Tuesday, September 27, 2011

whether r never

Semalam saya buat extra class for 13 selected students. 3 orang je datang.
"Takkan kitaorang je Ce*?" asked Aindatul.
"Ok apa, x rasa ke kita ni macam belajar kat U?" saya tanya diorang balik, sambil makan 3 biji epal, yang sepatutnya diberi pada kanak-kanak yang sepatutnya datang tapi diorang tak mau datang jadi terpaksa saya makan lebih.. Benci betul!

Kelas seterusnya ialah Khamis ni, saya rasa saya akan bawak cupcakes, harap-haraplah diorang datang semua, kalau tak gemuk la saya nanti.

Pagi tadi ada kelas.
Dah hujung-hujung ni, buat short test la yang paling bagus.
"Kenapa kami x dapat pun paper?" asked a boy who should remain nameless after he spent around 15 minutes bersembang ngan kawan-kawan dia.
"Sebab awak tak nak buat pun, kan?" Ada jeda di situ.
Saya sangat berharap dia cakap, "ehhh... mestilah nak buat kan dah nak exam ni" kind of thing.

Instead, diorang sambung bersembang semula.
Kalaulah hati tu macam buah badam, hati saya misti macam badam kisar yang kalau dicantumkan semula pun tak mungkin boleh inti dalam biskut almond london.

Seploh minit kemudian Hafizi approached me, "Ce* saya nak buat, kasi paper boleh?".
Hushhh... tiba-tiba hati saya kembang sikit macam almond nips.

Cuma setakat itu sajalah.
Saya pujuk hati sendiri, dari 12 orang, cuma 5 orang saja yang tak mahu buat latihan. Mana tahu yang lagi 6 orang tu akan dapat flying colours nanti.

Tapi saya tetap sedeyyyy...
Kalau suara saya sedap, macam Beyonce,
misti saya nyanyi lagu di bawah ni.


No comments: