Sunday, August 14, 2011

Kuih 2: Samosa tak berapa nak jadi

"Eh beli sajalah kan ada jual yang frozen?" Baby cakap when I told her about my mom.
Nampak sangat Baby tak pernah beli frozen food.
Ke saya yang sangat tradisional?
While I don't mind buying makan omputeh frozen (e.g meatball, nuggets, wedges bla bla),
Saya rasa sangat mengada-mengada kalau beli makanan Malaysia frozen dan dimakan pula di Malaysia... wehhh apa kelas?
Kalau bawak pergi obersea saya tak kisah sangat.

Ok, enough about Baby.
Kuih ni tak original sangat.
Mula-mula makan masa pergi Penang last April (was it April?)
Rasa macam boleh kot kalau buat sendiri.

Bahan-bahannya cuma kentang, serbuk kari dan kulit popiah.
Tapi sebab kentang takde kat rumah jadi pukul 10 pagi semalam saya ke Pekan Slim River.
Beli kentang sepuluh biji dan dua bungkus serbuk kari cap motokar di Kedai sebelah Tabung Haji.
Cuma RM2.20 je.

Lepas tu beli popiah skin kat Pasar Mini. saiz besar. perghhhh cekik darah RM4.20 for 50 pcs.
Saya beli jugakla sebab kat situ je ada.

"Apsal nampak letih sangat ni?" tegur penjual suratkhabar kegemaran saya, tapi saya tak tau namanya. Saya ketawa saja.

Maunye tak letih. Bila saya calculate dalam kepala lepas tengok popiah skin tu, saya rasa tak cukup kentang sepuluh biji. Jadi saya patah balik ke kedai yang tadi dan beli lagi kentang. kali ni sekilo. Pekerja-pekerja tu pun tegur, biasalah regular customer kot.


Ni lah dia fillingnya. Macam inti karipap je. Agaknya ada resepi lain tapi sebab saya tak tau, saya buat yang macam saya tau je. Rencahnya ayam, sebab takder yang lain. Guna sebungkus je serbuk kari dan 14 biji kentang yang kecil2 je.
Ari tu saya buat tak jadi bentu triangle. Memula saya try lipat kat kertas dulu. Try punya try baru la came out this idea nak cut the skin into half.
Then fold it
Final product.
Saya suka saiz kecik2.
Sebungkus tu menghasilkan 100pcs.
Sangaaaaaaaat banyak.
Do your maths
RM4.20 (popiah skin)+0.50(curry powder)+Rm3.00 (potatoes)
=0.077 sen each.
Masa nak membuatnya bukan lama sangat pun.
Kalau lama-lama sangat memang Norizan Adnan takkan buat.
Sebab ada sikit lagi fillingnya,
saya bancuh doh dan buat karipap.
Tak berapa cantik. I know.
Sebab tu saya ambik gambar gelap2.


Sekian sajalah persembahan saya.
Besok pagi-pagi saya nak hantar ke fridge #18.
Harap-harap mak saya tak susah hati lagi lepas ni.

2 comments:

The Stranger said...

hehehe..comel laa samosa teacher..
ekyn buat samosa besaq gila..hehehe

Kengkawan said...

ekin, kot kerat into half popia skin tu, mmg besar tu je dpt pun.. hehe