Friday, August 19, 2011

Dia dah puasa sekarang

Orang kata birds of feather flock together. Tapi kadang-kadang tak juga, mungkin opposite attract itu lebih kuat kot. Atau semua itu berpunca daripada curiosity yang menebal di pihak saya.


Kehidupannya sangat sosial. Sangat sangat. Sosial pun dah understatement sebenarnya. Tapi sebab dia kawan saya, menjadi tanggungjawab saya menyimpan aibnya, sebagaimana dia sentiasa menjaga aib saya juga.

"wah.. terernya bulan posa pun larat g cruise?"ini rasanya soalan 10 tahun yang lalu.
"eh... i tak posa la, nak enjoy" came his reply.

Dia jujur. Sangat sangat. Kalau dia cakap saya memang akan percaya. Seingat saya, tak pernah lagi saya ditipu. Walaupun tipu sunat (mana ada..). Saya memang allergic pada penipu.

Masa dulu-dulu, saya nesihat juga sikit-sikit. Then selepas 3,4 tahun, kehidupannya masih lagi macam itu, saya berhenti. Saya rasa cukup kot.

Kenkadang, diluar kesedaran saya, saya selalu sebut dalam doa semoga Allah bukakan hati dia masuk "Islam".

Beberapa hari lepas, saya menelefonnya bertanya khabar. Katanya dia sedang menguruskan sesuatu. Sesuatu itu memerlukan gerakan fizikal yang kuat kalau saya mesti terpeleot punya.

"Tak penat ke? Eh tapi u x puasa kan?" cehhh sungguh tidak berinsurans mulutku.
"eh.. puasa la. Ala.. bukan teruk mana pun". He slightly annoyed.
"Huyoo Encik ________ (isi tempat kosong) sudah masuk Islam sekarang. Hebat" Saya ketawa.

Dia tidak. Saya rasa dia sangat jengkel.
Sehari dua ini saya asyik memikirkan bagaimanakah cara untuk meminta maaf tapi tak obvious sangat.

No comments: