Wednesday, September 28, 2011

Apsal Tabung Haji x panggil saya pun?


Saya nak sangat g Mekah sejak berumur 8 tahun.
Masa tu ada wayang penerangan yang guna layar putih besor tu datang.
Kemain lagi saya dan adik beradik pergi tengok malam-malam tu.

Balik rumah saya cakap ngan ayah saya.
"Dua rengget je nak g Mekah".
Ayah saya ketawa, mak saya jegil mata.
Saya nak nangis. Apsal diorang tak caya saya cakap?
Banyak kali saya tengok kat wayang tu dia ulang-ulang cakap, "Cuma DUA RINGGIT saja".

Besoknya orang Tabung Haji datang ke sekolah.
Ayah saya kasi dua rengget. Saya pun register.
Rupanya du rengget tu untuk register je.
Sampai sekarang tak pergi haji pun.

30 tahun kemudian, ayah saya dah pun meninggal dunia.
Tahun ni saya pun tanya soalan yang sama,
soalan kecik hati.

Me:Apsal Tabung Haji tak panggil, patutnya tahun ni. X Acila..
Uda: Ko register bila?
Me: Lepas balik umrah itu hari.
Uda: Turn ko tahun 20** la.. memandai je..
Me: ye ker? orang ingat tahun ni.
Uda: 20**... (suara malas nak layan).

Orang cakap, kalau kita nak sangat Allah akan mudahkan jalan.
Saya tak kaya macam SitiNurhaliza, jadi saya sangat harap bila turn saya sampai,
janganla Tabung Haji skipped nama saya pulak.

Sekian, selamat menunaikan haji kepada semua jemaah.
Kenang daku dalam doamu ye!

Mood berangin-angin

Bosan betul kalau tak dipedulikan. hmmpshhh.
Jadi pagi tadi saya tanya kat the kids who skipped my class on Monday.

Me: Napa tak datang? Kecik hati saya tau..
A: Lerrr kata hari Khamis...
Me: Buat intensifla, Isnin dan Khamis, dah pesan kan..
B: Mana nak tau. Takde sapa cakap pun.
Linda: Wehhhhhhhhhhhhh jangan nak tipu, saya dah cakap dah Ce*
Me: Tu, Linda cakap dah cakap... sampai hati awak..
A: Dia tipu Ce*, mana ada cakap.

The mana-ada-ehakudahcakapye-ehmanaada-ehada-koberlakondepanCe*kan- kind of things went on for few minutes. Budak-budak macam tu la.

Jadi hari ini, kebanyakan mereka tak keluar waktu rehat, sebab kerja tak siap. Kami makan beberapa biji muffin yang saya buat semalam sebab Arif datang ke 12A.

Diorang cakap sedap. Biasalah budak-budak ambik hati.
"Oh ye ke? Besok I masak lagi tau, untuk budak2 extra class tu. Harap-harap diorang pun suka nanti" saya cakap sambil berharap diorang akan sampaikan pada bebudak tu. Sangat-sangat berharap.
Sekejap tadi saya masak blueberry muffin. Bebudak suka yang colourful, jadi saya campakkan bertih gula berwarna-warni tu,
Sempat saya menghabiskan satu. Macam ok kot. Makan ngan ayo nescafe, memang cekodok pun jadi sedap.

Sengaja saya taruk dalam cawan kertas bintang-bintang.
Harapan saya pun setinggi bintang-bintang tu jugak..

Tuesday, September 27, 2011

K Pop tu apa?


Masa kat sekolah dulu saya and the gang, gila habis kat NKOTB. Siap boleh nyanyila, dance move pun tiru jugak, tapi x berapa menjadi.
Sebenarnya nyanyi pun x berapa nak kena pitchingnya, tapi belasah je, janji ada bunyi sikit-sikit cukupla.


Masa kat uni, dah zaman hindustan plak dah. Siap hafal jugak lagunya. Ada lak tu tulis dalam roman. Belasah je.

Pas tu dah masuk IndoSongsFever. Start ngan Sheila on 7 la kot. Yang ni senang sket nak nyanyi. Biarla tersumbang pun...

Tetiba sekarang KPop tengah meletup-letup.
Drama korea pun meletup sekali.
Sebenarnya kan, saya x paham apa yang best, sebab errr saya rasa band boy dia macam tak berapa nak manly sangat.
Itu ajela..
Tak paham saya napa orang sanggup berhabis duit g konsert yang mahal tu hahhah


sekian. jangan marah ye

whether r never

Semalam saya buat extra class for 13 selected students. 3 orang je datang.
"Takkan kitaorang je Ce*?" asked Aindatul.
"Ok apa, x rasa ke kita ni macam belajar kat U?" saya tanya diorang balik, sambil makan 3 biji epal, yang sepatutnya diberi pada kanak-kanak yang sepatutnya datang tapi diorang tak mau datang jadi terpaksa saya makan lebih.. Benci betul!

Kelas seterusnya ialah Khamis ni, saya rasa saya akan bawak cupcakes, harap-haraplah diorang datang semua, kalau tak gemuk la saya nanti.

Pagi tadi ada kelas.
Dah hujung-hujung ni, buat short test la yang paling bagus.
"Kenapa kami x dapat pun paper?" asked a boy who should remain nameless after he spent around 15 minutes bersembang ngan kawan-kawan dia.
"Sebab awak tak nak buat pun, kan?" Ada jeda di situ.
Saya sangat berharap dia cakap, "ehhh... mestilah nak buat kan dah nak exam ni" kind of thing.

Instead, diorang sambung bersembang semula.
Kalaulah hati tu macam buah badam, hati saya misti macam badam kisar yang kalau dicantumkan semula pun tak mungkin boleh inti dalam biskut almond london.

Seploh minit kemudian Hafizi approached me, "Ce* saya nak buat, kasi paper boleh?".
Hushhh... tiba-tiba hati saya kembang sikit macam almond nips.

Cuma setakat itu sajalah.
Saya pujuk hati sendiri, dari 12 orang, cuma 5 orang saja yang tak mahu buat latihan. Mana tahu yang lagi 6 orang tu akan dapat flying colours nanti.

Tapi saya tetap sedeyyyy...
Kalau suara saya sedap, macam Beyonce,
misti saya nyanyi lagu di bawah ni.


Monday, September 26, 2011

exam fever (rasanya la)

Orang peduli ke kalau saya kata saya sedikit busy this week?
Macam tak je kan.
PMR lagi x berapa hari, therefore, janganlah ada orang yang gedik nak buat lawak, misti saya hangin jam-jam itu jugak.

Tak, saya tak ambik PMR.
The kids do.
Most of my free time, duk melayan diorang.
Cecekgu lain pun begitu jugak.

Hari Selasa ada extra class, all the boys were absent.
On Wednesday I warned them," kalau dapat markah lebih rendah dari orang lain, SIAP eh!". Pas tu ada short test.

Hari Khamis cuti sakit.
Hari Jumaat ada sorang tu tanya, sakit betul-betul ke saja-saja?
Sangat bangang itu orang. Free je kena maki di pagi Jumaat.
Btw sijil cuti sakit tu saya dapat dari hospital gomen.
Takla, saya tak cakap ngan dia macam tu, saya cuma cakap, "cubalah jangan buat dosa" dan kasi dia pandangan ko-nak-kena-terajang-cakap-la-lagi.
Told u, this is not the right time nak buat lawak.

Friday was quite hectic, cover keje hari Khamis.
Slept @#18. Macam best.

Kinda naik hangin on Saturday morning coz a fren yang janji nak g to another fren's open house, giving such a crap nak mengenselkan dirinya.

"kan kita dah janji ngan dia, xper ke? " saya tanya.

Jawapannya betul-betul membuatkan saya rasa nak pangkah dia seumur hidup. Atau mungkinkah ketensionan bebudak nak exam membuatkan saya pun cepat sangat naik hangin.


Glad Baby could spend some time to accompany me. Glad Jie give d accurate directions.
Glad I attend d open house, coz the host, already tapau some of my favourite cookies beforehand. Dah 20tahun x jumpa! but she still knows my fav. Sangat terharu la..Agaknya kalau saya x datang, mahu kot dia pangkah saya seumur hidup jugak.

Had gathering with Adnan's clan at night, (wunnerful!!!)then slept at Baby's crib.

So today, we had Arabian food for lunch (I had lamb kabsah.. Abby- Chicken Kabsah and Mas had something to do with lamb but much more expensive than ours Yummy!!). Then, headed to a bakery shop, bought plenty of things I could live without!. After that, accompany Mas, Abby's housemate to buy lamps at Nilai3. While waiting for her, again I bought many things I could live without which didn't come cheap. *sigh*

Before went home, had dinner with Along at Shah Alam.
It was 11.10p.m when I finally switched on 12A kitchen lamp.
Not to cook.. I m on diet (ye sangatla tu)..

Cuma menyusun segala datuk nenek yang saya beli hari ni, sambil-sambil tu saya memarahi diri sendiri, kenapala saya beli dua set pinggan mangkuk Claytan satu bunga kecik2 kaler lilac, satu lagi bunga warna oren padahal sebenarnya saya nak beli yang corak bunga sepit udang je, tapi dah habis.

Blame it on exam fever!

Monday, September 19, 2011

Magical Monday

Nak amik gambar, tapi bateri kamera conked out.
Monday always such a hectic day for me.
Someone asked me this morning, "hey we haven't speak much these day eh?"
I think it was kind of rude when I mumbled back, "sure does, have to rush for class seh".

The thing is, apa saja la nak disembangkan?
Especially on Monday.
HONESTLY, talk shop was never my forte.
So tired to talk-talk la..
May be that's d reason why haven't receive any gift from anyone, in the past couple of month.
Macam sedeyy je.

Then tiba-tiba Feza kasi sepasang brooch yang comel dan cantik. Serious tak pernah tengok pattern ni sebelum ni. Alkisahnya, last week, we were talking about something when I realized I was being rude.

Me: Eh awak perasan x norizan adnan macam kurang sopan bercakap tapi tak pandang muka awak?
Feza: x perla...
Me: Ni semua salah brooch awak, cantik sangat, sampai kita tak boleh nak tengok muka awak.
Feza: ye ke? hehhehe

Dan pagi ni dia hadiahkan saya sepasang, yang sebijik macam brooch dia yang saya suka sangat tu.


Magic eh?


Sunday, September 18, 2011

Longkang punya cerita

How many people were nostalgic about longkang (drain)?
Ce angkat tangan.. Ada ke?

Hujan lebat petang tadi dan saya pun mengambil kesempatan mencuci longkang.
Dah bertahun saya nak beli getah paip tu so that I could clean the drain more often tapi tiap kali lalu depan kedai hardware lidah saya kelu. Cess!!

Sambil saya berhempas pulas mencuci longkang ketika hujan lebat tu, I was thinking, what would Makcik say if she saw the state of 12A drains?

Makcik was our house owner in my uni year and her own house is within walking distance from ours, so sangat rajinla dia datang. Baik hati Makcik ni, kalau kita komplen apa-apa cepat je dia datang.

Satu hari longkang tersumbat. Makcik datang, entah.. bawak plumber kot, saya jarang ada kat rumah, jadi tak tau la cerita sangat. Elok kejap kot, pas tu tersumbat lagi, dan lagi dan lagi...

Last2 Makcik tu je la yang datang dan cuci longkang. Masa Makcik tu buat housemates saya tolongla. Saya? Tolong tengok je.

Then, pas tu saya pulak take over keje Makcik tu. Saya tension kalau longkang tersumbat. Lagipun saya tension sebab lepas Subuh takder citer best-best kat tv. Housemates saya lak kebanyakannya pesen sembahyang Subuh awal-awal dan pas tu tidur. Jadi saya takder kawan nak berbual, saya pun cuci la longkang.

Saya pilih awal pagi cuci longkang sebab boleh keluar pakai singlet ngan seluar pendek (sangat tak beriman). Saya bukan ada banyak baju, karang kotor, bukan ada baju ganti pun. Besides, waktu pagi bukan ada orang nampak.

Kecuali Makcik.
Satu pagi dia datang. Tak ingatlah apa halnya. Then dia balik, Saya memang tak peramah, tak pelawa pun Makcik minum kopi ke apa.

Makcik tu tak cakap apa-apa pun ngan saya, dia cuma bercakap dengan kawan-kawan saya je. Diorang kata (kalau diorang tipu, maka yang baca blog ni pun kena tipu la jugak), dia puji melambung la kat saya, sikit-sikit sebut nama saya, sikit2 nama saya lagi, diorang la kata.

Tapi takat itu je la. bila dia pilih menantu, dia pilih kawan saya.
Hahahahha... eh xder kena mengena.

Tu la, dalam hujan lebat tu, teringat plak ngan Makcik, sihat ke dia. Kalau dia tengok longkang 12A sebelum dicuci tadi, mesti dia nyesal sebab puji saya beria-ia 12 tahun dulu.




Saturday, September 17, 2011

Hari bersama mereka.

Spend d whole morning with anak-anak sedara, having breakfast@Canal Garden, doing pilate@Taman Tasik Shah Alam and later having brunch @KFC Sri Muda.

Let just say, saya memang takder kerja.
Nik masak beria-ia because my bro-in-law colleagues coming for raya feast. She prepared laksa, roti jala dan Anjang kasi jagung rebus. Prior to that, Nadia's friends coming so Nik served prawn and crab balls. Yummy!

At 6.00 we went to Yus house. Didn't eat much, because my bro-in-law had to join door-to-door raya visit, which he don't want to miss.

I went straight home.
10.30p.m baru sampai kat 12A. Ohh ada khemah kat lorong ni, so terpaksa ikut jalan lain.
Sana sini orang buat open house kan.

Rumah saya xder buat open house. Tapi datangla, kalau nampak pintu depan terbuka, maksudnya saya ada dan bersedia menerima tetamu.

Sila la..

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia ke-54

Tahun ni spesel sket.
For the first time, we celebrated National Day on Sept 16, instead of August 31, sekali harung ngan Malaysia. Sebab musabab sambutan ini dah ditulis dengan banyaknya di akhbar. Bacalah, ini pun satu daripada peristiwa bersejarah negara. Kalau ditulis macam redundant pulak..

Izati, Izlan dan saya subuh-subuh sepiee naik tren dari Shah Alam. Ok pukul 7, je dan tren pulak sampai dalam kol 7.30pagi, sangat lama menunggu. Berhenti kat stesen Kuala Lumpur, tambangnya cuma RM2.60 dewasa dan Izlan pula cuma RM1.30 saja.

Tren tak penuh pun, tapi ada beberapa remaja dan ibu-bapa yang beramai-ramai menuju kie Dataran Merdeka jugak. Watu kami sampai parade belum start lagi. Orang pun tak la ramai sangat compared dengan beberapa tahun dulu.

Citer pasal parade ni pun buang karan je kalau citer sebab ada live kat tv pagi tadi. So, this is my story about the event. Sudi-sudikanler... heheh
Citer 1.
Izzati sejak malam semalam cakap dia nak sangat bergambar dengan Tuanku Permaisuri Zahirah. Tolooonglah... saya rasa macam nak hempuk kepala dia... Dengan segala macam protocol dan security measures, saya rasa kalau dia dapat berdiri 100m dari Permaisuri tu pun dah hebat sangat dah. Tapi saya layankan je... dan ambik gambar bunga hortensia which decorated the VVVIP stage. Hahahahah at least saya cuba jugak. Mana ada pentas lain ada bunga ni kan...

Citer 2.
Ni Boiboiboy rupanya. Izlan sangat suka tapi dia takut-takut, so terpaksala Boiboiboy tu panggil dia dan dia tarik tangan Izzati sekali bergambar. Baguskan budak boiboiboy tu...
Citer 3.
Saya sangat suka VVIP ni. Saya rasa dia hebat. Sumbangan dia sangat besar, tapi macam malas saya nak tulis sebab nanti orang kata saya racist pulak. Seriously, saya bangga ada rakyat Malaysia yang dahla Harvard educated macam dia, pas tu kuat bekerja pulak tu (macam tak kena tajuk je), jadi hasilnya, golongan marhaen macam saya pun boleh la hidup selesa sikit.

Kan saya cakap saya tak racist. Saya baca tulisan encik (err... tan sri) topi merah sejak saya sekolah lagi. Rasanya saya pun macam sedih bila ada gambar dia bersedih bila berundur dari Parti Roket. Takla... saya tak sokong parti tu, tapi kalau dia bertanding di kawasan saya, misti saya pangkah dia, tak kisahla dia calon parti mana pun. Semua orang pun kata dia bekerja ikhlas lillahitaala. Ye sangatlah tu... Syukurlah ada orang yang macam tan sri topi merah ni. Sekurang-kurang generasi muda (seperti perempuan bertudung hijau itu ehemm) merasa yakin niat yang ikhlas dan colour blind masih mendapat tempat di Malaysia.

Tu sajalah cerita saya.



Thursday, September 15, 2011

Haram ke tak haram ni?


Semalam waktu tengah lunch, saya dengar ada kawan membacakan sms dia kuat-kuat.
Katanya beskut munchy's tu haram.

Teringat saya interview yang saya tengok kat tv masa bulan Ramadhan.
Cerita produk haram jugak.

Tuan punya tu cakap, sebelum start bisness dia dah samak kilang, siap panggil JAKIM lagi dan dia pun takkan nak beli barang kalau barang tu haram.

Ye lah. Sapa yang nak.
Tapi lepas siasatan, tak haram pun.

Last sekali dia cakap, "kenapalah penulis tu terus sebarkan berita tanpa menyiasat dulu. Fikirkanlah bisness orang, periuk nasi orang juga". "Saya pun takkan nak kalau barang tu haram." dia cakap, sebelum berlepas ke Tanah suci bersama suaminya, Datuk K.

Seb baik dia tak saman penulis tu.
Jadi, lepas ni kalau ada apa2 berita pun pasal halal haram, yang kita semua sangat sensitif, SIASAT la dulu sebelum forward pada kengkawan.

Ada sesiapa yang dah siasat kebenaran cerita Munchy's ni?
Haram ke tak haram?

Heh... x kan cikgu pun tak tau?

Korang penah cakap macam tu tak?
Tengok tu... taknak ngaku la tu....

Lupa la tahun bila.
Masa tu saya bawak anak-anak sedara g sambutan Hari Merdeka kat Dataran Merdeka, Kelumpo.
Ramai masa tu, Izzati, Nadia, Izzudin, Ilman dan Aisyah.

Towards d end ada lagu tema merdeka.
Izzati sang along...

Mak Andak: Ni ke lagu merdeka tahun ni Long?
Izzati: Ha'a.
Mak Andak: Mana awak tau? (nyesal saya tanya soklan ni)
Izzati: Kat sekolah dah ajar la.. takkan la cikgu pun x tau?

Cehhh...
Saja tau....







Shooting?

Dengan rasa gembiranya, dimaklumkan geng Sains telah menang Anugerah Inovasi Sains Negeri. Mereka buat kertas daripada pulpa kelapa sawit. Tahniah kepada Izzati and the gang.

Jadi semalam, penganjur telah datang untuk buat pengambaran. Izzati and the gang shootingla dari pagi sampai petang, sambil bertukar-tukar 5,6 pasang baju. Agak excited la kami, tapi by noon excited tu kurang sket.

Sebab tetiba production tu nak pulak selitkan satu lagi kecemerlangan sekolah. They chose Athletics Team. As usual, mesti ada drama tolak menolak. Bebudak steady je, tapi cecekgunya memang suka duduk belakang tabir (ni ayat diorang).

"Apa pulaknya, ustaz la pegi, kan ustaz yang trained bebudak ni.." takkanla saya beria pulak bila orang suruh, nampak sangat saya gila glemer.

Kawan-kawan lain (Lan dan Sazili) yang selalu takder masalah menolong, tiba-tiba menghilangkan diri. Tak paham betul. Padahal mereka bertiga ni sangat hensem, bawah sikit je dari Aaron Aziz, mesti sesuai kalau depan kamera. Suara pun sedap, bawah sikit je dari Anuar Zain. Saja tau depa ni, dahla mereka yang berjemur 360 hari setahun, latih budak-budak.

Plan asal, semua orang kena turun. Saya okla, balik rumah dan tukar baju sukan. Janji pukul 3.00 petang start shooting, tapi delayed sebab Sains tak habis lagi.

Pukul 3.30 saya berjumpa dengan Production director dan tanya what they expect from the team. Dia pun tunjuk muka bosan je. Hahahha but then without black and white, haiyaaaaa mana nak tau sehhhh..

Then n there baru saya tau kenapa kawan-kawan saya menghilangkan diri.
Sebab kena spiking London.
Cess!! (not that I am complaining)

Our turn came at 5.30p.m (gila lama menunggu, insaf kejap, susahnya artis-artis cari makan, patutla Fasha Sandha hantar twitter maki-makian). Tuan Director, kasi penerangan dulu ngan atlit dan kenal-kenal sket, barula start. The kids kena tunjuk skills sikit-sikit and I was asked to say something which I've prepared satu muka surat penuh.

Yelah, mana nak tau. hahhaha
Turned satu ayat je boleh cakap depan kamera. Hahahha

2.5jam menunggu, tak sampai sejam shooting, tapi akan disiarkan dalam masa 15sec saja.
Serius, lepas ni saya lebih hormat kerjaya pelakon-pelakon, asalkan dia tak kirim komen maki-makian kat twitter. hahahaha




Tuesday, September 13, 2011

UPSR


Selamat berjuang kepada geng-geng Tahun 6.
termasukla Nadia kakila (Aqila).




Dapat 5A, Baby bawak g holiday naik kapaltebang, if not,
takat bercuti naik kereta-cap-ayam Mak Andak je la.

Monday, September 12, 2011

Wehh aku mimpi ko malam tadi!

taken from here

Pernah tak orang tiba-tiba cakap macam tu, pagi pagi lagi.
Honestly, saya tak percaya mimpi-mimpi ni.

Jadi bila Madiah, my colleague cakap dia mimpi dia tumpang saya naik motor saya ketawa saja. Sejak lepas pembedahan minor-tak-minor-tapi-6-hari-jugakla-kena-admitted, saya memang tak pernah bawak motosikal dah. Mainly, sebab tak larat nak sorong, partly, sebab ari tu saya tergolek-dog dengan motor tu sekali.

Saya ketawa je bila Madiah describe motosikal dalam mimpi tu. Sebenarnya seminggu sebelum tu, saya menemani dia dalam hujan lebat sebab ayahnya tak sampai lagi. Sepatutnya acara habis lewat tapi cepat pula habis, jadi ayahnya tak sampai la lagi. Saya memang nak balik awal bila nampak dia berseorangan. Padahal saya mengantuk sebab malam sebelumnya kami balik sangat lewat untuk menyaksikan Pembukaan MSSM 2011 di Stadium Ipoh.

Madiah berkali suruh saya balik, sebab saya asyik menguap je. Hari hujan lebat, siap dengan tempias, sangat kurang cerdikla kalau saya tinggalkan kawan yang berkerusi roda sorang-sorang.

"Akak bukan tak nak hantar awak balik, tapi akak tak reti nak lipat kerusi roda ni, nak angkat awak pun akak tak reti" saya cakap berkali-kali.

Lama lepas tu, dalam hujan lebat juga, barulah ayahnya sampai. Saya perati cara ayah dia lipat kerusi roda tapi saya tak konfiden saya larat angkat nak masukkan dalam kereta.

Jadi bila dia cakap dia mimpi naik motor dengan saya, maunya saya tak ketawa gila-gila.

Few weeks later, another friend, pulak guna ayat yang sama.
Saya tak nak ambik pot sangat. Afterall, mimpi kan permainan tidur?

"Aku tumpang kereta kau. Kau bawak aku jalan-jalan, pergi mana ntah, ada mak kau sekali", Tikah cakap. Saya terus buat kerja sambil ketawa kecil.

"Tapi kereta kau bukan kereta yang ni tau. Kereta lain" Tikah sambung lagi.

"Eh?" saya ketawa-ketawa lagi.

"Tempat duduk dia kulit yang cantik sangat, pas tu kereta kau tak taula aku brand apa, tapi besar sangat", Tikah cakap sungguh-sungguh.

"Eh?" saya letak pen.

"Tu aku heran, apsal aku boleh mimpi kau pulak. Then, baru aku ingat, sebelum tidur tu aku memang teringat kau. Yelah aku kena ajar subjek Bahasa Arab (bukan subjek sebenar) aku risau, tu aku terfikir nak mintak tolong ngan kau", dia cakap lagi.

Saya ketawa macam nak jatuh kerusi.
Harap-harap mimpi Tikah akan jadi kenyataan.
hehhehe

"

Cerita Isnin

Semenjak dua menjak ni, saya hilang mood nak amik gambo. Last-last nenengok pompuan gumuk tu jugak. Padahal dah beria-ia saya tukar angle dan bergaya senget2 ikut tips macam America's Next Top Model, gumuk jugak.. Agak tertekan perasaan saya.

Amik gambo makanan pun saya tak mo. Fobia!

Citer pasal makanan.
Pagi tadi saya bangun tidur rasa sangat lesu. Selsema teruk, tidur pun tak berkualiti. Once at the workplace, I saw Mr Azhar with two beautiful medium size containers.

Me: Waaa bawak bekal ye tuan?
MrA: Rendang kerang je, nanti makanlah kat kantin tau
Me: Hahahha kita macam puasa la ari ni.

Ye, saya sedang bertungkus lumus nak menghabiskan puasa yang sunat dan wajib. Which is supposed memberi kesan kepada berat badan. Tapi tak. Frust je...

2 hours later Uda called asking my whereabouts. I was invigilated trial exam, and the person who is supposed to replace me refused to come. Actually I asked a friend to notify the particular person. Pas tu saya turun dan cari dia sendiri dan mintak dia ambil turn dia dengan penuh sopan santun. That person don't even say sorry *sigh*

Taklah, saya tak marah.
Tu bukan salah dia, salah mak bapak dia tak ajar suruh say sorry bila buat silap.

Tetiba Mr Azhar kasi tiga bungkus lauk, dia kata untuk berbuka puasa, ada rendang, serunding dan rendang kerang tu. Baiknyer eh.. Dia kata dia kasi pada orang yang puasa, termasuklah Mr Zairul pun dapat jugak. Cess!! sangat berbesar hati rasanya.

By noon, my head spinning semacam. Hidung yang tersumbat memang sangat menjengkelkan. Kak Sal and I went home quite early because she too had severe headache.

Sampai kat rumah Acho suruh balik ke 12A.

Me: Tapi hari ni Andak tak nak balik.
Acho: Balikla, ambik tangga.
Me: Hujung minggu ni boleh? Malas la nak balik.
Acho: nak guna esok. takperla nanti petang lepas orang abis keje kita g ambik sama2.

Saya pun macam setujula. Tapi bila masuk rumah dan tengok ruang tamu, bilik Uda dan bilik Acho dah kosong, kepala saya tambah pening. Pijo sedang susun barang dalam kotak. Bilik tidur saya pun penuh dengan 3,4 tilam dan bantal-bantal dan baju-baju diorang jugak.

Terus saya setuju nak balik 12A. Mak suruh bawak nasi dan lauk, supaya tak perlu masak. Acho suruh bawak beg-beg besar balik, simpan kat 12A.

Hmm.. pagi tadi Acho panggil a few boys angkat barang. Besok dia plan nak runtuhkan ruang depan rumah dan minggu depan tukang rumah akan datang buat yang lain.

Saya tak suka betul benda-benda cenggini. Tapi apa nak buat, rumah tu memang penuh dengan anai-anai.
Saya pun tak suka nak berlama-lama di 12A kecuali di bulan Ramadhan. Sebenarnya saya susah nak tidur malam sebab asyik terjaga saja, takutla tu..

Malam ni, saya rasa betul-betul sunyi. Yatie suruh datang ke rumah dia. Kami berbual-bual sambil tengok pokok2 dan bila dah ngantuk barulah saya balik.

Bila dah balik rumah... tak boleh tidur jugak..
Aiseyy

Sunday, September 11, 2011

Saya dah agak dah dia cakap pasal orang lain, bukan saya.

Gila panjang dan tak catchynyer tajuk entry.

Saya tak ingat tu raya ke berapa. Yang saya ingat masa tu sanya tengah tidur, bila anak-anak sedara tarik tangan dan cakap, "kawan mak andak datang".

It took me quite sometime nak bangun tidur coz the night (?) before, I slept at 5.00a.m sebab gila main games. Saya pun manusia biasa, ada nafsu nak main games dan nak menang pulak tu, selagi tak menang saya mainla sampai subuh. (nampak tak ada nada tak bersalah di situ)

Oh bekas teman serumah saya di Uni dulu rupanya. Dia cantik dan comel macam dulu. Tak berubah. Walaupun anaknya dah 2 orang, saya terus kenal dia, Nor namanya.

Banyaklah yang kami bualkan especially pasal ex-housemates. Then pasal kenangan dulu-dulu.

Rupanya Nor berkahwin dengan orang kampung saya. I wasn't invited. hahahaha. No hard feelings. Zaman dulu bukan ada facebook, bil talipon pun mahal, lepas start keje kami betul-betul lost contact. Both Nor and I sharing the same pe'el, kot orang tak contact kami pun buat tak reti saja.

Tapi mana saya boleh lupa Nor. Sebab satu malam saya rasa kepala nak pecah sebab saya dah bosan tahap gaban nak teruskan Dip Ed, dan saya turun ke bilik Nor dan cakap saya nak berenti bla bla. Sepatah dia tak cakap, dia dengar je. Lepas tu dia tidur. Hahaaha..

Dua, tiga hari lepas tu dia tanya, "yang hari tu engko dah ok ke?". Sebenarnya lepas cakap ngan Nor saya rasa ok plak. Especially bila dia diam je, jadi kepala saya lapang, idakla serabut, kot dia bercakap lagila serabut kot. hehehhe.

Nor memang jarang tunjukkan perasaan dia, marah ke, sedih ke, simpati ke. That's what I like about her. Somehow saya rasa dia jujur dan dia betul-betul practical. Satu pagi bila dapat call kata mak dia meninggal dunia, kitaorang pula yang tersiput-siput sedih. Dia buat muka selamba je. Dalam hati dia mana kita tau ye tak.

Beberapa bulan kemudian, ayah saya meninggal dunia, ntah apa dia tanya, saya terus menangis. Saya memang tak bolehh sebut pasal ayah saya. tengok cerita drama yang ayah dia meninggal pun saya masuk bilik dan menangis. Masa tu dia pun menangis sekali. Kalau tak silap, dia cakap, sejak mak dia tak ada, itulah kali pertama dia menangis.


Sangat berbeza kitaorang berdua. Saya sangat percayakan dia. Sampai hari ni saya tak lupa dua perkara tu tentang Nor, dan nasi goreng dia. Hahahha


"Aku cakap ngan kakak ipar aku ko baik" tak tau macam mana mula cerita ni, tapi saya dah start angkat kening sket. Saya jaaaaaaraaaaaaaaang sangat join g makan-makan dengan housemates. Jarang tengok tv sama-sama sebab diorang suka tengok drama Melayu hahahaha. jarang join diorang sembang sebab jarang ada kat rumah. Saya selalu spend masa dengan coursemates. Saya tau saya tak baik sangat.

"Pas tu aku cakap ko suka masak". Ok fine.. yang tu saya memang buat. Hari-hari saya masak sendiri sebab nak save budget.

"Ko masak sedap" dia cakap lagi. yang ni saya dah cuak. Selalunya saya masak untuk diri sendiri je, ikan goreng, telur goreng, nasi goreng, sayur goreng dan sup.

"Kalau ko masak laksa, ko asingkan satu periuk untuk aku sebab aku tak makan belacan. Ko memang baik" Hehehehe.. dia ketawa.

Hehehehheh saya pun ketawa pucat-pucat jugak. Bila suaminya dah jauh sikit pergi tengok anak dia yang main kat verandah, barulah saya cakap dia.

"Weiii... Andak mana pernah masak laksa la. Tu Mid yang masak. ANdak tak tau pun masak laksa" barulah saya ketawa serius punya.

"Bukan ko ke?" dia tanya kekonpiusan tapi masih ketawa.

"Kiamatla kot kalau Andak masak laksa" saya cakap. Hahahah kesian my ex-roomate, nampak sangat saya dah berlakon lebih2.

Sebenarnya yang rajin memasak tu Mid, bekas teman sebilik saya. hahahah. Saya cuma lap pinggan dan tolong hidangkan je.







Raya masih ada

Been telling the kids about the Raya Feast since mid Ramadhan. It is a yearly grand occassion. All classes is required to hold an open house. It was a convivial party as far as I remembered. Supposed to be.

"eleh kitaorang bukan nak datang pun" came a reply.

I did not make up a story when I wrote this. There were times, I felt like to throw them through the window (this is Mrs Tan - my ex-english teacher famous lawak).
"Saya tak pernah datang pun sebelum ni. " replied another.

"Babe, I malu la ngan my colleagues kot our class x buat jamuan. Budak Form One pun buleh organized majlis", sometimes I called the babe, sometimes yang, you olss when I interrupt their friendly discussion, sometimes kengkawan when I am giving instruction -ikut situasi. That's what Ms Faridah ex-English lecturer taught us.

A day before the feast I had a brief discussion with Ecah and Mie, the monitor and assistant, while the rest were forced to complete their handouts. It is another lesson I learnt from errr magazine kot. Or maybe from some motivational books, make it like THEIR decision.

We agreed on a duty roster. There are 19 tasks namely sediakan breakfast, bawak pinggan, hiasan khemah, sediakan minuman, penyambut tetamu, sediakan goodies untuk parents dan kebersihan. We had a draw. Lesson #2, be people's people. So I also have to pick a draw. I got sediakan pinggan.

"Teacher suka sangat la tu" sometimes kids could be cynical.

Main dishes is provided by school - Nasi daging, gulai kawah, jelatah and some fruits.

We only have to prepare the kuih raya, which I asked them to bring on Friday padahal the feast is on Saturday. Lesson #3 - always take the deposit. Hahaha..

"Teacher, boleh tak nak rasa kuih ni?"

Lesson #4, kalau ngan budak-budak jangan berkira bab makanan, bagi. It's from my mom. Pantang tuk nenek dia if we keep food from the kids. So half of the kuih raya was completely missing-in-action on Friday morning.

I slept at 2a.m. that night, baking cookies and making nasi himpit and rendang. The life of me, it was the first time I stayed up, memasak. I NEVER prepared raya rendang, tu keje kakak-kakak saya.

Arif woke up at 12 m.n when he found me still in the kitchen. Acho did not sleep until I switched off the light and mommy's first question when she woke up at 5.30a.m. was

"jadi ke rendang tu?"

Instead of dah masak ke, she asked that question. Cess!

The feast started off at 7.30a.m. At 7.10a.m nobody turned up, saya cuak giler. Mazrul came with breakfast ten minutes later, followed by Atun and Atin another 15 minutes after Mazrul. Other class have prepared their spread, whereas we DON't even have a table.


I took out the duty roster and the three of them called the person in charge. Guess they too felt embarrassed. Luckily I have to prepare some slips for parents. When I came back, every was in places except one.

Fatihah : Teacher, teacher, teacher.. Amera patut beli perasa minuman tapi dia tak datang. Fatihah dah kasi dua ringgit, boleh tak teacher tambah sikit duit?
Teacher: tak boleh.
Fatihah: kenapa tak boleh teacher, nanti malu lah tak ada air minuman.
Teacher: Biar sajalah tak ada air minuman, itu kan keje Amera.
Fatihah: Tapi Amera tak datang teacher..
Teacher: Kenapa dia tak mau datang? itu kan tugasan dia?

I went away for another task, when I came back Amera was there (so does the ayo kaler hijo) and she said she was sorry for coming late. I suspected her friends called her and forced her and said "datangla, teacher tengah marah giler babas"

Why oh why they have to jual my name?

In the end, I really enjoyed helping the kids organising their feast. I hope they too.
Hopefully next year, saya boleh jadi cikgu sekolah, sengih-sengih dan makan-makan sambil dilayan oleh anak murid tersayang hehehe.

Thursday, September 08, 2011

Mood tiba-tiba.

Erm...
Kadang-kadang eavesdropping ni pun tak baik jugak.
Abaikanlah..
Yang ini saya baca kat wall seorang kawan.

People are like stained-glass windows. They sparkle and shine when the sun is out, but when the darkness sets in, their true beauty is revealed only if there is a light from within....

Raya!

On the last day of Ramadhan we visited our late dad's grave. Feelings? don't ask!
I missed him even more.

For the first time ever I slept at 12A on raya night, opened all the windows after Subuh prayer.
Ever since I have 12A, it is my dream to spend Raya night in my cribs. The feelings is out-of-this-world. I make Nasi Mandhi and roasted chicken to bring at #18.

When I reached #18, except for Anjang and Naufal, the rest were at the mosque, performing their Sembahyang Sunat Aidilfitri. I took longer than before because this year, after sunat prayer, the Mosque committee organised a feast.

Now it answered our qualms(?) where does the RM10k allocations for Ramadhan gone.

None of the kids came to my house on the first raya, much to my dismay.

"Penuhla, halaman penuh kereta, tepi jalan pun tak boleh parking, penuh jugak" they complained.

All my uncles and aunts spend their first raya with us. So does their offsprings and spouses. It makes the lawn and a bit crowded.

"Tapi beb.. rumah I saaaangatttttttttt besar. Muat tau tak, kalau takat awak datang satu kelas pun", normally I gave this standard answer.

Which is, not so true.
Selamat Hari Raya kengkawan.
Hope you have a splendid one.