Saturday, August 13, 2011

Kuih 1: Mini Popiah Gerenti Jadi

Lama dulu, kalau buat popiah sayur saya akan hiris sayur halus-halus. Bila anak-anak sedara dah ramai (ye korang la tu) mereka tak suka makan sayur dan tak habiskan popia tu. Kecik hati Mak Andak dia tau..

So I came out with this mini version of popiah when my first niece stayed at #18 masa mak dia dalam pantang (ko le tu Long, sapa lagi my first niece kan). So far diorang saaaaaaangat suka. My bro pun makan xder komplen apa..


Ini fillingnya. Saya guna mixed vege sebab colourful, taruk ayam sebagai rencah dan tumis dengan sedikit minyak dan 2 sudu ayo. Perasa ikut suka, saya cuma taruk sesudu kecil garam untuk 250gm mixed vege.
Cara membuatnya. Letak popia skin saiz 5"x5 (ada tulis kat wrapper tu x payah sukat pakai pembaris ke hapa ye) dan sudukan filling ikut suka. Ini versi tipu, selalunya saya taruk filling sikit je sebab lagi crunchy kot.
pas tu lipat..
dan gulung. Senangkan? Yang hujung tu nak kasi dia ok, sapukan air supaya melekat dan tak terbuka bila digoreng nanti.

Pas tu susun dalam container. Saya suka saiz container gini, sebab yang ni je ada kat 12A hahahha (ook sorry tak kelakar.. opps). Pas tu simpan dalm fridge. Bila nak makan barulah goreng.

Sangat senangla. Mixed vege tu harganya dalm Rm2 kot, popia skin tu RM2.50 sepeket. Satu peket ada 50pcs.

Masa memasak filling tu tak sampai pun 5 minit. Gulung popia tu saya buat dalam stgh jam, itupun sebab saya memang lemah gemalai bila buat keje dapur. Orang lain buat sekejap je kot.

Cuba lah ye.


No comments: