang tulis "bawalah kami belajar di luar kelas, ke padang ke misalnya".

Dalam ramai-ramai tu, ada seorang je yang tulis lebih kurang beginilah, "bagilah juga perhatian pada pelajar yang tak pandai, janganlah pilih kasih".

Wohooooooooo... Konfem memang seorang saja yang tulis macam tu. Walaupun mereka tak tulis nama (dalam journal kata kalau x payah tulis nama pelajar akan lebih terbuka dan jujur menulis), tapi saya kenal sangat tulisan tu.
While I copied down their ideas and request in a small 555 book and ticked when I've cover it, I never want to admit (even to myself) I've been unfair to one of them. I think I hide the paper, sebab sangat malu (dengan diri sendiri)

I went straight to him and apologized profusely.

From then on, rasanya kalau terserempak dengan dia di mana-mana saya pasti menegur dia dulu dan sewaktu belajar saya pasti akan pergi ke mejanya dan menyemak latihannya secara lisan jika sempat dan menunjal bahunya kalau salah.

Dia sangat-sangat pendiam. Tidak suka bertanyapun sebab itulah saya dengan kejamnya telah membuatkan dia rasa tak dipedulikan, padahal dia duduk di kerusi paling hadapan. Bertubuh kecil dan berambut kerinting, suaranya sangat perlahan dan dia lebih banyak tersenyum dari bercakap.


Di mata saya dia comel. Lagi comel bila dia sedikit malu-malu bila saya jerit panggil nama dia kalau saya nampak dia di mana-mana. Oh, dia tak balas pun, cuma tersenyum dan angkat tangan saja. Sangat comel.

Hari ini, saya bersama 4 orang pelajar lelaki, Acoi, Ajie, Ojie dan Zul ke rumahnya selepas habis waktu kerja. Selalunya saya suka membawa pelajar perempuan tapi hari ni saya sedikit sibuk dan bila saya habis bekerja 4 orang ini sajalah yang masih belum pulang ke rumah lagi. Kami berjumpa dan berbual dengan ibu dan bapanya tentang dia.

" Dia ni lah anak makcik yang paling senang nak jaga. Dari kecik tak pernah banyak ragam. Suruh sembahyang, mengaji ke, tak pernah membantah" emak dia cakap. Saya percaya.

"Dia ni sembahyang tak tinggal. Puasa pun tak pernah tinggal, takda buat perangai apapun, cuma yang satu tu jelah" ayah dia cakap. Saya percaya.

Saya pun rasa dia baik. Saya kenal dia masa berumur 13 tahun, 3 tahun lalu. Sekarang umurnya 15tahun.

"Belum cukup lagi ye?" ayah dia tanya emak dia.
"Belum... bulan 9 ni baru cukup 15 tahun", emak dia cakap, matanya semakin merah.

Kalaulah dia tak berlumba motosikal di jalan yang tidak berlampu malam semalam, mungkin dia tidak akan terlibat dalam kemalangan. Kalaulah dia tidak terlibat dalam kemalangan mungkin dia sempat untuk menyambut harijadinya yang ke 15, 25, 35, 45 dan insyaAllah 55 tahun.

"Dah janjiNya macam tu ye makcik" pandai-pandai je saya cakap.
Padahal dalam hati, ralatnya...

Selepas ini saya tak dapat lagi jerit "Aziiiiiiiz, I love you".
Dan Abdul Aziz Abdul Rahman tidak akan lagi angkat tangan pada saya sambil tersenyum malu-malu.


Al-fatihah.


4 comments:

zino said...

al fatihah....

Kengkawan said...

alfatihah

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kesiannya.. moga dia lebih tenang di sana. Al-Fatihah.

Kengkawan said...

ermmm insyaAllah MM