Sunday, August 21, 2011

Blooms!

Cita-cita memanglah nak halaman yang penuh bunga cenggini.. Ini masa kat Beijing, lama dulu.
Saya suka pokok Alamanda, baunya harum tapi dia kembang sekerat hari je. Kebetulan tadi saya balik ke 12A pukul 12.10 tengah-hari.. Dah nak kuncup pun... Rama-rama yang rajin datang pun dah balik. Selalunya sangat banyak rama-rama, sebab tu saya tak suka tidur semula selepas Subuh, rugi. Waktu pagi, paling cantikla nak tengok bunga-bungaan, di 12A.
Pokok yang berbunga ungu ni selalunya saya trim elok-elok. Tapi sejak hari hujan selalu, tak sempat saya nak trim (alasan) jadi sedikit melonjak tinggi la dia. Saya rasa warni dia sangat cantik.
Ni pokok Tiger Lily. jarang dia berbunga sungguh2 macam ni. Kembang hati saya tengok dia berbunga.

Sekian

No comments: