Wednesday, August 03, 2011

Katakanlah tak bodoh sangat

Saya keluar rumah pagi tadi sewaktu tv3 menyiarkan bingkisan tentang Hotspring, Sg Kelah. To be precise masa tu PR dia tengah cakap sesuatu. Saya ingat sbb masa tu saya sms Arif.

Seperti biasa saya selepas buka kunci pagar, saya memasukkan sampah ke dalam tong sampah merah bertutup hitam (sebab tutup asalnya dah hilang). Lepas kunci pagar, saya memandu perlahan sebab jiran rumah corner lot yang biasanya bawa kereta hijau hari ini bawa kereta lain warna maroon.

Rupanya di depan kereta itu ada sebuah lagi kereta warna hitam, sedang berhenti di satu lagi simpang. Patutlah lambat. Saya melambai tangan apabila melihat Kak Tadika (nama x tau) yang baruk nak masuk ke kereta kancilnya.

Cuaca baik. Jalan pun tidak sibuk sewaktu saya masuk ke jalan besar. Saya berhenti di lampu isyarat sambil mendengar berita di Radio Perakfm. Selalunya saya dengar saluran lain. Bila lampu bertukar hijau saya membuat pusingan U.

Tiba-tiba, macam tak berapa percaya pun ada, sebuah motor dari arah bertentangan menghentam kereta-cap-ayam saya.

"Whuooooooooooooooshhhhhhhhhhh". Jangan tanya perasaan saya.

Saya berhenti di tepi jalan. Budak itu mengangkat motornya, dan nasib baik kederaan dari arah lain tak melanggarnya pula. Dua buah kereta lain turut berhenti. Sebuah kereta kancil merah dan sebuah lagi pemandunya berambut panjang. Mereka jiran2 saya di 12A.

Me: nak citer sini ke pegi balai
Boy: sini je kak, jangan g balai kak, teruk saya.
Me: Ko tau x ko bawak motor tu salah jalan.
Boy: tau. nak cepat kak, nak pergi sekolah.
Me: Weh.. umur berapa ni?
Boy: 17
Me: Sekolah mender pakai baju gini?
Boy: Saya baru balik kak. Saya keje part time kat situ (sambil tunjuk ke arah restoran tempat bas berhenti)
Me : tengok lesen
Boy: saya xder lesen kak.
Me : So sekarang, sapa nak bayar kereta akak yang kemik-kemik ni?
Boy: (diam - muka blur)
Me: Heh bayar la.. sekarang berapa ko ada, bayar dulu
Boy: (sambil keluar wallet yang kosong) saya tak ada duit kak. Saya keje partime je kat situ. Ni pun saya pinjam....

(At this time saya mintak dua orang yang berhenti tu balik sebab as i put it, "takde apa2 kot")

Me: Kasi ko punya ic.
Boy: (keluar dan kasi, saya baca sambil yakinkan diri saya tak bermimpi)
Me: You still have to payla, kemik2 ni. Mak ko keje apa?
Boy: Dah meninggal kak.
Me: Ayah?
Boy: bawak lori
Me : Adik ada?
Boy: Ada, tingkatan tiga.

Pas tu saya maki budak tu kaw-kaw. Itu tindakan refleks. Saya sangat marah. Tapi budak tu diam dan a bit trembling.

Me: Ko nak g mana pas ni?
Boy: g sekolah kak.
Me: Tak yah g skolah. Ambik duit ni g klinik. Check kot patah ke apa.
Boy: (ambik tapi tak cakap apa-apa)
Me: Boleh tak kita habis kat sini je? (saya hulurkan tangan)
Boy: (mengangguk dan cium tangan saya)
Me: Ko posa tak hari ni?
Boy: Posa kak
Me: Sapa nama tadi?
Boy: ----- kak.
Me: Belajar rajin2 ye. Bye

_______________________________

"You did what?" asked Jie when I called him once I reached my workplace.
"Berapa you bagi dia?" Jie tanya lagi dan mengucap panjang bila saya sebut.
"I tau I salah, tapi I kesian", I defiantly thinking otherwise.
"Ok if you say so, orang biar dia rasa. Macam ni senangla, langgar kereta orang dapat duit". Jie cakap panjang2. Ada lagi tapi saya sensor.

Then I called Acho.
Kena marah lagi.
Itu pun saya tak cerita habis dengan Acho. Kalau tak lagi panjang kot.
Dia suruh buat report. Dia cakap kalau budak tu jadi apa2 ke, buat statement lain ke lagi susah.
Jadi pukul 11 pagi saya bergerak ke Balai Polis dan membuat report.

Pegawai Polis: Ingat tak nombor plat?
Me: tak ingat encik
Pegawai Polis: motor jenis apa?
Me: Honda kot, tp saya tak tau jenis apa

Saya beritahu polis tu budak tu umur 17 dan saya tengok kad pengenalan dia. Tapi entah kenapa saya lupa nama dia. Serius punya lupa.

Bila polis tanya keaadaan budak tu dan motornya pun saya tak boleh nak terangkan. Saya betul-betul tak ingat. Saya tak tipu. Selalunya saya sangat observant.

"Tuan, sebenarnya saya kasi dia duit suruh pergi klinik. Kawan saya kata tu tindakan bodoh. Tapi saya kesian sebab bila saya suruh dia bayar beg duitnya kosong. Saya kerja cikgu tuan. Anak murid saya pun sebaya budak tu juga. Saya cara saya tu tak betul, tapi saya risau dia sakit ke apa. Saya report ni pun cuma tak nak ada legal action di kemudian hari je", saya cakap.

Masa muda2 saya suka baca buku John Grisham. bukunya kisah peguam dan kes-kes mahkamah. Jadi bila Sarjan tu pandang muka saya sewaktu saya cakap hal tu, satu je perkataan yang Grisham akan gunakan.

Disbelief.

Jie was right. What I did was totally Buduhs.
To forget the ic number and all the relevant particular is stupider.

But..
Didn't I said to end everything?
I should stick to my promise.





No comments: