Saturday, August 27, 2011

Masih mencari...

Bila pagi tadi tengok langit cerah, terus saya bad mood.
Sampai tengah hari cuaca sangat nyaman, lagi saya bad mood.
Semalam saya dan Arif berbuka di Trolak Country Resort.
Kitaorang makan gulai kawah (my fav), daging bakar cicah air asam, kerabu perut dan jantung pisang cicah tempoyak. Lepas tu makan pula semangkuk laksa.
Tak puas hati lagi tu, I had pickles, fruit salad and kuih ketayap.

Rasa macam nak pecah perut.
Bila perut penuh, mata pun tak pasal-pasal susah nak celik. Walaupun dah kunci jam pukul 3.30a.m, dua jam kemudian barulah saya bangun.

Tak berkualiti betul Ramadhan saya:(
Jangan-jangan saya tak capai pun piawaian yang sepatutnya.

Masih dalam bad mood, saya cuba siapkan homework Anjang.
Bagus kakak saya ni. Dia sambung belajar, saya dan Baby kena tolong dia siapkan assignment.
Sedar-sedar saya tertidur, hanya terjaga bila Arif talipon.

Adik bongsu saya ini mahu membeli baju raya sendiri, padahal ada 4,5 helai baju dia yang saya belikan dan masih belum dipakai pun. Sebab susah nak cari saiz dia, asal jumpa habis saya borong.

Kami ke Teluk Intan. Dari satu shopping complex ke satu shopping complex (ada 3 je pun) semua pun Arif x berkenan dan yang dia berkenan memang xder saiz.

Last-last kami beli barang dapur saja. 2 ekor ayam, dua batang halia, satu ikat sawi, satu paket cili merah, 3 biji buah kiwi, 3 biji buah lemon, 15 biji buah oren, satu pek anggur dan 5kg beras basmathi. Untuk berbuka puasa kami beli 2liter ayo oren Marigold dan sebungkus kinder bueno.

Magiknya, masa nak berbuka boleh kita orang tak jumpa kinder bueno tu. Saja tau..
Jadi kami singgah ke Restoran Sutera Bayu. We ordered butter prawn, tomyam, chicken fillet in ginger sauce and spicy chicken. Large portion, enough for four pax, very reasonable price.

Then we speed home.
Ada lagi 2 malam sebelum berakhir Ramadhan.

2 comments:

cHeRyNa PiReS said...

lama tak datang sini...windu sangat! masih posting bulan puasa di bulan Ogos ye...sorry Sha pon bz jugak. selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin:)

Kengkawan said...

hi sha..
windu sha jugak hahah