Friday, August 26, 2011

Kenangan di hari tua.

Last day before long raya break. After assembly, the kids lined up to salam with all the teachers. *smirk*

taken from here

Went to see all the kids under my charge at their classroom this morning. That is my yearly routine before raya break. Orang kata patutnya yang muda kena minta maaf dengan yang tua, tapi bagi saya yang banyak dosa tu (saya la tu) harus rendahkan hati minta maaf dengan budak-budak ni.

Had class on the first period. Then tawaf d whole block to take attendance. Sangat tedious. In between a few kids stopped me and salam.

Dalam ramai-ramai tu ada dua orang yang sangat membuatkan saya tersentuh.

Seorang tu.. waaaaaaaaaaaa sangatla suka melawan, 2,3 tahun dulu. Lepas tu bila ditegur mesti sentap. Sebab saya pun tidak suka dan takde pasalnya nak memujuk jadi sampai sudahla dia sentap. Budak-budak... saya malas nak ambil pot sangat. Tahun lepas saya tidak mengajar dia, tahun ni pun tidak, dan saya pun jarang bertemu dengannya.

Sewaktu saya sedang mengetuk pintu kelas satu persatu, dia mengejar saya dan cakap (dengan suara yang kuat macam dulu), "Ce* saya nak mintak maaf sebab dulu2 saya selalu melawan dan sakitkan hati teacher".

"Ha? saya dah lupa pun." saya terus peluk dia, dan cakap dia tak pernah sakit kan hati saya. tak pernah langsung, which is true, sebab saya tak pernah ambil hati pun.

Saya rasa teori saya ni betul, bila umur 16tahun, barulah budak-budak ni faham amende yang kita cakap dengan dia 2,3 tahun dulu. Kot dia melawan, keraskan je hati, biarje lah... No hard feelings. Bila datang akalnya, dia sedar juga yang mana baik dan buruk. Kesungguhannya tu membuatkan saya rasa betul-betul dihargai.

Yang kedua seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun. Dia sangattttttttt suka ponteng kelas. Mula-mula saya cari, rabak poket saya asyik tukar kasut je. Mulai bulan Julai 2011 saya tak cari lagi kalau dia ponteng. Dulu dia suka menyorok jauh-jauh, jenuh saya pusing nak cari, sejak akhir-akhir ni dia cuma duduk di kelas kosong bersebelahan dengan kelasnya saja. Kadang-kadang dia saja buat bunyi supaya saya tau kot, tapi saya buat tak peduli saja. Saya sayang kasut saya hahhaha

Tahun lepas, bila saya edarkan kertas latihan, dia mesti bising cakap dia tak nak buat, membazirla dan macam-macam alasan. Kadang-kadang dia pura-pura tidur supaya tidak payah membuat latihan. Saya paksa dia bayar RM1 kalau dia hantar kertas kosong. Dia kata saya lintah darat, cekik darah dan macam-macamlah. Telinga saya telinga kuali, langsung tak berbekas. Banyak juga collection saya dapat yang dilaburkan dengan memphotostat lebih banyak worksheets. Lama-lama dia penat dan tulislah entah apa-apa. Saya tak kisah janji tak kosong lagi. Sejak bulan Julai 2011, saya dah malas nak memikir. Saya tampal setiap worksheet di papan kenyataan.

Masa mula-mula tampal, markahnya 0 (kosong).
"apaaaaaaaa niiiiii" dia komplen.
Kali kedua tampal, markahnya meningkat sedikit.
"Wohooo kau hebat!" saya tepuk bahu dia. "Well... u know me.." dia cakap ngan eksen.
Kali ketiga dia LULUS. I literally ran to his class and beamed, "ko hebat giler sehhh".
"ya sangatla teacher tu" dia tak percaya, kawan-kawannya pun macam tak percaya juga. Saya pun tak berapa percaya, dan saya semak 2 kali.

Tapi lepas tu dia ponteng juga kelas. Malas dah saya nak marah-marah. Saya buat tak tau saja.

pagi ini dia menunggu saya habis kelas, baru sempat berjumpa.

"Saya tak nak duit ni teacher" tahun lepas elok je dia ambik duit raya yang tak seberapa dari saya, tahun ni dia tak nak pulak.

"tapi I kasi kat smer anak murid, ambikla... kecik hati I" saya bergurau. Dia tak ketawa, tak lawak sangat kot.

"saya tak nak teacher, teacher ambil la balik" dia cakap lagi.

"Tahun ni awak ambil la duit raya, next year awak plak kasi saya heheheh" cehhh sah.. memang lawak saya tak kelakar. Dia tak ketawa pun.

Instead, sambil memandang ke bawah dia cakap
"teacher saya mintak maaf sebab bila teacher panggil saya lari-lari. Saya selalu ponteng kelas, saya mintak maaf tau teacher. Saya sayangkan teacher. Kalau saya dah berjaya nanti saya takkan lupakan teacher sampai bila-bila. Saya nak buat betul-betul paper teacher masa exam nanti. Mintak maaf ye teacher".

Saya tak balas pun. Cuma capai fail dan pergi ke staffroom.
Giler... habislah dia tak suspect (respect) saya lagi kalau dia nampak saya menangis.



No comments: